Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 19, 2017

Seminar Kesedaran Panggilan Dalam Pelayanan Sempena Minggu Panggilan – Belia St.Dominic

Artikel oleh: Tim Publisiti Belia
Gambar oleh: Jaymar

St. Dominic Lahad Datu – Satu seminar singkat mengenai kesedaran panggilan di dalam apa jua jenis pelayanan telah dianjurkan oleh Tim Kerasulan Belia pada 7 May 2017. Seramai 35 orang telah menyertai seminar ini. Pendaftaran telah dibuka bermula jam 12.30 pm.
Sesi pertama di kendalikan oleh Seminarian Stephen yang bertemakan “Pelayanan”. "Pelayanan merupakan panggilan hidup. Kita melayani atas dasar kasih Yesus. Hidup melayani sesama tidak mengira bangsa, umur, tua atau muda. Melayani dengan rendah hati juga bukan kerana terpaksa. Jika kita melayani orang lain dengan baik maka kita sendiri akan menerima layanan dengan baik “Apa yang kita tabur itulah yang kita tuai”. Oleh itu kita perlu melayani untuk membahagikan kasih Yesus dan memuliakan namanya kepada sesama", kata Seminarian Stephen.
Dalam sesi ice breaking pula bertemakan “mencari dan mengenali sesama”. Dalam sesi ini peserta diberi peluang mencari setiap nombor yang berbeza untuk mengenali setiap watak dan pesanan yang berbeza. Menyusun ayat-ayat yang berbentuk puzzle menjadikan ia satu, yang sebenarnya membawa pesan yang sama seperti kelengkapan dalam pelayanan dan panggilan. 
Sesi kedua pula dikendalikan oleh Sr. Evelin Tivit tentang “Panggilan”. "Terdapat beberapa jenis panggilan seperti panggilan menjadi religious brother atau sister, berkahwin dan bujang. Semua itu adalah panggilan pelayanan. “Apapun yang kita pilih, pastikan kita hidupi dan jalani dengan kekudusan dan tujuan kita adalah untuk tetap mengasihi Tuhan”, demikianlah kata-kata Sr. Evelin.
Sesi penutupan selepas sesi yang kedua diakhiri dan di sertai dengan doa penutup, turut disajikan minum petang dan sesi foto bersama. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent