Oleh Julita, SOCCOM Tawau
Tawau : Seramai 12 ahli Komisi Pelayanan Hidup Keluarga telah mengadakan Mesyuarat pertama bagi Tahun 2016 bertempat di bilik Konferens Gereja Holy Trinity Tawau pada 12hb dan 13hb Februari 2016.
Tawau : Seramai 12 ahli Komisi Pelayanan Hidup Keluarga telah mengadakan Mesyuarat pertama bagi Tahun 2016 bertempat di bilik Konferens Gereja Holy Trinity Tawau pada 12hb dan 13hb Februari 2016.
Mesyuarat bermula pada petang Jumaat 12hb Februari 2016 jam 3 petang hingga 5.30 petang.
Antara
perkara yang dibincangkan ialah:
- Laporan aktiviti setiap paroki
- Evaluasi ke atas aktiviti Komisi Pelayanan Hidup Keluarga sepanjang tahun 2012 -2015
- Penghasilan buku panduan peringkat Keuskupan untuk umat yang berkahwin dalam Gereja dan juga panduan kepada jurugambar.
Mesyuarat
ini turut dihadiri oleh Sr. Liza Augustine fsic – Penasihat Rohani bagi Pelayanan Hidup
Keluarga Paroki Holy Trinity dan seminarian Raymond Lee.
Dalam
mesyuarat tersebut Pengerusi Komisi Sdri Julita menekankan kepada semua ahli
bahawa melayani dalam komisi yang berkaitan dengan keluarga adalah satu
cabaran. “Kita terdiri daripada umat biasa, berkeluarga seperti mereka yang
bukan dalam pelayanan ini. Namun saya percaya Tuhan telah menggunakan kita
untuk menjadi cermin akan kasih-Nya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik
bagi Tuhan. Keutamaan harus kita berikan dalam setiap aktiviti keluarga bagi
membuka hati setiap umat atau keluarga akan tujuan kita untuk membawa mereka
mengenali dan mengekalkan maruah keluarga.”
Mesyuarat
berakhir pada 5.30 petang dengan minuman ringan di mana semua ahli dijemput
menghadiri Jalan Salib pertama dalam musim Prapaskah dan Misa Kudus jam pada 7.00 malam.
Rekoleksi
telah diadakan pada keesokan harinya pada 13hb Februari dimulakan dengan Doa
Pagi di Chapel pada 7.00 pagi dipimpin oleh Sr. Liza Agustine fsic. Program
rekoleksi ini turut dihadiri oleh semua ahli Pelayanan Hidup Keluarga Paroki .
Program
dimulakan sejurus sahaja tamat doa pagi. Sesi pertama iaitu ‘Hamba Allah’ yang disampaikan
oleh Sdri Julita Kantod. Peserta dibawa untuk merenung perjalanan setiap
peribadi masing-masing sebagai pelayan-pelayan Tuhan terutamanya sikap dan
pendirian dalam menjalankan pelayanan di Gereja. Antara
kandungan yang disampaikan adalah kemampuan untuk menjadi contoh pemimpin yang
rendah hati, berserah kepada Tuhan, keakuran dan kesederhaan atau ketelusan
hati.
Sesi
kedua pula dikendalikan oleh Sr. Liza fsic iaitu ‘Tahun Kerahiman’. Peserta
didedahkan tentang Tahun Istimewa Kerahiman Allah yang menyeru pelayan Gereja dan wakil-wakil
gereja menjangkau umat di luar. Sesi ini membuka minda dan merenung keupayaan
peserta untuk mencapai apa yang diinginkan oleh Gereja sebagai tangan, mulut
dan kaki Kristus untuk menjangkau mereka yang memerlukan melalui karya-karya korporal dan rohani.
Saat
Teduh bersama Kristus telah diadakan selepas 2 sesi input ini sebagai satu
peluang kepada para peserta untuk meluangkan masa dan mendengar Tuhan berbicara
dalam diri mereka terutamanya dalam karya-karya pelayanan.
Program
berakhir pada jam 11.30 pagi dengan sesi bergambar dan makan tengahari.
No comments:
Post a Comment