Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 10, 2016

YOUTHPREPLINK KEUSKUPAN SANDAKAN 2016 (Level 1)

Disusun oleh : Girald Palipus, Tim Dokumentasi YPL


Telupid: Peringkat pertama YouthPREPLink (YPL) Sesi Ke-6 peringkat Keuskupan Sandakan telah berlangsung di Gereja St. Martin, Telupid pada 03 Januari 2016 sehingga 09 Januari 2016. Seramai 21 orang muda-mudi dari seluruh keuskupan Sandakan telah menyahut panggilan untuk mengikuti program ini. Program YPL di peringkat pertama ini lebih mengfokuskan kepada proses mengenali diri sendiri secara lebih mendalam.

Selesai sahaja pendaftaran dan ketibaan para peserta, program terus di mulai pada 6.00 petang 03 Januari dengan majlis makan malam bersama Tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) Telupid. Program diteruskan dengan pengenalan tentang Program YPL ini daripada saudari Lydiana Kantiu selaku pengacara pada malam itu. Para peserta juga dimaklumkan mengenai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi sepanjang masa program berlangsung. Pada malam itu juga, para peserta diberi masa untuk merenung akan tujuan sebenar dan apa yang mereka harapkan dari program YPL ini. Mereka diminta untuk menulis renungan mereka ke dalam buku jurnal yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan kemudiannya mengongsikannya di dalam kumpulan kecil. Sebelum malam itu berakhir, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Faith, Hope, Love dan Justice.

Pendaftaran para peserta
Saudara Hildy Albert selaku Kordinator Kerasulan Belia Paroki Telupid mengalu - alukan kehadiran semua peserta ke Paroki Telupid.
Saudari Lydiana graduan YPL batch 5 sedang memberikan pengenalan berkena program YPL.
 



Pada hari kedua, 04 Januari, sesi pertama ialah "Siapa Ko?" disampaikan oleh saudari Jellferlyne Joseph. Dalam sesi tersebut, saudari Jellferlyne mengajak semua peserta untuk membuat aktiviti "Soal jawab (siapa ko)" ; aktiviti ini walaupun pada mula di lihat senang namun menguji minda para peserta untuk menyatakan siapakah diri mereka yang sebenar setelah di soal dengan soalan yang sama berulang kali iaitu “siapa ko?”. Para peserta perlu memberi respon yang berbeza setiap kali di soal dengan soalan sama. 

Setiap pagi akan dimulakan dengan misa harian bersama Rev. Fr. Jasery Gabuk sebagai selebran Misa.



Sesi "Peringkat Kehidupan Seorang Manusia dan Peralihan" turut disampaikan oleh saudari Jellferlyne Joseph. Beliau telah menerangkan dan membantu para peserta untuk memahami di manakah peringkat kehidupan mereka sekarang dan beliau juga membantu para belia untuk melihat Tuhan di setiap peringkat kehidupan mereka. Bukan itu sahaja, beliau juga memberitahu bagaimana untuk melalui dan menerima perubahan itu. Setelah itu para peserta di minta untuk membuat renungan tentang peralihan kehidupan mereka seterusnya melakar peta kehidupan mereka berdasarkan renungan peribadi masing-masing.






Saudari Jellferlyne menerima cendera kenangan dari pihak penganjur.
Sesi tersebut terus bersambung dengan aktiviti ‘dot and star’, di mana para peserta telah diminta menampalkan semua kebaikan mereka yang disimbolikkan melalui kertas berbentuk bintang manakala keburukkan mereka melalui kertas berbentuk bulat. Pada malam itu, mereka ditayangkan dengan sebuah filem animasi pendek dan seterusnya melakukan pembebasan terhadap keburukan yang mereka lekatkan pada diri mereka masing-masing dan memulai hidup baru serta menganggap diri adalah istimewa di mata Tuhan.




Pada hari ketiga, 05 Januari, sesi Seksualiti disampaikan oleh Brother Joseph Philips, SG. Peserta didedahkan erti seksualiti sebenar dan mereka diingatkan bahawa ianya harus dihargai sebagai satu pemberian Tuhan. Ini merupakan satu peluang yang baik untuk orang muda kerana topik begini merupakan topik yang amat jarang sekali diperkatakan di dalam sebuah keluarga. 

Selepas itu, para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan lelaki dan juga kumpulan wanita dan mereka diberi masa dan tempat untuk berkongsi tentang pengalaman hidup mereka. Selepas sahaja rehat tengah hari, Puan Shirley Joseph telah menyampaikan sesi "Hubungan sihat lelaki dan perempuan.". Dalam sesi ini, beliau membantu para peserta untuk mengetahui perbezaan antara cinta dan nafsu. Pada waktu malam, sesi "Seks sebelum berkahwin : Generasi kini dalam risiko telah disampaikan oleh saudara Francis Tan. Beliau mengongsikan kesan-kesan dan impak secara mental jika berlakunya seks sebelum berkahwin dan turut menekankan bahawa tubuh badan kita merupakan Bait Allah.

Selepas itu, para peserta dibawa ke dalam doa taize. Tetapi sebelum itu, mereka diminta untuk menulis surat kepada anak-anak mereka dan mempersembahkannya semasa doa taize. "Setiap kisah cinta itu harus meletakkan Yesus di tengah-tengah mereka barulah ianya akan berkekalan"










Pada hari keempat, 06 Januari, sesi Bahasa Inggeris telah dijalankan bertujuan agar para peserta bertambah yakin berkomunikasi dalam bahasa tersebut apabila mereka melanjutkan pelajaran di bandar-bandar besar. Selepas itu, pada sebelah tengah hari, para peserta diajak untuk menyertai aktiviti luar, "7 peringkat iman". Dalam aktiviti ini, peserta diuji dari segi fizikal dan juga mental mereka dan cabaran-cabaran yang mereka tempuhi dalam permainan ini melambangkan tahap iman mereka mereka apabila terus-terusan diasak oleh pelbagai cabaran dan juga dugaan.

Pada sebelah malam, sesi "Penghijrahan Belia dan Kehidupan di Bandar" telah disampaikan oleh saudari Fettwinda Sipaan. Saudari Fettwinda menerangkan sedikit sebanyak kepada para peserta berkenaan realiti penghijrahan belia dan kehidupan di bandar besar. Sesi ini telah membuka mata ramai peserta tentang kehidupan yang bakal menanti apabila mereka melanjutkan pelajaran mahupun mendapat peluang pekerjaan ditempat yang baru nanti.
















Pada hari kelima, 07 Januari, sesi Pelajaran Bahasa Inggeris diteruskan sepanjang hari oleh para graduan YPL yang kini datang membantu sebagai fasilitator. Pada sebelah malam pula sesi "Globalisasi dan Literasi Media" disampaikan oleh saudara Javy James Litak. Beliau menerangkan maksud globalisasi kepada para peserta. Beliau juga menyentuh tentang penyebaran idealogi masa kini melalui media massa, cara hidup, budaya dan kepenggunaan.

Pada hari keenam, 08 Januari, sesi Pembelajaran Bahasa Inggeris seterusnya dijalankan sehingga menjelang tengah hari. Selepas makan tengah hari dan rehat, sesi diteruskan lagi dengan sesi "Kepenggunaan dan Alam Sekitar" yang disampaikan oleh saudari Fettwinda Sipaan. Beliau mengongsikan tentang cara kepenggunaan kewangan berdasarkan keperluan dan kehendak para peserta dalam kehidupan seharian. Beliau juga berkongsi tentang kepentingan memelihara alam sekitar supaya generasi akan datang dapat merasai keindahan ciptaan Tuhan. Seterusnya program di sambung dengan proses dan sintesis berdasarkan sesi yang telah diberikan. Manakala pada sebelah malam, semua peserta diminta hadir dalam doa malam dengan doa "Taize."




Pada hari ketujuh, 09 Januari, sesi pertama ialah sesi "Career Talk" yang disampaikan oleh saudara Nicky Johanes. Beliau telah mengongsikan pengalaman beliau untuk menjadi seorang yang berjaya. Memetik kata-kata daripada saudara Nicky “Pendidikan adalah suatu medium bagi seseorang untuk mengubah kehidupan mereka pada masa hadapan. Namun tingginya pendidikan seseorang itu bukan lah menjadi kayu pengukur untuk seseorang itu berjaya pada masa hadapan, kerana usahalah yang menentukannya.” Seterusnya sesi disambung dengan sesi “Psiko Aspek Kerohanian” yang disampaikan oleh Brother Joseph Philip, SG. Beliau menyentuh tentang kepentingan mendalami iman berdasarkan ajaran agama agar iman para peserta tidak mudah goyah apabila berjauhan dari rumah dan gereja serta menghidupi nilai-nilai ajaran agama. Pada sebelah malam, para peserta diberikan sedikit pendedahan tentang YPL level 2 dan seterusnya membentuk ‘council’ mereka sendiri apabila berada di YPL level 2.


Penyampaian Cendera Kenangan kepada saudara Nickey dari YouthPrepCentre, KK.


Penyampaian cendera kenangan kepada Bro. Joseph Philip, SG.

Penubuhan Council YPL BAtch 6. 
Dibawah merupakan gambar- gambar penyerhan tugasan kepada council baru.

Kordinator
Setiausaha dan Urus setia
Bendahari
Logistik
Makan dan Minuman
Litiurgi dan Para Liturgi
P.A System
Kecemasan
Penjaga Masa
Disiplin
 Keesokan harinya, para peserta bertolak ke St. Patrick, Entilibon Telupid untuk YPL peringkat ke-dua (Level 2)

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent