Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 13, 2016

Salib Belia SYD-4 ke Paroki St. Martin, Telupid

Artikel dan gambar oleh Girald Palipus
Telupid – Pada 23 Januari yang lalu, seramai lebih dari 200 belia berserta umat dari Paroki St.Peter Claver, Ranau, telah mengiringi perjalanan penghantaran Salib Belia SYD-4 ke Paroki St. Martin, Telupid. Rombongan ini ketuai oleh saudara Martin selaku ketua kordinator belia paroki St.Peter Claver, Ranau.
Ketibaan Salib Belia ini diiringi dengan paluan gong dan salib diarak masuk dari luar pagar sehingga masuk ke perkarangan Gereja. Sebelum diarak masuk ke Gereja, umat mempersembahkan tarian tradisional suku kaum Dusun Labuk iaitu Tarian Magalai dari salah seorang belia St.Martin, Telupid.
Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel, rektor Paroki St. Martin merayakan Misa Kudus selepas perarakan masuk para belia dan umat dari kedua-dua paroki. 
Fellowship diteruskan di dapur Dewan Gereja dengan makan bersama. Acara diteruskan lagi dengan beberapa persembahan dari belia-belia St.Peter Claver, Ranau. 
Selepas itu, seorang belia dari paroki St.Peter Claver, Ranau, diberi peluang untuk mengongsikan pengalaman mereka tentang Salib Belia ini sepanjang salib tersebut berada di paroki mereka. 
Pada masa yang sama, kordinator belia paroki Ranau, Martin berserta dengan ahli Tim Pelayanan Belia Paroki Ranau, seramai 12 orang telah menyerahkan 12 utas pengikat tangan sebagai simbolik solidariti kepada paroki Telupid. Tidak lupa juga, mereka turut menyerahkan buku harapan kepada kami untuk dibawa dan mengumpul semua doa permohonan dan harapan kesemua belia di paroki Telupid.
Kesemua belia yang mengikuti sambutan Salib Belia SYD-4 ini menyatakan yang mereka berasa teruja untuk lebih mengenal salib ini dengan lebih dekat lagi dan mereka juga tidak sabar untuk mengikuti program SYD-4 yang akan di adakan pada bulan Jun nanti. Salib Belia ini akan berada di paroki Telupid selama 3 minggu dan akan dibawa berarak ke 4 zon utama di bawah Paroki Telupid. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent