Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 27, 2016

PEMURIDAN - SEMANGAT MISIONARIS

Oleh DS/sj
Lalu aku mendengar suara Tuhan berkata: "Siapakah yang akan Ku utus, dan siapakah yang mau pergi untuk Aku?" Maka sahutku: "Ini aku, utuslah aku!" (Yesaya 6:8)
Duduk (Kiri-Kanan):
Aloysius Leyn, Shirley Joseph, Earnie Claveria (Suami Mirasol), Mirasol Cordero
dan Kletus Muyuk
Berdiri (Kiri-Kanan):
Rachel Antak, Vilma Salvador, anak Claris, Carol Rondidas dan Claris Fransiska 
LAHAD DATU: Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) St. Dominic, Lahad Datu merupakan yang pertama menjalani satu lagi sesi pembentukan daripada Tim Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan untuk tahun 2016 iaitu pada Sabtu, 13hb Februari 2016 bertempat di Paroki Lahad Datu.
Kali ini, Sesi Pembentukan yang bertemakan, "Pemuridan-Semangat Misionaris" telah disampaikan oleh Saudari Shirley Joseph, Setiausaha KPIK dan dibantu oleh Saudari Mirasol T. Cordero iaitu seorang sukarelawan juga ahli KPIP / KPIK dari Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.
Topik Pertama yang bertajuk, "Apa itu Pemuridan?" memuatkan antara input berikut:-
  • The origin of intentional discipleship
  • Characterizing intentional discipleship
  • Penginjilan adalah misi terpenting Gereja (Evangelii Nuntiandi, 14)
Semua peserta dari KPIP Lahad Datu telah memperkongsikan apakah yang telah menyentuh hati mereka dari sesi pertama tersebut. Berikut merupakan petikan daripada perkongsian tersebutt:
  • Kletus Muyuk, "Jika tiada sesiapa lagi yang melakukan pemuridan, maka Kristian akan lenyap dari dunia ini. Pemuridan adalah tanggungjawab bersama setiap umat Katolik."
  • Carol Rondidas, "Saya tersentuh dengan tindakan 'meninggalkan jala' dan mengikuti Yesus. Jika kita mahu menjadi murid Yesus, kita haruslah komited terhadap pelayanan dan bersedia menghadapi sebarang cabaran yang datang."
  • Vilma Salvador, "Pemuridan haruslah bermula kepada diri sendiri dan dari kalangan orang terdekat iaitu ahli keluarga sendiri terlebih dahulu. Pada zaman sekarang terlalu banyak godaan duniawi yang mencabar iman Katolik kita. Kita harus sentiasa mengawasi dan membantu ahli keluarga kita terutama anak-anak muda untuk tetap teguh dan setia dengan iman Katolik."
  • Aloysius Leyn, "Pemuridan dapat dilakukan di mana-manapun. Semasa saya melakukan upacara perkebumian, kata-kata yang diungkapkan oleh Yesus, 'Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada siapa dapat datang kepada Bapa kalau bukan melalui Aku.' dapat diperdengarkan kepada yang hadir, di mana ada di antara mereka belum mengenali Kristus."
  • Claris Fransiska, "Saya sendiri telah mengalami banyak dugaan sebelum menjadi murid Yesus (sebelum mengimani Katolik). Roh Kudus yang membimbing saya untuk menemui Yesus dan juga membantu saya dalam pelayanan di gereja serta melakukan pemuridan. Sememangnya menjadi murid Yesus bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan banyak kesabaran."
  • Rachel Antak, "Menjadi seorang Katolik, kita harus pergi keluar melakukan pemuridan dan bukannya hanya pergi ke Gereja untuk menerima Ekaristi. Bagi saya, jika kita hanya menerima Ekaristi, itu adalah perbuatan mementingkan diri sendiri. Yesus menyeru kita untuk meneruskan misi penyelamatanNya agar semua orang dapat diselamatkan dari dosa."
Selepas makan tengahari, Topik Kedua bertajuk, "Ciri-ciri Misionaris" pula dijalankan. Melalui topik ini, para peserta mengetahui perkara berikut:
  • Semua yang telah dibaptis, kecuali meninggal awal atau tidak berkeupayaan untuk membuat pilihan, tetap akhirnya akan dipanggil untuk membuat pilihan peribadi untuk menjadi pengikut Yesus Kristus di tengah-tengah GerejaNya --Weddell, Forming Intentional Disciples, 70
  • Intentional discipleship is ecclesial
  • Tiga cara pembentukan iman
  • Pemuridan bermakna kepada semua
  • Panduan Utama
  • Misi Kristus
  • Komitmen
  • Cabaran
Apabila Sdri. Shirley melontarkan soalan, "Adakah anda memiliki ciri-ciri seorang misionaris?", sebahagian peserta menjawab, "Ya, saya bersedia mewartakan khabar gembira!" dan sebahagian lagi menjawab, "Ada, namun saya masih perlu menimba pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan misi Kristus." 
Pada topik terakhir iaitu yang ketiga bertajuk, "Langkah-langkah Pemuridan", para peserta didedahkan dengan cara-cara berikut:
  • Seek stories not labels
  • Penginjilan melalui perkongsian iman 
  • Cara penginjilan baru
  • Peluang untuk menginjil melalui tindakan atau perbuatan sehari-hari
  • Menyediakan 'rangka kerja' untuk membentuk iman
Selain itu, para peserta turut diberi input mengenai "Pengurusan Sukarelawan dari Perspektif Katolik" di mana mereka dapat mengetahui perkara berikut:
  • Mengapa orang mahu menjadi sukarelawan
  • Mengapa sukarelawan menarik diri
  • Menerapkan nilai-nilai Ajaran Sosial Gereja Katolik Maruah manusia, Association, Maruah Pekerjaan, Penglibatan dan Solidariti
  • "Seseorang sukarelawan tidak semestinya seorang murid Yesus tetapi seorang Murid Yesus haruslah menjadi sukarelawan dalam melakukan kehendak Tuhan"
Sdri. Mirasol telah membuat perkongsiannya sebagai seorang sukarelawan. Beliau memulakan pelayanannya sebagai seorang sukarelawan dalam Komiti Pastoral Filipino, Paroki Katedral St. Mary, Sandakan. Sr. Alice, seorang Sister Gembala Baik dari Filipina yang pernah ditugaskan di Sandakan pada beberapa tahun lalu telah mempelawa Mirasol melayani migran Filipino yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara (atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'Rumah Merah'). Mirasol terlibat dalam 'Core Group Detention Centre Good Shepherd'. Sebagai seorang sukarelawan, beliau melawati orang yang sakit, membantu orang yang tidak berkemampuan dan ditimpa kesusahan.

Mirasol mulai terlibat dalam pelayanan melalui Komiti Pembangunan Insan Paroki Sandakan apabila Sr. Maria Dipal rgs, Sister Gembala baik, pula yang mempelawa beliau. Beliau berkata, "Apa yang saya pelajari melalui komiti ini adalah menghargai dan mensyukuri apa yang saya miliki dalam dunia ini. Saya juga berasa lebih gembira dalam hidup apabila melakukan banyak perkara untuk membantu orang lain."

Namun demikian, selama pelayanan itu, terdapat pelbagai cabaran yang telah ditempuhinya. Antaranya, adalah berjam-jam menunggu giliran untuk lawatan di pusat tahanan tersebut kerana terlalu ramai yang ingin membuat lawatan. Dalam komuniti juga, Mirasol pernah menghadapi situasi di mana timbul salah faham kerana ada yang tidak berpuas hati ke atas sesuatu yang dilakukannya tetapi beliau tidak berputus asa dan berundur kerana beliau tahu dirinya berada di pihak yang benar dan tidak melakukan kesalahan. Beliau turut menyatakan bahawa sukar membantu para migran dan pelbagai masalah timbul sekiranya migran tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Oleh itu, beliau merasakan betapa pentingnya memberi kesedaran kepada para migran untuk masuk secara sah dan teratur di negara orang.

Selepas selesai sesi perkongsian khas Mirasol, Sdri. Shirley mengutarakan satu soalan kepada KPIP Lahad Datu, "Bagaimana Komiti Pembangunan Insan Paroki Lahad Datu melakukan pemuridan dalam misi membangun insan?" Mereka perlu membawa soalan tersebut kepada perbincangan komiti kemudian, juga sebagai 'kerja rumah' mereka.

Sesi pembentukan tersebut telah diakhiri dengan kata-kata penutup daripada Sdra. Kletus selaku Pengerusi, KPIP Lahad Datu dan Sdri. Shirley serta disempurnakan dengan doa penutup oleh Sdra. Aloysius, Timbalan Pengerusi KPIP Lahad Datu.

"Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus." (Matius 28:19)

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent