Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 4, 2016

Misa Pentahbisan Rev. Father Stanley William Matakim

Artikel oleh Dominggus dan Farnandes
Gambar oleh Arnoldus, Dominggus dan Farnandes
Lahad Datu : “Here am I Lord, Send Me” Isaiah 6:8, adalah tema bagi hari pentahbisan Rev. Father Stanley pada Ahad, 31hb Januari 2016 di Gereja St Dominic, Lahad Datu. Yang Mulia Bapa Uskup Julius Gitom telah merayakan misa pentahbisan tersebut. 

Seramai 17 orang paderi dari Keuskupan Melaka-Johor, Keuskupan Agung Kota kinabalu dan Kuching, Keuskupan Keningau, Kolej Seminari St. Peter Kuching, para religius sisters dan umat dari keempat-empat paroki Keuskupan Sandakan telah turut serta dalam merayakan misa tersebut. Misa yang bermula tepat jam 4.30 petang dihadiri lebih dari seribu orang umat termasuk ahli keluarga Father Stanley.
Inilah hari yang dijadikan Tuhan. Kita akan bergembira dan bersukacita didalamnya. (Mazmur 118:24) Seperti mana kita berkumpul untuk merayakan dan bergembira pada hari pentahbisan Rev. Father Stanley Wiliam Matakim, marilah kita mengucap syukur dan memuji Tuhan kerana kemurahanNya. Perayaan ini adalah satu lagi pencapaian di dalam 8 tahun perjalanan Keuskupan Sandakan iaitu pentahbisan kepaderian kali ke-2. Begitulah kata-kata di dalam ucapan Yang Mulia Bapa Uskup Julius Gitom, yang juga mengenangkan pentahbisan kepaderian yang pertama pada 5 tahun yang lalu iaitu pentahbisan Rev Father David A. Garaman yang juga telah ditahbiskan di paroki St. Dominic ini.
"Panggilan Tuhan itu hanya dapat bertumbuh dalam situasi di mana kita memiliki hubungan secara peribadi dengan Tuhan Yesus. Iman kita bukan hanya menghafal doa-doa rasmi Gereja atau menghafal rumusan iman. Kita perlu memiliki hubungan secara peribadi dengan Tuhan Yesus dan merasakan keindahan bertemu dangan Yesus". Begitulah pula kata-kata Rev Father Simon Kontou, rektor Paroki St. Dominic. Beliau juga menyeru bagi para belia di seluruh keuskupan untuk mencari tujuan hidup yang sebenar dan mencarinya di dalam Tuhan Yesus. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli keluarga Rev Father Stanley yang sanggup datang dari jauh untuk memberi sokongan kepada beliau serta membantu beliau di dalam proses pembentukannya sehingga menjadi seorang paderi.
 
  
Prelatus itu juga mengumumkan bahawa Fr. Stanley akan melayani sebagai pembantu paderi di Katedral St. Mary, Sandakan.
Keluarga Fr. Stanley bersama Bapa Uskup Julius
Bersama 17 orang paderi
Salah satu album: Atas(kiri)bersama Apostolik Wanita Katolik, atas(kanan) bersama Altar boys. Bawah(kiri)bersama para religius dan seminarian, bawah(kanan)bersama kumpulan koir.
Selesai sahaja misa pentahbisan semua umat dijemput untuk acara pentas di dewan terbuka paroki. Ketibaan Bapa Uskup bersama paderi baru dan semua para paderi yang hadir telah diiringi dengan tarian Sumazau, Tarian Hedung dan Seleng. Acara dimulakan dengan menjamu selera dan diteruskan dengan persembahan pentas dari KKD, stasi luar dan para belia dari seluruh keuskupan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent