Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 8, 2014

Majlis Perpisahan Sr. Barbara Lip RGS, Sister Gembala Baik

Oleh Rogena Roger Sining
Sandakan : Perayaan Ekaristi berlangsung di Gereja St Mark pada Selasa, 2hb September 2014, sempena dengan perpisahan Sr Barbara Lip, RGS. Misa dirayakan oleh Fr Thomas Makajil, rektor Katedral St Mary dan turut merayakan bersama ialah Bapa Uskup Julius.
Tema pembacaan pada hari itu berfokus kepada "kuasa kewibawaan melalui firman Tuhan mampu menundukkan syaitan". Dalam khotbahnya, Fr. Thomas mengatakan bahawa Gereja, sebagai rumah ibadat adalah suci namun umat yang memasukinya serba kekurangan juga kelemahan. Petrus berkata, "syaitan seperti seekor singa yang tidak tidur siang malam, dia hanya menunggu kesempatan untuk menerkam orang-orang yang tertidur dalam iman."

'Tubuh kita adalah bait Allah, tempat Roh Allah bertahta.' (Yohanes 2) Sebab bait Allah adalah kudus maka hendaklah kita menjaga tubuh dan jiwa kita sebagaimana yang dikehendaki Allah. Sebagai pengikut Kristus sejati, hidup kita hendaklah mirip dengan hidup Kristus, menurut sabdaNya juga sama seperti identiti Kristus. Dengan sikap sedemikian, kita mampu menangkis kuasa syaitan.
Sr. Barbara Lip RGS mula melayani di Keuskupan Sandakan pada Julai 2010 sehingga April 2012 di Paroki Holy Trinity, Tawau kemudian dipindah ke Katedral St Mary Sandakan pada April 2012 sehingga Ogos 2014. Dalam masa empat tahun melayani di Sandakan, Sr. Barbara perlu mengucapkan selamat tinggal, terutamanya Paroki Katedral St. Mary untuk tugasan baru beliau di Singapura. Dalam pelayanannya di Keuskupan ini, beliau banyak membantu dalam pelayanan migran berpusatkan di Gereja St. Mark.
Bagi pihak paroki, Saudara Dimeh Koyopo selaku pengerusi Komiti Pastoral St. Mark mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sr. Barbara atas pelayanan beliau di Gereja St. Mark. "Pengalaman yang istimewa dan indah tidak dapat dilupakan terutama sekali pelayanan buat umat Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI) dan Komuniti Filipina".
Rektor paroki, Fr. Thomas sangat bersyukur atas kehadiran umat dan berterima kasih kepada Sr. Barbara atas pelayanan beliau di Paroki St. Mary. Sr Barbara telah berjalan bersama dengan komuniti migran dengan penuh komitmen. Liturgi yang disediakan serta koir yang mantap jelas mencerminkan pelayanan dan pimpinan Sr Barbara yang efektif. Penglibatan para migran dalam pelayanan di gereja adalah respons positif mereka terhadap tugas-tugas yang dicurahkan oleh Sr Barbara. Fr Thomas berharap Sr Barbara akan meneruskan pelayanannya, memberi inspirasi  dan memperkayakan komuniti yang dilayani nanti.
Sr. Barbara memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan atas kehadiran para umat."Pengalaman saya dalam pelayanan sangat bermakna dan tetap dalam ingatan saya oleh kerana realiti kehidupan kalian mencabar saya dan menguatkan semangat saya untuk terus merasul terutama migran di antara kita. 

Beliau memetik Mazmur 23 sebagai pedoman hidup bagi semua khususnya para migran, 'Tuhan adalah gembala kita, benar-benar tidak akan ada kekurangan.'Tuhan menuntun hidup kita, kita pasti dapat berjalan di jalan yang benar.

'Saya amat berterima kasih atas penerimaan saya sejak saya menjejak kaki di Sandakan. Saya menghargai sokongan, kerjasama, perhatian dan cinta kasih kalian selama ini. Selamat tinggal sehingga kita bertemu lagi. Tuhan memberkati!  
Sr Barbara bersama dgn umat KKD Merak
Bersama dgn Uskup Julius, Fr Thomas dan staff Keuskupan Sandakan
Sehingga kita berjumpa lagi!
Tarian traditional dari Flores Barat
Majlis dirayakan dengan penuh makna dengan acara majlis makan malam secara 'potluck' dan persembahan dari KBKI. Para umat juga mengambil peluang untuk bergambar bersama Sr Barbara sebagai kenangan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent