Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 3, 2014

Asian Youth, Wake Up! ~ satu lagi perkongsian

Oleh Melania Mernah Timun
(Dikumpul dan disusun oleh DOSPO)
(Melania Mernah is a full time pastoral worker in the Archdiocesan Single Adult and Youth Office, Kuala Lumpur - ASAYO)
Dalam persediaan untuk ke Asian Youth Day, secara peribadi saya telah membuat persediaan minda, rohani dan fizikal untuk mengikuti Hari Besar Belia Asia. Apakah maksud martir? Apa tujuan saya mengikuti Asian Youth Day 6? Apa yang dapat saya kongsikan kepada kawan-kawan setelah mendapat pengalaman mengikuti AYD6? Melalui perkongsian bersama kawan-kawan, soalan ini membantu saya untuk melihat apakah yang saya inginkan dalam AYD 6. Saya membawa soalan-soalan ini bersama ke AYD6.
‘Wake Up! Asian Youth the Glory of the Martyrs Shines on You’, merupakan tema Asian Youth Day 6 yang bertempat di Daejon, Korea Selatan pada Ogos 2014. Tema ini merupakan suatu panggilan untuk bangun/bangkit! Melawan sikap diri yang boleh meruntuhkan semangat belia untuk mengikut jejak Kristus. Kesempatan dan peluang mengikuti Asian Youth Day 6, selama 8 hari bermula 10 – 18 Ogos 2014 memberi inspirasi dan motivasi yang berkesan selain dapat menikmati keindahan alam bumi Korea Selatan. Tidak dapat disangkal lagi bahawa secara peribadi saya boleh katakan Korea Selatan mempunyai pengaruh yang besar kepada Asia dan dunia sejagat dari segi teknologi, kepimpinan, infrastruktur, keindahan alam semulajadi, makanan tradisional, budaya, dan tempat bersejarah. Melihat akan keindahan semula jadi bumi Korea Selatan membuatkan saya terkagum dan mensyukuri bahawa indahnya ciptaan Tuhan.
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa AYD6 ialah melihat Bapa Suci Paus Fransiskus secara dekat yang sebelum ini hanya dapat dilihat di televisyen, suratkhabar, internet dan sebagainya. Kehadiran Bapa Suci telah menyuntik semangat saya secara peribadi untuk sungguh-sungguh menjadikan Yesus Kristus sebagai batu yang kukuh untuk menjalani kehidupan ini dan menghidupi semangat Injil setiap hari. “Spirit of Jesus can bring new life to every human heart and can transform every situation, even the most apparently hopeless. Jesus can transform all situation!” kata-kata Paus Fransiskus yang menyedarkan saya bahawa Yesus sungguh hidup! 

Seterusnya dalam ucapan Bapa Suci, katanya “Asian young people, help build a world where we all live together in peace and friendship, overcoming barriers, healing divisions, rejecting violence and prejudice. And this is exactly what God wants for us. The Church is meant to be a seed of unity for the whole human family. In Christ, all nations and peoples are called to a unity which does not destroy diversity but knowledge, reconciles and enriches it”. 

Sebagai pemimpin gereja Roman Katolik, saya melihat Paus Fransiskus mempunyai karisma yang memberi semangat, harapan dan kerendahan hati terhadap sesama manusia dan Paus juga seorang pendoa kepada umat sejagat. Keperibadian Bapa Suci menyedarkan saya bahawa sikap kerendahan hati dan mengasihi sesama harus ada pada setiap individu melalui sumber kekuatan dari Tuhan Yesus.
(Ketika berada di Haemi Castle)
Selain dari itu, pengalaman yang memberi makna dalam hidup saya ialah berkesempatan berada di tempat-tempat bersejarah seperti Solmoe Shrine dan Haemi Castle di mana para martir Korea suatu ketika dulu didera, dianiaya dan dipenjarakan oleh ketua tentera. Dengan adanya Muzium Katolik yang terletak di daerah Busan membantu saya mengimbas kembali betapa susahnya umat Kristian pada masa itu dalam menyebarkan khabar baik Tuhan kepada umat di Korea. Semangat para martir Korea dalam mempertahankan iman Katolik membawa kesedaran kepada diri saya agar sungguh-sungguh mengikuti Tuhan Yesus Sang Juruselamat yang menjanjikan kehidupan kekal.
Melihat dan bersama dengan kawan-kawan dari pelbagai negara dan melalui pelbagai aktiviti memberi peluang untuk saya mengenali mereka dan berkongsi cerita serta pengalaman hidup. Meskipun terdapat perbezaan dari segi tutur bahasa dan budaya, namun perkara itu tidak membataskan pergaulan dan persahabatan terjalin antara sesama peserta. Asian Youth Day 6 menyatukan semua peserta dari pelbagai negara terutama dari benua Asia. Pengalaman, semangat, persahabatan yang terjalin telah memberi kasih Yesus dapat disebarluaskan melalui pertemuan tersebut.
Pengalaman AYD6 telah menyedarkan saya akan peranan saya sebagai pengikut Kristus dan tanggungjawab saya sebagai seorang insan terhadap insan yang lain. Dengan erti kata yang lain, dalam kehidupan ini kita saling bergantung antara satu sama yang lain dan Tuhanlah yang menjadi sumber kekuatan manusia sejagat. Saya sungguh bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan, ASAYO (Archdiocesan Single Adults and Youth Office Kuala Lumpur), keluarga serta kawan-kawan atas sokongan dan dorongan sehingga saya dapat mengikuti AYD6 dengan penuh semangat, memberi makna dalam kehidupan saya. Pengalaman ini tidak akan terhenti sampai di sini tetapi akan terus dikongsi kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent