Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 1, 2013

Youth Leader's Camp II ~ 2013

DSst

Bermulanya Perjalanan Saya... Bangkit dan Percayalah!

Tawau : 'Youth Leader's Camp II' telah diadakan buat kali kedua di Diosis Sandakan pada 23hb sehingga 27hb Januari 2013 bertempat di Gereja Holy Trinity, Tawau. Seramai 97 pemimpin belia dari seluruh Diosis Sandakan telah menyahut panggilan untuk menyertai Kem Pemimpin Belia ini.
'Bermulanya Perjalanan Saya.. Bangkit dan Percayalah!' merupakan tema bagi Kem Pemimpin Belia pada tahun ini. Intipati program telah disediakan selaras dengan Tahun Iman yang berlangsung sepanjang tahun ini dan ia juga merupakan waktu untuk melihat semula perjalanan mereka selepas Kem Pemimpin Belia yang pertama. Program - program ini merangkumi empat aspek iaitu keseimbangan, doa, kemahiran dan hala tuju
Mesej harapan daripada Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan Paderi Paroki kepada para peserta 'Youth Leader's Camp II ~ 2013'


Uskup Julius Dusin Gitom
"Saya percaya dalam pertemuan peribadi kamu dengan Kristus, Dia telah menawan kamu untuk tujuan tertentu - untuk menjadi rasul - rasul muda Yesus. Pertemuan kalian dalam YLC II ini adalah penting yang membuatkan kamu mengambil keputusan untuk membiarkan Kristus tinggal di dalam diri kamu."




Msgr. Nicholas Ong, Paderi Paroki Holy Trinity, Tawau
"Harapan saya pada YLC kali ini semoga para pemimpin belia dan bakal - bakal pemimpin dapat memanfaatkan segala informasi dan menyahut cabaran untuk melihat pelayanan sebagai satu peluang keemasan untuk membina peribadi para belia sesuai dengan peribadi Yesus Kristus untuk meneruskan misteri penyelamatan di dunia.






Rev. Fr Thomas Makajil, Paderi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan
"Setiap pemimpin mempunyai talentanya sendiri. Gunakan talenta anda itu untuk membantu dalam setiap tugasan yang perlu dalam program belia anda kerana bekerja sebagai satu pasukan dapat memberi impak yang besar. Namun keseimbangan dalam segala aspek harus ada. Kadang - kadang perkara yang dirancang tidak 100% terlaksana kerana Tuhan ada rencanaNya yang lebih baik untuk anda dan kumpulan anda."





Rev. Fr Simon Kontou, Paderi Paroki St. Dominic, Lahad Datu
"Saya berharap pembentukan iman bagi para pemimpin belia dapat diteruskan. Bukan hanya sekadar menyediakan program bagi belia - belia lain akan tetapi juga program rohani bagi pembentukan iman kamu sendiri. Agar kamu teguh dalam pelayanan dan benar - benar percaya akan iman yang kamu miliki. Sekiranya kamu bergiat aktif dalam program tapi tidak yakin akan iman sendiri, maka keraguan pasti akan timbul dan kamu akan mudah jatuh."




Rev. Fr Jasery Gabuk, Paderi Paroki St. Martin, Telupid

"Perancangan pastoral yang rapi hanya menjadi impian dan angan - angan kalau kita tidak mahu berubah dan bertindak bernas. Dalam gereja kita selalu ada sinar harapan. Harapan untuk maju dalam pelayanan dan kerohanian, tetapi kita harus fokuskan pelayanan kita kepada Gereja dan Tuhan"



"Kamu mempunyai tempat yang istimewa di hati saya dan di seluruh Gereja, kerana Gereja sentiasa muda! Gereja mempercayai kamu. Ia mengharapkan kamu! Jadilah muda di Gereja! Jadilah muda dengan Gereja! Gereja memerlukan semangat dan kreativiti kamu!" - Ucapan Paus Benedict XVI kepada belia di Lubnan, September 15, 2012

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent