Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Saturday, February 9, 2013

St. Mark - Peter 'Telematch'

Sam Edesius
SANDAKAN :  Komiti Belia St Mark-Peter telah mengadakan program sukaneka atau 'telematch' tahunan buat kali kedua. Seramai 35 orang belia dan beliawanis dari sub-paroki lain seperti Gereja  Our Lady Of Fatima Beluran, St Paul Ulu Dusun, Katedral St. Mary dan belia dari Paitan telah menyertai dalam acara 'telematch' yang berlangsung pada 2hb dan 3hb Febuari 2013.
Eman, Pengerusi Komiti Belia Mark-Peter 
'Telematch' ini selain memberi faedah dari segi kesihatan ianya juga menghiburkan para peserta yang terlibat , menggalakkan hubungan silaturahim di kalangan belia-belia Paroki Katedral St. Mary, mewujudkan perpaduan dan meningkatkan semangat berpasukan  ke arah memperkukuhkan iman masing-masing selaras dengan Tahun Iman ini. 
Acara 'telematch' dirasmikan oleh Sdra Dimeh Koyopo, Pengerusi
Majlis Pastoral Umat Katolik (MPUK) Gereja St. Mark. 
Sebelum kami memulakan aktiviti tersebut, kami telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan, terdiri daripada belia berlainan sub-paroki.Dengan cara inilah kami dapat mengeratkan lagi jalinan hubungan diantara sesama belia.
 
Puji Tuhan! Penganjuran ini telah berjalan dengan begitu lancar dan baik. Kami mengucap syukur dan berterima kasih kepada Tuhan Yesus kerana memberikan kami hari yang indah untuk meluangkan masa bersama dengan para belia seluruh Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent