Kiri - Kanan : Maxwell (Catholic Student Group), Michael Kobu (Lahad Datu), Felsa May (Tawau), Miriam Lee (Sandakan), Javy (Telupid) |
Tawau (25hb Januari 2013) : Suasana menjadi hangat di dalam dewan Paroki Holy Trinity Tawau walaupun malam ini dirintisi hujan ekoran dialog yang diadakan di antara wakil Majlis Pastoral Paroki dari keempat-empat Paroki di Keuskupan Sandakan bersama peserta-peserta YLCII. Dalam dialog ini membincangkan Pastoral Planning yang telah dirancang oleh tim-tim pemimpin belia dari keempat-empat Paroki disamping membincangkan isu-isu semasa yang menjadi penghalang kepada kejayaan pelaksanaan perancangan pastoral masing-masing.
Kiri - Kanan : Sdra Mario (PPC - Tawau), Saudara Herman (PPC Telupid), Msgr. Nicholas Ong dan Bro. Bell. |
Kiri - Kanan : Fr. David A Garaman, Sdra Raymond Wong (PPC Sandakan) dan Fr. Jasery |
Keberanian para pemimpin belia yang menjawab dan mengajukan soalan kepada ahli MPP yang hadir menunjukkan kematangan pemimpin muda ini dalam pelayanan mereka dalam Keuskupan ini. Pada hari ketiga ini, para pemimpin muda didedahkan kepada intipati utama Tahun Iman. Ini adalah penting agar memastikan perkembangan pelayanan pemimpin muda ini adalah berlandaskan kepada arah yang betul.
The Eagle Eye - Uncle Francis Tan
Para pemimpin belia juga diajar dan diberi pendedahan berkaitan kaedah yang bersesuaian untuk membuat penilaian terhadap pastoral planing mereka sepanjang tahun. Penilaian perancangan pastoral adalah penting kerana ini akan memberikan indikasi terhadap keupayaan dan pencapaian serta melihat kembali sejauh mana keberkesanan pelaksanaan perancangan pastoral mereka.
"Double this, double that" - Patrick Sta Maria |
Semangat bekerja secara berkumpulan adalah sangat penting dalam pelayanan kerana dengan bekerja sebagai satu kumpulan, barulah sesebuah pelayanan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Sesi pada hari ini turut melihatkan agenda pembinaan semangat berkumpulan. Bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Begitu juga maksudnya dalam pelayanan tidak pernah akan penyertaan yang lebih, semakin ramai yang melayani semakin berkembanglah sesebuah gereja itu. Itulah matlamat yang cuba diterapkan ke dalam jiwa setiap pemimpin muda kita. Sesi yang telah dikendalikan oleh Saudara Patrick Sta Maria ini menampakkan hasil apabila pemimpin muda faham akan konsep kerja berpasukan ini.
Walaupun malam ketiga ini diakhiri dengan adegan yang penuh emosi, namun ia tidak langsung melemahkan semangat kaum muda ini untuk terus melayani dengan lebih sungguh khususnya di gereja mereka. Malam ini juga telah membuka mata para pemimpin senior dalam gereja kita, kerana dengan sesi perdebatan pada malam ini mereka sendiri telah melihat bahawa pemimpin muda yang ada ini boleh menjadi pemimpin yang unggul pada masa hadapa demi kemuliaan nama Tuhan.
No comments:
Post a Comment