Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 6, 2013

Hari Keempat - Youth Leader's Camp II 2013

Tim Dokumentasi

PEMIMPIN MUDA TERBUKA MATA, HATI DAN TELINGA.............
Tawau (26hb Januari 2013) : Pengisian program pada hari ini melihatkan banyak pergerakan fizikal sesuai dengan ciri-ciri belia yang aktif dan tidak boleh duduk diam. 
Memulakan hari kami dengan misa.

Sesi 'Multiple Intelligence' yang dikendalikan oleh Sdra Patrick Sta Maria pada hari ini adalah bertujuan untuk membentuk pemimpin muda yang mempunyai kemahiran pengetahuan yang pelbagai. Sesi pada hari ini turut menguji semangat berkumpulan dan seterusnya menemukan kebolehan diri yang terpendam. 
Body Smart
Art Smart
Pemimpin-pemimpin muda diuji daya kreativiti mereka pada hari ini. Pembelajaran pada hari ini memberikan mesej kepada para belia bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. 
Julio sedang mengharungi rintangan "spider web"
Gelak ketawa, perbalahan, dan sorakan kumpulan mengisi suasana petang hari ini. Aktiviti "Journey To The Promised Land" antara aktiviti yang menguji kepekaan, semangat berkumpulan, ketabahan, dan daya kreativiti setiap kumpulan dalam menyelesaikan halangan yang telah disediakan dalam sesi ini. 
Akibat terlambat melintasi laut merah.
Dalam cabaran ini, peserta perlu melalui beberapa stesen untuk sampai ke tanah yang dijanjikan. Antaranya adalah stesen perhambaan , rumpun terbakar, oasis, angin ribut, lembah ular, keadaan buruk dan lautan merah. Setiap stesen menguji setiap peserta untuk menjadikannya diri mereka seorang pemimpin yang lebih baik. Sesi ini mengajar pemimpin muda bahawa hasil bukanlah sesuatu yang penting malahan proses yang dialami adalah lebih penting kerana ia akan membantu membentuk kematangan seseorang itu.
Special Dinner
Makan malam istimewa mengisi slot makan malam pada hari ini, meja makan malam yang telah disusun berbentuk salib yang dihiasi dengan nyalaan lilin membuatkan peserta berasa begitu istimewa pada malam ini. Selain menikmati makan malam yang istimewa, peserta juga diberi peluang untuk berkongsi cerita di antara satu dengan yang lain bukan sekadar membuatkan mereka merasa istimewa tetapi turut mengeratkan lagi hubungan di kalangan pemimpin muda ini. Malam ini diakhiri dengan persembahan khas daripada setiap kumpulan yang bertujuan menunjukkan perasaan mereka sepanjang sesi pada hari ini.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent