Tawau : Pada hari kedua, 24hb Januari 2013 acara dimulakan dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Rev Fr David A. Garaman yang juga Penasihat Rohani kepada Kerasulan Belia Keuskupan.
Dalam khutbahnya, beliau telah mengajukan satu soalan kepada para belia yang hadir. 'Siapa mahu menjadi tekenal?' Belia yang ingin menjadi terkenal untuk Yesus pasti ada cabarannya. Oleh sebab itu, pemimpin belia harus memupuk sikap berdisiplin kerana secara tidak langsung, pemimpin belia menjadi perhatian dan harapan bagi umat khususnya di paroki masing - masing. Dengan itu, beliau mengajak belia untuk melayani dengan intensi yang baik dan melayani dengan rendah hati kerana Yesus datang untuk melayani dan bukan untuk dilayani.

Sesi pertama iaitu, 'Pemimpin Belia (Umat Awam) Menurut Konsili Vatikan II' yang telah disampaikan oleh Rev Fr David A. Garaman. Dalam sesi ini, beliau telah menerangkan kepada para peserta mengenai Konsili Vatikan II. Pendedahan kepada sesi ini telah membantu para belia lebih mengenal dan memahami tanggungjawab mereka sebagai umat.
Sesi kedua iaitu "The Gift of Discernment" atau Karunia Kebijaksanaan telah disampaikan oleh Puan Salva Sibaton. Beliau pernah menjadi koordinator belia pada suatu ketika dulu. Karunia Kebijaksanaan adalah sangat penting untuk seorang pemimpin belia agar mereka sentiasa peka terhadap bisikan Roh Kudus ~ terutama sekali apabila membuat keputusan bagi diri sendiri dan juga pelayanan.
Sesi pada sebelah petang telah disampaikan oleh Roselinah Francis dari Keuskupan Keningau. Sesi yang disampaikan oleh beliau adalah 'Personal Development Plan'. Dalam sesi ini, para pemimpin belia telah dijemput berhenti sekejap dan merenung semula keseimbangan di dalam kehidupan mereka dan pada masa yang sama mereka diminta untuk membuat perancangan peribadi.
Pada sebelah malam, peserta diajak untuk melihat diri mereka 10 tahun ke depan dan mereka telah diminta untuk membuat "vision board" dengan menggunakkan kadboard dan gambar - gambar yang diambil dari majalah yang telah disediakan.
Dalam sesi penyerahan, apabila peserta sudah bersedia untuk menyerahkan diri mereka dan rancangan mereka kepada Tuhan, mereka boleh mengambil kertas yang berbentuk bunga dan meletakkannya ke dalam mangkuk air : Simbol sumber kehidupan iaitu Tuhan yang sentiasa mendengar semua impian/keluhan kita. Kertas berbentuk bungga : Harapan dan impian para peserta.

Untuk doa malam, para peserta diminta untuk mencari kedudukan yang selesa untuk doa Taize. Sedang doa Taize dijalankan, apabila para peserta sudah sedia, mereka diminta untuk maju ke hadapan dan menyalakan lilin untuk doa penyerahan diri.
No comments:
Post a Comment