Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 15, 2013

Voices of the Leaders - Youth Leader's Camp II

Compiled by DSst

More sharings by participants of the just concluded 5 day 2nd Diocesan Youth Leader's Camp (YLCII) held in Holy Trinity Church, Tawau.

 Felsa May (Holy Trinity Church, Tawau)



Leadership brings great meaning to me in my journey as a youth leader. I believe everyone can develop leadership skills. However, the process of developing leadership skills is full of obstacles. It's a practical knowledge that needs courage to slowly understand and put it into action that leads to self confidence. I need to learn more of myself before I understand others. It is supported by motivation and love of others and above all, it teaches me Jesus's journey of faith with His disciples. Alleluia. L : Leads; E : Everyone; A : And; D : Determines; E : Each; R : Response.



Marylyn Joannes (Our Lady of Fatima, Beluran)


Sepanjang kem ini, saya dapat mempelajari bagaimana untuk bersabar. Saya mungkin kurang menonjolkan diri sepanjang kem ini, tetapi tidak semestinya saya masih orang yang sama apabila keluar dari kem ini. Input - input yang saya dapat akan saya gunakan dalam membantu umat Allah. Saya akan sentiasa melayani dan bersaksi bagi Kristus. Saya akan berusaha untuk mencintai orang lain dan menjadi insan yang tabah. Saya akan sentiasa merendah diri bagi menunjukkan peribadi Yesus Kristus dalam diri saya. Saya akan kotakan janji saya semasa perutusan iaitu menjadi rasul Kristus ~ selama-lamanya.

Arnoldus Sanga Bayane (St. Dominic, Lahad Datu)


Bila kita betul-betul mahu melayani Tuhan, biarkan kita serah segalanya agar Tuhan boleh memakai kita sepenuhnya. Bila kita mahu melayani, jangan fikir bahawa kita tidak layak, tidak pandai, malu atau ragu-ragu kerana Tuhan yang memilih kita. Kita dipilih bukan atas kebolehan atau kebijaksanaan kita, tetapi kerana DIA mengasihi kita. Dia mahu supaya kita terus melayaniNya agar jiwa kita dapat dipenuhkan dengan kasihNya. Melayanilah dengan rendah hati agar kita senantiasa dapat  merasakan kehadiran Tuhan dalam pelayanan kita. Amen.

Sloane Styne Joseph (St. Martin, Telupid)



Dalam setiap hidup kita sebagai seorang belia, ada sahaja halangan yang kita hadapi. Saya sering menghadapi masalah dalam keluarga, masa dan juga pelajaran sehingga hampir membuat saya ingin meninggalkan pelayanan saya dalam gereja. Namun begitu, saya bersyukur kerana YLC II telah membangkitkan semula semangat saya untuk menjadi hamba Tuhan. Pelayanan itu amat memenatkan bagi sesetengah belia, namun, percayalah bahawa apabila kita berjaya menjalankan tugas pelayanan kita, barulah kita menyedari bahawa Tuhan sentiasa bersama dan membimbing kita untuk jalan bersamaNya. Pada saat itulah kita akan merasakan bahawa kita ini adalah karyaNya yang indah dan betapa indahnya dan seronoknya melayani untuk Tuhan. Pelayanan akan menjadi keutamaan saya mulai saat ini dan jika diizinkan Tuhan, saya ingin meneruskan pelayanan saya sebagai seorang paderi. Puji Tuhan. Amen.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent