Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 8, 2012

Sambutan Hari Jururawat Peringkat Paroki Katedral St Mary, Sandakan

Penulis: Venessa Julian
JuruGambar: Milton Moses

SANDAKAN : Pada Ahad 20 Mei 2012 yang lalu, para jururawat, staf kesihatan dan jururawat pelatih dari Kolej Kejururawatan telah mengadakan sambutan Hari Jururawat di Katedral St. Mary. Pada tahun ini, tema bagi Hari Jururawat adalah ‘Advocating, Leading, Caring’ yang sememangnya membawa erti yang sangat bermakna. Sebagai ungkapan kesyukuran, Misa Kudus Hari Jururawat dirayakan bersama dengan Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan umat yang lain. 
Semasa misa kudus tersebut, koir telah dipimpin oleh jururawat pelatih, manakala tugas-tugas seperti Komentator, Pembaca, Pembawa Persembahan, dan Koleksi telah dikendalikan sepenuhnya oleh para jururawat dan staf kesihatan.
Bapa Uskup Julius dalam homilinya, berkata, "Tugas sebagai seorang jururawat yang menjaga keperluan pesakit bukanlah tugas yang mudah kerana perlu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Namun, kesabaran dan cinta kasih adalah senjata utama yang diperlukan untuk mengharungi segala cabaran dalam melayani Yesus Kristus".
Selesai misa kudus, sesi bergambar dilakukan bersama Bapa Uskup Julius, para jururawat, staf kesihatan dan jururawat pelatih. Sambutan Hari Jururawat dimeriahkan lagi dengan acara 'fellowship' di Dewan Paroki Katedral St.Mary. 
Acara dimulakan dengan ucapan daripada saudari Agnes Gaduka sebagai Pengerusi Catholic Nurses Guild (CNG). Seterusnya, disusuli pula dengan ucapan dari Bapa Uskup Julius, penyampaian cenderahati CNG kepadanya, pemotongan kek serta jamuan makan. 
Semasa para jemputan menjamu selera, jururawat pelatih mengambil tempat melakukan beberapa persembahan seperti nyanyian ‘action song’ iaitu “It’s Good to see you” dan “Kasih Yesus”, nyanyian solo dan tarian. Acara berakhir sekitar pukul 1 petang.
Secara keseluruhannya, sambutan Hari Jururawat tahun ini sekali lagi memberi peluang untuk merenungkan panggilan istimewa yang diberikan dalam melayani keperluan pesakit iaitu Yesus Kristus sendiri.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent