Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 13, 2012

Kerasulan Belia Keuskupan Mengunjungi Jururawat Pelatih


Vanessa Julian
Gambar Oleh: Claire Andrew
Jururawat pelatih bersama Tim KBK
Sandakan : Pada 27 Mei 2012 (Ahad) yang lalu, Jururawat Pelatih dari Kolej Kejururawatan Sandakan sekali lagi menerima lawatan persahabatan dari Tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) yang diwakili oleh Sharon Tan dan rombongan belia Katedral St Mary; Claire Andrew, Elmer Adonis, Miriam Lee, Michelle Cornelius, Boy Wilfred dan Fiona Degulacion untuk melaksanakan Program Club 2 dengan tema “ I Have A Dream”. Lawatan persahabatan kali ini merupakan kesinambungan bagi lawatan yang pertama pada Februari lalu bertemakan “Let’s Hang Out”.
Program yang disertai seramai 50 peserta bermula jam 8.00 malam dengan lagu puji-pujian dipimpin oleh Venessa Julian dan Jane Sandra Mahin serta diiringi oleh pemain gitar Julie Olimpia dan Olivia Robert. Sesi “Fun” disusuli yang dikendalikan oleh Sharon Tan. Rombongan belia juga turut serta dalam sesi ini bersama dengan jururawat pelatih dan mereka dibahagikan kepada 7 kumpulan dimana salah seorang dari setiap kumpulan dipilih sebagai ketua kumpulan. Tugas ketua kumpulan adalah memberi arahan kepada ahli kumpulan untuk melakukan sesuatu TANPA bersuara dan disinilah kerjasama antara ahli kumpulan sangat diperlukan dan penting untuk melengkapkan arahan yang diberi dengan betul.
"My toe, my knee, my shoulder, my head"~versi belia
"I'm dancing on the Lord's side."
"Bentukkan diri kamu menjadi satu.. BINTANG"
"BULAN SABIT"
Kemudian aktiviti diteruskan dengan memfokuskan tema program iaitu “I Have A Dream” dimana Sharon Tan memberikan sekeping kertas kepada jururawat pelatih dan mengkehendaki mereka untuk melukiskan gambaran impian masing-masing. Aktiviti sebegini bukanlah selalu dapat dilakukan kerana apabila sesi perkongsian dijalankan, suasana gembira dan sedih dapat dirasakan oleh setiap individu yang menceritakan mengenai impian tersebut. Selepas sesi perkongsian, Sharon Tan memberi renungan ringkas  kepada jururawat pelatih  bahawa dengan bersandar kepada cinta kasih Kristus, segala sesuatu yang diingini adalah tidak mustahil.

Program diakhiri dengan doa penutup yang dipimpin oleh Elmer Adonis. Sebelum bersurai, sesi bergambar dilakukan antara Tim KBK dan jururawat pelatih. Secara keseluruhannya, lawatan Tim KBK kali ini memberikan impak yg besar dalam peribadi jururawat pelatih bahawa pentingnya untuk mempunyai impian dalam hidup dan merasakan kehadiran Yesus dalam impian tersebut.
Setiap individu merupakan anggota tubuh dengan karunia dan fungsi masing-masing. Dalam tubuh jelas ada kesatuan dan keseragaman, saling mendokong sesama demi membangunkan tubuh Kristus.  

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent