HOLY TRINITY, TAWAU - Youth Monthly Gathering (YMG) ke-9 telah diadakan pada 11 Mac 2012 akan tetapi perkumpulan ini diadakan di Tanah Perkuburan Kristian Batu 11 Jalan Apas, Tawau. Aktiviti ini dianjurkan oleh Team Kerasulan Belia Paroki Tawau (KBP) yang bertemakan “Beramal, Berdoa dan Bertobat" sempena musim pra-paska.
Seramai 120 belia telah melibatkan diri dalam aktiviti amal membersihkan kawasan perkuburan. Sebelum aktiviti bermula para belia diberikan taklimat mengenai peraturan semasa berada di tanah perkuburan yang disampaikan oleh saudari Noami. Seterusnya input diberikan oleh saudari Dollores Diego berkenaan kehidupan dan kematian yang diambil daripada petikan alkitab.
"Untuk segala sesuatu ada masanya, untuk apa pun di bawah langit ada waktunya. Ada waktu untuk lahir, ada waktu untuk meninggal, ada waktu untuk menanam, ada waktu untuk mencabut yang ditanam..."
(Pengkhotbah 3:1-2)
Selepas itu, para belia dibahagikan kepada kumpulan dan kawasan masing-masing untuk dibersihkan. Dalam aktiviti ini para belia juga mengambil kesempatan untuk menziarahi tapak perkuburan keluarga dan saudara mara mereka yang telah meninggal dunia.
Selain itu para belia berkumpul untuk berdoa bagi roh-roh arwah yang telah dipanggil Tuhan. Lagu Amazing Grace dinyanyikan sebagai lagu penutup dan seterusnya para belia menyalahkan lilin di setiap kuburan. Aktiviti amal ini diakhiri dengan jamuan ringan.
Disediakan oleh Jacksikh Ansim
SOCCOM KBP Holy Trinity, Tawau
No comments:
Post a Comment