Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 27, 2012

LOM Katedral St Mary, Sandakan Membaharui Janji (Acies)

 
Sandakan, 21 Mac 2012 - Satu upacara khas dalam Misa Kudus untuk perkumpulan Legion of Mary (LOM) telah diadakan bagi membaharui janji (Acies) yang dijalankan setahun sekali oleh ahli-ahli LOM yang terdiri daripada Presidium Ratu Pengasih, Ratu Takhta Kebijaksanaan, Ratu Kerahiman, Ratu Perdamaian, Ratu Cahaya dan Ratu Penyayang. 
 
Sebelum memulakan misa tersebut, perkumpulan LOM berdoa Rosari bagi mempersiapkan  diri untuk membaharui janji mereka, sekaligus membawa amanah yang telah mereka pegang selama ini ke penggal yang seterusnya. 
 
 
Melalui perkongsian homili selebran, Fr Thomas Makajil,  beliau rasa bersyukur dan berterima kasih kepada kesemua ahli LOM kerana berjaya melaksanakan pelayanan dengan begitu baik. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran hebat, namun LOM tetap utuh dan teguh berpegang kepada janji mereka. Paderi turut memperkongsikan kepada ahli-ahli LOM tentang sejarah perkumpulan, di mana Kumpulan LOM adalah kumpulan yang pertama sekali diwujudkan dan seterusnya antara kumpulan yang amat aktif dalam penginjilan, aktiviti kerohanian dan banyak akitiviti lain. Kesaksian dan pengalaman ahli-ahli menjadikan perkumpulan ini berkesan dalam kehidupan kalangan ahlinya sehinggakan umat lain tertarik untuk menyertai perkumpulan ini.
 
   
Di pengakhiran homili, father turut memohon kepada ahli-ahli LOM supaya dapat mengekalkan dan seterusnya memperbaiki lagi pelayanan mereka dalam gereja. Sikap positif seperti keyakinan diri dan komitmen di dalam pelayanan seharusnya diterapkan ke setiap ahli LOM agar pelayanan mereka tidak mudah goyah dan seterusnya akan menjadi panduan ataupun perangsang kepada umat lain. Dengan demikian, umat lain akan mendapat suntikan minat bagi menyertai sebagai ahli-ahli baru perkumpulan tersebut. 

Sejurus misa selesai, program tersebut diakhiri dengan jamuan makan malam potluck bertempat di Dewan Paroki Katedral St. Mary yang dihadiri oleh kesemua perkumpulan LOM. 




MILTON MOSES,
Penulis/Jurugambar (BM),
SOCCOM Paroki Katedral St Mary.






Legio Maria

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
http://id.wikipedia.org/wiki/Legio_Maria 

Legion Maria (bahasa Latin: Legio Mariae) adalah sebuah kelompok awam Katolik yang melayani Gereja Katolik secara sukarela. Legio Maria berjuang di bawah panji-panji Santa Maria Tak Bernoda dengan bersenjatakan doa-doa. Tujuan dari Legio Maria adalah mengusahakan supaya para anggotanya menghayati hidup seturut perintah Tuhan dan memancarkan cara hidup saleh dalam lingkungan di mana para anggotanya tinggal dengan karya kerasulan di bawah perlindungan Santa Maria Tak Bernoda. Tugas utama seorang legioner (anggota Legio Maria) adalah berdoa, karya kerasulan seperti misalnya mengunjungi orang sakit, dan membantu tugas paroki.


Menurut sejarahnya, pertama kali Legio Maria didirikan di Dublin, Irlandia, oleh orang awam Katolik, Frank Duff, pada 7 September 1921. Pada awal perkembangannya, Legio Maria sempat tersendat-sendat. Namun kemudian Legio Maria dapat berkembang dengan baik. Pada tahun 1931, Paus Pius X memuji karya kerasulan Legio Maria.


Untuk menjadi anggota Legio Maria, seseorang yang sudah dibaptis menjadi Katolik. Anggota Legio Maria terdiri dari anggota aktif dan anggota auxilier(yang membantu). Anggota aktif wajib terlibat dalam kegiatan rutin Legio Maria seperti menghadiri sidang/pertemuan anggota, melaksanakan tugas-tugas kerasulan, mendoakan Catena (Latin: Catena artinya rantai ikatan), dan lain-lain. Tugas anggota auxilier adalah berdoa Rosario dan Tessera.


Dewan tertinggi Legio Maria adalah Concilium di Dublin, Irlandia. Di bawahnya terdapat Senatus. Di bawah Senatus terdapat Commissium, kemudian Kuria dan terakhir Presidium.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent