Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 1, 2012

Mari 'menjamu' persahabatan yang santai...

SANDAKAN- “Let’s hang out!” begitulah tema yang diberikan sempena program belia yang diadakan khas untuk jururawat pelatih di Kolej Kejururawatan Sandakan yang dikendalikan oleh Tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK), Sandakan.

Pada 19 Februari 2012 (ahad) lalu, seramai 81 orang jururawat pelatih Katolik termasuk dominasi berlainan menyertai program ini. Tujuan program ini dilakukan adalah untuk menjangkau para belia yang sedang melanjutkan pelajaran khususnya jururawat pelatih yang berada di Sandakan. Selain itu, matlamat program ini juga adalah untuk membina persahabatan diantara para jururawat pelatih dan Tim KBK.

Program bermula dengan lagu-lagu pujian dan penyembahan yang dipimpin oleh Saudari Anna Teresa dan doa pembukaan oleh Saudari Venessa Julian. Selepas itu, ‘tembok’ diantara para jururawat pelatih dan tim KBK dipecahkan dengan sesi Ice Breaking. Para belia dapat berkenalan antara satu sama lain dan secara langsung dapat membina hubungan persahabatan antara sesama.


Terdapat beberapa games yang disediakan antaranya adalah “Die” dan “Act it Out!” Melalui sesi ini, para belia dapat membina semangat kerjasama antara jururawat pelatih.
Sementara itu, light refreshment juga disediakan dan doa dilakukan oleh Saudari Aquelaria Clarice. Semasa menikmati light refreshment, Saudari Anna menggunakan masa tersebut untuk berkenalan dengan setiap jururawat pelatih. Program diteruskan dengan games dan action song yang sangat menghiburkan.

Program berakhir pada pukul 10 malam dan doa penutup dipimpin oleh Sr Lilian Unsoh, FSIC.


Sememangnya program ini sangat bersesuaian dengan jiwa para belia pada masa sekarang iaitu aktiviti yang “relax” dan “santai” tetapi pada masa yang sama memberi sukacita kepada para belia dan mesej yang ingin disampaikan juga tercapai. Tambahan pula, program seumpama ini merupakan pertama kali diadakan untuk para belia di Kolej Kejururawatan Sandakan. Tidak dinafikan kekuatan program ini dapat menarik minat para belia untuk mendekatkan diri dengan Yesus melalui hubungan persahabatan yang terjalin kerana para belia dapat ketawa,bercerita,menyanyi,makan dan bergembira BERSAMA-SAMA.



Oleh itu, para belia dari Kolej Kejururawatan sangat mengharapkan lawatan ini diteruskan dan pastinya susulan lawatan akan datang “I Have A Dream” dinanti-nantikan.


Venessa Julian
Photo oleh Bro. Bell dan Schoffal Charles Moiji

1 comment:

  1. Take a look at more intriguing approaches to
    be with your companion over a long distance relationship advice despite the distances and permit adoration development.
    This only affects the value of each backlink when it come to
    search engine ranking. Spinchimp, a free article spinning software, is already out in the market today
    to make your article rewriting efficient and fast.

    Also visit my web-site: article spinners

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent