TELUPID - ‘
Ceramah Pembangunan Insan ’ yang dikendalikan oleh Sr.Maria Dipal RGS dari Religius Gembala Baik yang juga Pengerusi Komisi Pembangunan Insan Diosis Sandakan dan Saudara Francis Tan dari Pejabat Pastoral Diosis telah diadakan di Gereja Katolik
St.Martin pada Sabtu 3 Mac yang lalu.
Seramai 52 orang peserta yang mewakili pelbagai kumpulan Gereja dan Komuniti Kristian Dasar di sekitar Paroki Telupid hadir
mengikuti ceramah tersebut. Sesi
ceramah bermula pada jam 9 pagi dengan doa pembukaan dipimpin oleh Sr.Maria.Dipal RGS.
Sdra Francis Tan |
Pembangunan insan melibatkan proses perubahan fizikal juga mental dan perubahan ini perlu dinilai dan didasari oleh Ajaran Sosial Gereja yang bermakna untuk komuniti Katolik kita. Umat Katolik samada individu, kumpulan atau komuniti harus respon kepada keperluan orang yang memerlukan seperti dalam kisah 'Orang Samaria yang murah hati' dalam Lukas 10 : 25-37. Saudara Francis Tan dalam ceramahnya menegaskan bahawa ajaran katolik
sangat menitikberatkan mengenai kasih. Sepertimana Allah mengasihi anakNya
begitu juga dengan kita sesama manusia harus mengasihi di antara satu sama
dengan yang lain kerana setiap insan itu amat berharga di mata Tuhan.
Sr Maria Dipal RGS |
Ajaran Sosial Gereja merupakan harta yang
penuh dengan sumber kebijaksanaan dalam membina komuniti insani yang adil dan
kehidupan yang kudus di tengah masyarakat dunia yang kian mencabar. Sister
Maria menerangkan unsur-unsur penting bagi gereja adalah melalui Alkitab (
Sabda Tuhan ), Sakramen dan Misi Sosial. Iman kita harus berakar-umbi kepada
hidup berkomuniti.
Selesai ceramah diadakan, sarapan pagi turut
disediakan oleh Kerasulan Wanita Katolik. Selepas itu, sesi seterusnya adalah
sesi perbincangan dalam kumpulan iaitu
sebanyak 5 kumpulan yang terdiri daripada 10 orang setiap kumpulan. Semua peserta
yang hadir berbincang dan bertukar-tukar
pendapat tentang isu semasa berhubungkait dengan 7 tema ajaran sosial gereja yang meliputi;
- Kehidupan dan maruah manusia
- Panggilan kepada keluarga, komuniti dan keterlibatan
- Hak-hak dan tanggungjawab
- Peluang bagi mereka yang miskin dan lemah
- Maruah pekerjaan dan hak-hak asasi para pekerja
- Solidariti
- Menjaga ciptaan Tuhan
Selepas perbincangan setiap kumpulan
membentangkan tema penting dalam ajaran sosial gereja. Semua yang hadir
bersetuju pentingnya pembangunan insan kerana sangat mempengaruhi pendekatan di
dalam pendidikan kristiani, pelayanan pastoral dan psikologi pastoral.
Pendekatan ini dapat memperkembangkan dan meningkatkan keupayaan untuk
mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik menurut kepada ajaran sosial gereja
masa kini.
Ceramah Pembangunan insan ini merupakan
julung kalinya diadakan di Paroki Telupid. Ia mendapat sambutan yang
menggalakkan dan baik sekali seterusnya dapat mematangkan, memperkembangkan dan
meneguhkan lagi tahap iman semua yang hadir kerana membantu menjawab segala
persoalan umat kristian mengenai iman Gereja Katolik. Di akhir sesi, Francis
Tan menyeru agar semua peserta mengambil bahagian dalam pelayanan gereja. YA, SEMESTINYA KAMI ! dapat melayani
sesama dengan cintakasih Allah. Kita tidak mampu menjadi Katolik sejati tanpa memberi perhatian dan mengambil peduli kepada golongan yang memerlukan bantuan dari kita, kerana kita semua adalah anggota tubuh Kristus.
Pembentangan hasil perbincangan kumpulan |
No comments:
Post a Comment