Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 21, 2012

LAWATAN KBP ST DOMINIC KE SEKOLAH TEKNIK



Lahad Datu : Sempena musim pra-paska ini, Kerasulan Belia Paroki (KBP) Lahad Datu telah membuat lawatan ke Sekolah Teknik, Lahad Datu pada 3hb Mac 2012. Di samping itu, jalan salib juga telah dijalankan bersama-sama dengan para pelajar di sana.

Selesai sahaja jalan salib, acara disusuli dengan sesi suai kenal bersama dengan para pelajar. Beberapa buah lagu rohani dan permainan juga diadakan.

 
Cikgu Benedict mengucapkan ribuan terima kasih kepada KBP St. Dominic kerana sudi meluangkan masa untuk melawat para pelajar di Sekolah Teknik. Walaupun perjumpaan kali ini singkat, namun mampu menjalinkan hubungan yang baik. Beliau percaya dan berharap akan lebih kerap lagi perjumpaan sedemikian dijalankan.

Para pelajar ini terdiri dari pelbagai denominasi dan beliau berharap belia dari denominasi lain juga boleh membuat lawatan agar kita boleh bersama-sama belajar dan memahami antara satu sama lain. Ini kerana masa remaja ini sangat berharga, dengan ada lawatan begini, para pelajar dapat mengenali Yesus dengan lebih dalam lagi dan menyiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran selepas tamat sekolah kelak.

Ko-ordinator KBP Saudara Michael mengucapkan terima kasih juga kepada pihak sekolah kerana sudi menerima KBP Gereja Katolik St. Dominic untuk membuat lawatan sedemikian. Cadangan Cikgu Benedict akan diterapkan agar dapat membuat perjumpaan lebih kerap lagi pada tahun ini.
 
GAMBAR KENANGAN KBP BERSAMA DENGAN PELAJAR SEKOLAH TEKNIK.


-Victoria Yam-

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent