Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 9, 2012

Lawatan KBK dengan pelajar-pelajar CSG-CS bersama Belia-belia St. Mark


ST MARK, BATU 12 – Tidak ada kata-kata yang terungkap untuk menggambarkan kegembiraan apabila Tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan mengadakan lawatan dengan pelajar-pelajar Catholic Student Group Campus of Sandakan (CSG-CS) bersama dengan belia-belia St Mark pada 04 Mac 2012 yang lalu.

Lawatan yang bertemakan “Let’s Hang Out” itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelajar-pelajar CSG-CS dengan lebih dalam lagi. CSG-CS merupakan perkumpulan kecil pelajar-pelajar Katolik di UMS cawangan Sandakan yang ditubuhkan pada September tahun lalu. Dengan berbekalkan semangat ingin melayani, pelajar-pelajar katolik institusi tersebut yang sebelum ini bergiat aktif dalam Catholic Student Group Untuk Melayani Sesama (CSG-UMS) telah menubuhkan perkumpulan ini selepas berpindah ke Sandakan di bawah pimpinan Saudari Philominah Karen Philip.

“Apabila kamu berada di Diosis Sandakan, kamu akan berada di bawah jagaan kami,” kata Saudari Anna Teresa Peter Amandus (wakil KBK) mengulangi kata-kata Sr Lilian Unsoh dalam perjumpaan yang lepas bersama dengan pelajar-pelajar CSG-CS.

Kata-kata itu sememangnya amat mengharukan pelajar-pelajar CSG-CS kerana mereka tahu mereka tidak dapat berjalan sendirian tanpa komuniti di Diosis Sandakan. Dengan usia CSG-CS yang belum mencapai usia setahun, memang banyak cabaran yang dihadapi dan mereka sangat memerlukan sokongan.

 Lawatan ini menumpukan kepada konsep mengenali sesama. Ia dimulakan dengan “welcoming songs” yang lebih kepada lagu-lagu pujian dan seterusnya membawa kehadiran Tuhan dalam perkumpulan melalui lagu penyembahan. Ia diteruskan dengan makan bersama dan “ice-breaking” melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selepas itu, beberapa “games” dibuat untuk merapatkan hubungan sesama. Aktiviti akhir yang dilakukan ialah perkongsian dalam perkumpulan kecil dan perkumpulan besar serta lagu penutup.






Secara keseluruhan, semua yang hadir dalam lawatan tersebut sangat gembira dan dipenuhi dengan sukacita. Selain itu, hubungan antara pelajar-pelajar CSG-CS dengan belia-belia St. Mark dieratkan lagi melalui lawatan ini sehingga belia-belia St. Mark bercadang untuk membawa pelajar-pelajar CSG-CS dalam pelayanan dan aktiviti-aktiviti mereka.

 “Sudah lebih kurang 5 bulan kami tidak dapat mengikuti aktiviti seperti ini kerana kami tidak dapat mencari tempat untuk menjalankan aktiviti. Saya sangat gembira kerana kerinduan saya terubat, ” kata salah seorang daripada pelajar CSG-CS.

Salah seorang daripada belia St. Mark tersentuh dengan kata-kata itu kerana ada yang dapat merasakan kepentingan lawatan ini yang sememangnya memberi banyak input.

Diharapkan lawatan seperti ini diteruskan lagi pada masa-masa akan datang kerana ia sangat bersesuaian dengan pegangan pelajar-pelajar CSG-CS sendiri iaitu mencari Yesus di mana-mana sahaja.
Clauvia Jvia, CSG-CS
Photo oleh Bro. Bell dan Schoffal Charles Moiji

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent