Beluran : Pada 3 ogos 2011 jam 05.30 petang, Gereja Our Lady Of Fatima (OLOF) Beluran terletak 84 km dari Sandakan, secara rasminya menerima dan menyambut kedatangan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria SYD-3 dari Gereja St.Paul, Ulu Dusun diiringi dengan paluan gong tradisional Labuk dan persembahan tarian dari Kerasulan Belia Katolik OLOF.
Rev. Fr. Philip dan Hendrickus L. Wain |
Salib dan Ikon Bonda Maria diarak masuk ke dalam dewan gereja. |
Acara pesta Sabah Youth Day-3 peringkat Beluran dimulakan. |
Sdr. George Augustine, Ulu Dusun |
Sdr. Andy Borine, Beluran |
Lebih dari 30 orang perwakilan belia dari Gereja St.Paul, Ulu Dusun yang diketuai oleh Pengerusi Belia St.Paul, Ulu Dusun, saudara George Augustine menyerahkan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria SYD-3 kepada Pengerusi Belia Gereja OLOF, Beluran, saudara Andy Borine Tingadon. Upacara penyerahan tersebut disaksikan oleh seluruh umat Gereja OLOF bersama-sama dengan Rev. Fr. Philip Muji, Pembantu Rektor, Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.
Kedatangan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria SYD-3 ini sekali lagi membawa satu berkat kepada Gereja OLOF dan memberi peluang kepada seluruh umatnya melihat dan menyaksikan serta mengalami sendiri sentuhan Roh Kudus melalui adorasi yang dijalankan buat Salib Belia dan Ikon Bonda Maria seperti saat teduh, doa rosari, penghormatan Salib dan sebagainya.
Belia memberi respon yang bersemangat melalui muzik dan nyanyian. |
Salah satu mukjizat terjadi di Gereja OLOF di mana selama Salib Belia dan Ikon Bonda Maria tersebut berada di sana, tidak pernah ditinggalkan sendirian walaupun sesaat dan seluruh umat katolik OLOF menjadi saksi dan mengalami sejarah penyelamatan Yesus Kristus.
Penghantaran Salib Belia dan Ikon Bonda Maria ke Gereja St.Francis Of Asisi, Sukang, Paitan kira-kira 200 km dari Sandakan pada 5 Ogos nanti, juga akan menjadi sejarah kerana buat pertama kali Salib Belia dan Ikon Bonda Maria berada di sana dan pertama kali juga umatnya melihat Salib Belia dan Ikon Bonda Maria tersebut.
Pengalaman bersama Salib Belia dan Ikon Bonda Maria tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seluruh umat Katolik di Negeri Sabah juga di seluruh Malaysia berkongsi pengalaman tersebut kerana sejarah penyelamatan Yesus Kristus harus dialami dan diperkongsikan sesuai dengan tema SYD-3 di mana kita harus "Berakar dan Dibangunkan dalam Yesus Kristus dan Teguh dalam Iman."
SOCCOM OLOF Beluran
No comments:
Post a Comment