Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 29, 2011

“MARI KITA BERMULA LAGI………” (St. Francis dari Assisi)

Sandakan : Retret tahunan Sekular  Franciskan  Order  (SFO) yang bertemakan MARI KITA BERMULA LAGI”  diadakan di dewan Paroki St. Mary, Sandakan pada 19 – 21 Ogos 2011 yang lalu.  Pendaftaran mencatatkan kehadiran seramai 191 orang ahli SFO dari tiga keuskupan di Sabah (Holy Rosary, Limbahau, St. Joseph, Papar, St. John, Tuaran, Stella Maris, Tanjung Aru, Blessed Sacrament, Labuan, St. Francis Xavier, Keningau, St. Joseph, Kiulu, Holy Cross, Toboh, Our Lady of Fatima, Beluran dan Katedral St. Mary, Sandakan sebagai tuan rumah.
REV FR NICHOLAS STEPHEN
(RETREAT MASTER)
Retret bermula dengan pendaftaran pada jam 2.00 petang dan disusuli dengan Doa Petang dan seterusnya Misa Kudus Pembukaan pada jam 6.30 petang yang diselebrankan oleh Rev. Father Nicholas Stephen dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu selaku “Retreat Master”. Dalam homilinya, beliau menyentuh betapa besarnya erti sebuah cintakasih yang benar-benar lahir dari sebuah hati yang murni. 

Dalam sesi pengenalan, Rev. Father Nicholas   menerangkan makna  “Retret” yang bererti berundur dari tempat kebiasaan ke tempat yang sunyi dengan  meninggalkan kesibukan untuk bersama dengan Tuhan. 

Sesuai dengan tema retret tahun ini “MARI KITA BERMULA LAGI……” Fr. Nicholas menjemput para  peserta untuk  menyelami diri sendiri dan berusaha untuk menjadi serupa dengan Kristus dengan mengikuti jejak Francis dari Assisi. 

Dalam sesi pertamanya, Rev. Father Nicholas menyentuh tentang HIDUP BERDOA dengan mengajak para peserta untuk mencontohi teladan Francis yang menjadikan  DOA sebahagian daripada hidupnya.  .

Atas berkat pertobatan,  Francis sering melambungkan puji-pujiannya  kepada Allah melalui alam semula jadi. Menjadikan dia di angkat sebagai Penaung kepada alam semula jadi dalam tahun 1978 oleh Bapa Suci Yahones Paulus II.

Sesi diteruskan lagi dengan topik KASIH DAN PENGAMPUNAN. Katanya, Kasih dan Pengampunan memerlukan tindakan.  Seperti Yesus yang telah memberikan seluruh hidupNya kepada umat manusia tanpa batas. Cintakasih Tuhan harus diwartakan kepada semua orang maka dengan itu, jadilah pembawa damai dan pengampunan.  

Slide-slide yang diperlihatkan tentang  “Servant Leadership Of Pope John Paul II”, memberi kesedaran betapa indahnya Kasih itu.  Semangat seperti itulah yang harus ada pada kita iaitu menjadi garam dan terang dunia.  Semangat ‘missionary’ haruslah diteruskan.

Sesi hari itu telah diteruskan dengan Sakramen Pertobatan dan disusuli dengan sesi Perdamaian diantara sesama di hadapan Sakramen Maha Kudus.

Local Minister Fraterniti St. Mary, Sis Helda Laurencius, sfo  merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam persiapan dan perlaksanaan retret itu dan seterusnya menyerahkan Rosari Makhota Franciskan kepada Local Minister Fraterniti St. Joseph, Papar Sis  Petronella Munting yang akan menjadi tuan rumah bagi Retret tahunan 2012. 







Retret Tahunan 2011 telah diakhiri dengan Misa bersama dengan umat di St. Mary, Katedral dan disusuli dengan jamuan makan tengah hari sebelum para peserta kembali ke destinasi mereka masing-masing.  

 Sis Brenda De Guzman, sfo

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent