Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 16, 2011

Salib Belia & Ikon Bonda Maria Disambut Dengan Keindahan Alam St Paul, Ulu Dusun

Belia - belia dan umat St Mark, Batu 12
St Paul, Ulu Dusun - Belia-belia dan umat gereja St Paul, Ulu Dusun dengan penuh semangat menerima Salib Belia dan Ikon Bonda Maria pada 2 Ogos 2011 yang lalu dan belia-belia dan umat St Mark, Batu 12, Sandakan.

Upacara penyambutan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria diadakan dengan diiringi persembahan tarian lagu tema SYD-3 "Berakar dan dibangun dalam Kristus"

Suasana petang yang indah menyemarakkan lagi perayaan penyambutan salib ini. Satu suasana yang memukau perasaan setiap belia dan umat yang hadir.

Perarakan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria dari St Mark disambut meriah dan semangat oleh belia dan umat St paul, Ulu Dusun

Penyambutan Salib Belia & Ikon Bonda Maria dalam suasana yang indah
Fr. Philip Muji bersama umat menyaksikan upacara penyambutan Salib Belia & Ikon Bonda Maria

Tarian lagu tema SYD-3 "Berakar dan Dibangun dalam Kristus" oleh belia-belia St Paul, Ulu Dusun
Acara diteruskan dengan misa kudus yang diselebrankan oleh Rev. Fr Philip Muji. Dalam homili, beliau menyeru kepada semua belia dan umat yang hadir untuk mengambil kesempatan dalam merenungkan misteri penyelamatan Yesus melalui Salib Belia.

Selesai saja Misa Kudus, program diteruskan dengan makan malam bersama yang telah disediakan oleh Kerasulan Wanita Katolik St Paul, Ulu Dusun. Sejurus selepas makan malam, LOT SYD-3 yang terdiri daripada Alexander Aban, Miriam Lee, Roland Henry dan Sr Lilian Unsoh membawa belia-belia yang hadir dalam lagu-lagu pujian. Selepas itu acara sesi perkongsian diadakan dimana beberapa belia dari St Mark mengongsikan pengalaman mereka bersama Salib Belia & Ikon Bonda Maria.


Sesi Penghormatan Salib oleh belia-belia & Umat St Mark dan St Paul

Sesi perkongsian

Salib Belia mungkin hanya kepingan kayu yang kosong namun kewujudan perasaan cinta yang mendalam mengukuhkan iman seorang belia terhadap Yesus yang hanya kelihatan melalui iman dan kepercayaan.

Salib belia & Ikon Bonda Maria kemudiannya dihantar ke Our Lady of Fatima, Beluran pada 3 Ogos 2011 dan pastinya satu lagi keajaiban akan berlaku disana.

Gambar kenangan bersama belia St Mark & St Paul


Disediakan oleh: George Agustine (Koordinator Kerasulan Belia Katolik, St Paul, Ulu Dusun)
Gambar oleh: Kenneth Lawrence Catharinus

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent