Tawau – Paroki Holy Trinity Tawau, satu lawatan persahabatan oleh Tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan telah diadakan pada 24 Jun 2011 bertempat di Bilik Konferen Gereja. Holy Trinity merupakan destinasi yang ke tiga selepas St Mary Cathedral, Sandakan dan St Martin, Telupid.
Tujuan lawatan ‘Let’s Hang Out’ yang pertama kali diadakan ini adalah untuk membina dan menjalin PERSAHABATAN di kalangan pemimpin-pemimpin KBP Holy Trinity serta memberikan peluang kepada setiap peribadi yang hadir mengalami dan menghargai kasih Tuhan dalam pertemuan yang serba bersahaja tetapi penuh tawa gembira.
Seramai 25 orang belia yang terdiri dari KBP dan belia HTC, telah hadir menyahut jemputan KBK. Antara ahli KBK yang hadir ialah Fr David Garaman (Penasihat Rohani Kerasulan Belia Keuskupan), Esther Albert, Gabriel Yosep dan Anna Amandus , selaku Kordinator KBK, Sandakan.
Sesi dimulakan oleh Anna, dengan memperkenalkan dirinya dan ahli-ahli KBK lain. Doa pembukaan dipimpin oleh Fr David Garaman. Acara seterusnya dikendalikan oleh Anna Teresa Peter Amandus.
Antara aktiviti yang diadakan adalah menyanyi sambil membuat aksi lagu dimana Fr David Garaman sendiri menjadi pemusiknya, memperkenalkan diri secara kreatif, bermain permainan yang menghiburkan hati seperti ‘DIE’ dan ‘PENGUIN’.
Selepas acara bergambar beramai-ramai, para belia mendoakan Doa Belia Keuskupan dan Rev. Fr. David Garaman dijemput untuk memberi berkat akhir sebelum bersurai. Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 23 Julai 2011 yang bertemakan “I Have A Dream”.
“This is what it means to proclaim to him the Good News. You can only do it by offering him your FRIENDSHIP” A real friendship, without conditions, without any condescendence, offered in trust and with profound respect. It is our friendship they are hoping for, a friendship that allows them to feel that they are loved by God and saved through Jesus Christ”
Eloi Leclerc, “A Poor Man’s Wisdom”
Soccom Paroki HTC,Tawau –EA/HK