Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 18, 2011

Perwakilan Belia Diosis Sandakan Menghadiri Pelancaran SYD3, Ranau

Ranau – Pelancaran SYD-3 pada 15 Mei 2011 menyaksikan ramai penyertaan umat Katolik seluruh Sabah khususnya para belia dari ketiga-tiga keuskupan iaitu Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau dan Sandakan.

“Berakar dan dibangun dalam Yesus Kristus, teguh dalam iman” (Kol 2:7) merupakan tema yang dipilih bagi Sabah Youth Day kali ke-3.

Misa Kudus pelancaran SYD3 yang telah disempurnakan oleh Uskup Agung John Lee bersama dengan paderi-paderi dari ketiga-tiga keuskupan ini menekankan semasa homili beliau tentang kebangkitan Kristus perlu dialami oleh setiap umat khususnya para belia sebelum menghantar Salib belia dan ikon Bonda Maria ke Paroki seterusnya.

Di akhir homili Uskup Agung, beliau telah menyatakan secara rasmi SYD3 dilancarkan. Sebelum Misa berakhir, video singkat tentang pelancaran SYD3 ditayangkan seterusnya logo dan lagu rasmi SYD3 diumumkan.

Definisi Logo SYD3

Warna hijau – melambangkan kehidupan dan iman belia yang berakar dalam Kristus. Serta alam semulajadi Tambunan yang penuh kehijauan yang dikurniakan Tuhan.

Warna biru – melambangkan penerimaan belia akan Yesus Kristus dalam pembaptisan.

Warna merah – kesediaan belia untuk dibangun dalam Yesus Kristus agar berani menjadi saksi dan mewartakan Khabar Baik di seluruh dunia.

Bentuk manusia dengan tangan terangkat melambangkan belia bersatu memuji dan dibangun dalam Yesus Kristus.

Manusia yang berbentuk padi melambangkan ikon Tambunan daerah yang dipenuhi dengan sawah padi.

Salib melambangkan kasih Yesus kepada belia di seluruh dunia dan memberi erti beban hidup yang dipikul dalam setiap cabaran hidup.

Melalui logo tersebut, dapat disimpulkan bahawa setiap belia yang mengikuti Yesus akan dibangun oleh SabdaNya serta diteguhkan oleh RohNya untuk mewartakan Injil kepada semua insan.

Program pelancaran yang telah diadakan di Paroki St. Peter, Claver, Ranau ini telah dimulakan seawal Jumaat lalu bagi persiapan belia setempat. Para belia dari Keuskupan Sandakan berkesempatan menghadiri acara Konsert Pelancaran SYD-3 bertempat di Dewan Masyarakat Daerah Ranau.

Rombongan Diosis Sandakan diketuai oleh Fr. David A. Garaman selaku Penasihat Rohani KBK dan juga Anna Teresa Peter Amandus, Kordinator KBK serta beberapa perwakilan dari Paroki Telupid, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.




Selesai Misa Kudus para perwakilan dan delegasi meneruskan acara seterusnya iaitu makan tenghari bersama dan Sesi Taklimat SYD3 bertempat di Dewan Fr. Salm.

Selesai taklimat, dengan hati berdebar-debar dan penuh semangat para perwakilan dari setiap paroki kembali ke paroki masing-masing untuk meneruskan persiapan menyambut Salib belia dan ikon Bonda Maria.


Soccom

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent