Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 14, 2011

Pertemuan Belia HTC

Ceramah oleh Sr Liza FSIC selaku Penasihat rohani belia
TAWAU17th April yang lalu, tim KBP (Kerasulan Belia Paroki) telah mengadakan pertemuan belia yang pertama kalinya di dewan Holy Trinity Tawau. 

Pertemuan tersebut adalah idea tim KBP yang lahir dari renungan “Speak Camp” iaitu kem belia pada tahun lalu yang mengupas keperluan dan luahan belia pada masa kini. 

Tim telah memilih tema “Planted and built up in Jesus Christ, firm in faith” dan merasakan pertemuan sebegini penting untuk formasi iman yang berterusan serta sebagai langkah yang lebih berkesan untuk tim mendekati belia-belia yang lain dan sesama mereka. 

Kreativiti dalam membuat‘kraf tangan’
Siapkan diri dalam permainan
Sebahagian dari belia yang menghadiri ‘Youth Monthly Gathering’
Belia beliawanis sedang bersuka ria dalam permainan
 suasana yang gembira
Permainan ‘Samson and Delilah”
Pujian kepada Tuhan bersama dengan nyanyian rohani 
Suasana berdoa
(Kiri ke Kanan) Sr Liza FSIC , dua ahli penganjur – Jess dan Herry, Sr Marysia FSIC.
Perkumpulan tersebut yang dihadiri oleh seramai 90 orang belia secara langsung dapat menyatukan  belia yang berbeza usia dan latar belakang. 

Pertemuan sehari itu terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian pengenalan yang dinamakan “shalom”, “ice breaking”, formasi iman dan “fellowship”. Sokongan dari ibu bapa yang hadir juga dapat menyuntik lagi semangat belia untuk terus terlibat dalam program belia seumpama ini. 


Felsa May
HTC SOCCOM Tawau

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent