Subject: Aktiviti Hari Belia Sedunia 2011
01. Objektif:
i. Memperingati Hari Belia Sedunia yang telah diperkenalkan oleh POPE.
ii. Agar para belia dapat merasakan diri mereka dihargai.
iii. Tidak melupakan bahawa mereka merupakan harapan gereja pada masa akan datang.
02. Tujuan:
i. Merayakan hari Belia Sedunia bagi tahun 2011 dan ulangtahun yang pertama penubuhan TKBP.
03. Jadual Aktiviti:
i. Masa : 12:00pm - 5.00pm
ii. Tempat : St. Dominic, Lahad Datu, Sabah
iii. Tarikh : 17-Apr-11
04. Perjalanan aktiviti pada hari tersebut:
i. Pemandangan semasa pendaftaran para peserta:
ii. Aktiviti pada petang tersebut dimulakan dengan doa pembukaan oleh Rv. Father Simon Kontou.
iii. Kemudian disusuli dengan nyanyian lagu-lagu rohani bagi membangkitkan lagi semangat para belia.
iv. Acara seterusnya adalah pembahagian kumpulan. Para belia yang hadir dalam aktiviti tersebut telah dibahagikan kepada 8 kumpulan.
05. Game pada hari tersebut :
i. Explore race : dalam game ini telah diselitkan soalan-soalan dan aktiviti yang melibatkan bagaimana perjalanan Misa dijalankan.
ii. Walaupun cuaca pada hari tersebut tidak baik namun semua belia dan peserta yang hadir tetap bersemangat dan meneruskan aktiviti ini.
Para peserta yang berusaha menghadapi rintangan-rintangan dalam game ini.
06. Sketsa : Reality
i. Setelah selesai dengan Explore race, aktiviti pada hari tersebut diteruskan dengan sebuah sketsa.
ii. Sketsa ini bertajuk REALITY dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, tetapi telah berjaya menyentuh hati bagi ramai belia pada hari itu.
Aksi-aksi para pelakon sketsa yang telah menyentuh hati belia pada hari itu.
07. Renungan dan The Rugged Cross
i. Sesi renungan ini telah dikendalikan oleh Sister Rusiah Garuk, FSIC.
ii.Dalam renungan ini semua belia dan yang hadir dibawa untuk merenungkan apa itu erti salib dalam kehidupan, dan juga dalam kehidupan masing-masing.
iii. Aktiviti Hari Belia Sedunia pada tahun ini telah diakhiri dengan doa dan beberapa lagu-lagu rohani selepas sahaja renungan Sister tersebut.
iv. Gambar kenangan semua belia yang hadir pada hari tersebut.
Julie H.
SOCCOM SDC
No comments:
Post a Comment