Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 25, 2019

LAWATAN PASTORAL YANG MULIA USKUP JULIUS DUSIN GITOM KE KKD ST. BENEDICT

oleh : Lucy Francis 


Sandakan: Komuniti Kristian Dasar (KKD) St. Benedict telah dilawati oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusin Gitom sempena Program Lawatan Pastoral  pada 18 Mac 2019. Perayaan Misa Kudus pada jam 7.30 malam telah diadakan dirumah saudara Bernardinus Jacob, salah seorang daripada  keluarga Katolik di taman perumahan Sejati. Seramai lebih kurang 60 umat KKD St. Benedict telah hadir.
Dalam homili, Bapa Uskup menerangkan bahawa pewartaan Injil hari ini menyatakan tentang musim prapaska yang menuntut agar semua umat bermurah hati. “Bermurah hati bukan hanya dalam bentuk kebendaan, tetapi juga melalui kata-kata, pandangan dan apa saja yang mendatangkan kebaikan. Walaupun sedikit kemurahan hati diberikan, tetapi rahmat Tuhan akan datang berlimpah-limpah.” Bapa Uskup turut menyentuh tentang tiga perkara semasa musim Prapaska iaitu berdoa, berpuasa dan bersedekah (amal kasih). Setiap umat diajak berdoa untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Berpuasa bukan sahaja bermaksud mengurangkan makanan dan bersederhana dalam apa sahaja bentuk, tetapi penjimatan dan simpanan yang terhasil daripada berpuasa itu nanti dapat digunakan untuk menyumbang bantuan bagi mereka yang memerlukannya. Seterusnya, Bapa Uskup mengingatkan agar bersedekah dengan hati ikhlas dan tidak mempunyai sikap menghakimi antara satu sama lain. “Dalam hidup berkomuniti, komen dan menegur antara satu sama lain biarlah dalam bentuk yang membina,” katanya lagi. Bapa Uskup mengakhiri homili dengan berharap semua umat dapat memurnikan dan memperbaharui diri agar musim Paska 2019 dapat dirayakan dengan lebih bermakna. Selepas Misa Kudus, Bapa Uskup dijemput untuk memberkati barang-barang kudus disusuli bergambar bersama. Makan malam telah disediakan oleh umat KKD St. Benedict.
Selepas makan malam, acara diteruskan dengan ucapan daripada Pn. Paulina Francis, Pengerusi KKD St. Benedict. Dalam ucapannya, beliau memanjatkan syukur kepada Tuhan atas Program Lawatan Pastoral ini dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran Bapa Uskup untuk merayakan Misa Kudus bersama umat di KKD St. Benedict. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua umat KKD yang hadir kerana telah menaruh kepercayaan dan sokongan atas perlantikannya sebagai pengerusi KKD yang baharu. Beliau memaklumkan aktiviti yang sudah dijalankan oleh umat KKD St. Benedict serta aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan. Beliau juga menitikberatkan tentang Visi Keuskupan yang menjadi Komuniti Berpusatkan Kristus, melayani sesama dengan Kasih sejajar dengan Misi Keuskupan supaya memupuk penyertaaan aktif dalam gereja dengan Ekaristi sebagai sumber dan kemuncak kehidupan kristiani.
Dalam ucapan ringkas, Bapa Uskup mengajak semua umat yang hadir bahawa hiduplah dalam berkomuniti yang berpusatkan Kristus. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada umat KKD St. Benedict kerana bersedia dengan Program Lawatan Pastoral melalui pengurusan yang baik dan teratur serta koir yang mantap. Acara diakhiri dengan menyerahkan sumbangan kasih kepada Bapa Uskup. Acara selesai sekitar jam 10.30 malam.
 Sumbangan kasih disampaikan oleh Pn. Paulina Francis (Pengerusi KKD St. Benedict) dengan diiringi timbalan pengerusi KKD St. Benedict. Encik Matius Sodomon.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent