Keuskupan
Sandakan merupakan sebuah keuskupan yang terdiri daripada kepelbagaian kaum,
bangsa dan budaya seperti Kadazan, Dusun, Murut, Indonesia, Filipino dan Cina. Selain itu ada juga umat yang berbangsa Iban dan Bidayuh. Kepelbagaian ini telah mencorak cara hidup berkomuniti di keuskupan dan merupakan satu keindahan dan keunikan di keuskupan ini.
Dalam
kepelbagaian ini juga terdapat banyak talenta – talenta terutama sekali
dikalangan orang – orang muda. Maka amat penting untuk memberi ruang bagi
mereka mengetengahkan dan ownership
talenta yang mereka ada. Ia (bakat) dianugerahkan oleh Tuhan untuk dikongsikan
kepada orang lain yang lebih memerlukan terutama sekali di zaman ini kita
dicabari dengan realiti – realiti yang boleh “merompak” keimanan anak – anak
muda kita.
Keaslian
iman Kristiani pasti akan ditelan zaman sekiranya ia (iman) tidak di ‘tanam’,
di‘siram’, di‘baja’ dan dijaga dengan baik. Satu ketakutan yang nyata adalah
apabila belia merasakan iman itu bukan lagi menjadi yang paling utama tapi satu
pilihan. Nah apa akan jadi kepada dunia dan generasi belia akan datang? Janji
manis dan keenakan yang ditaburkan oleh dunia mengaburi mata iman mereka
sehingga boleh membelakangi Yesus dan ajaran gereja. Sekiranya ini berterusan
maka nilai – nilai kemanusiaan akan jatuh dan ini mengancam kepada kesatuan
umat dan kesatuan keluarga.
Gereja
sejagat mengenali, mengetahui dan menerima akan realiti yang sedang dihadapi
terutama sekali berkenaan dengan orang-orang muda. Maka gereja juga tidak putus
– putus untuk mencari jalan dan mencari ‘ubat’ yang sesuai untuk ‘penyakit’ yang
sedang dihadapi sejak dari dahulu sehingga ke hari ini.
Banyak
usaha dan program – program pembentukan
iman yang dianjurkan oleh pihak gereja di peringkat dunia, Asia dan peringkat gereja
lokal seperti World Youth Day, Asian Youth Day dan Sabah Youth Day adalah satu
usaha murni bahawa tetap ada sinar harapan di hujung ‘terowong yang gelap’ bagi
orang – orang muda kita.
Maka,
sebagai sahutan kepada seruan dan bersatu dengan misi gereja sejagat, program
Temasya Belia Keuskupan (TBK) yang akan dianjurkan buat pertama kali sejak kewujudan
Keuskupan Sandakan, releven bagi para belia untuk dijadikan satu platform dalam kehidupan mereka untuk menemukan
iman dan kasih yang sejati, kerana hanya dan melalui Tuhan Yesus semua ini
boleh dipenuhi.
Selain daripada memperkasakan iman, TBK juga adalah tempat bagi belia dan umat merayakan iman, kepelbagaian budaya, bakat dan panggilan. Ia juga merupakan satu ruang bagi kesatuan para belia di Keuskupan Sandakan, medium menginspirasikan belia remaja tahun dalam pembangunan umat, pembentukan dan persiapan khusus bagi tim Kerasulan Belia Paroki menuju SYD 5 dan mengukuhkan sense of ministry and instilling the heart of missionary dikalangan para belia.
Pada 16 Mac 2019 yang lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat Paroki St Mary, Sandakan, satu pertemuan di antara Tim Penganjur Utama, Tim Penganjur Lokal dan wakil Majlis Pastoral Paroki diadakan untuk membincangkan lebih lanjut berkenaan program ini. Turut serta dalam mesyuarat ini adalah Rev. Fr. David Garaman, Paderi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan merangkap Penasihat Rohani bagi program TBK ini.
"Apa yang boleh kami bantu?" soalan yang dikemukakan oleh pengerusi MPP, Saudara Pilis Malim di akhir mesyuarat sungguh - sungguh memberikan suntikan semangat kerana sokongan penuh yang telah ditunjukkan dan diberikan kepada belia - belia yang hadir. Meskipun, ini merupakan program belia namun, ia juga merupakan program bersama sebagai satu gereja. Semoga melalui program TBK ini, Visi Keuskupan Sandakan untuk menjadi satu Komuniti yang berpusatkan Kristus, melayani sesama dengan kasih dapat dihidupi dan dicapai.
Berikut merupakan maklumat penuh berkenaan Temasya Belia Keuskupan Sandakan 2019.
Tema: "Aku ini adalah hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut Perkataan-Mu" Lukas 1:38
Objektif:
- Agar belia pelbagai kaum dan budaya bersatu untuk merayakan iman sebagai seorang Katolik.
- Agar belia dapat dibentuk dan diinspirasikan oleh misi Bonda Maria.
- Agar belia dapat menyahut panggilan sebagai seorang missionari dan menjadi saksi - saksi Kristus di zaman ini.
Tarikh: 12 - 16 ogos 2019
Tempat: Paroki Katedral St Mary, Sandakan
Sasaran: Para Belia yang beumur 14 tahun sehingga 45 tahun
** Sila berhubung dengan koordinator Kerasulan Belia Paroki masing - masing dan bagi belia di Paitan sila rujuk koordinator Kerasulan Belia Katolik Misi Paitan.
No comments:
Post a Comment