Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 23, 2018

Retret Tahunan Katekis – Keuskupan Sandakan



By Katekis (Euthalia)
Pada 21hb hingga 24hb Jun 2018,  Retret Tahunan Katekis telah diadakandi Bundu Tuhan, Ranau. Suasana bertambah meriah apabila semua katekis dari seluruh paroki di Diosis Sandakan dapat berkumpul bersama-sama untuk mengikuti retret ini iaitu seramai 167 Katekis daripada Paroki Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Beluran dan Telupid.
“Kristus Pengharapan Kita” adalah tema untuk retret kali ini yang diambil dari kitab (Ibr 10:23) “Hendaklah kita berpegang teguh kepada harapan yang kita akui, kerana Allah dapat dipercayai dan Dia akan menepati janjinya.” 
“Retret” boleh dimaksudkan sebagai “Homili Tahunan” dimana semua katekis menenangkan fikiran dan bercuti bersama Tuhan sambil menghayati ajaran dan ciptaan Tuhan. “Katekis” berasal dari bahasa Greek yang bererti “Encore” yang membawa maksud sebarkan khabar gembira dan membaptiskan mereka dengan nama Yesus.
Fr. Charles dalam ucapan pembukaan beliau mengalu-alukan kedatangan semua katekis. Beliau berasa gembira akan penyertaan semua katekis pada retret kali ini. Setelah selesai ucapan, sesi dimulakan dengan acara suai kenal.
Pada hari kedua, dalam sesi pertama dan kedua, Fr. Charles memberi keterangan mengenai Kitab Injil Mat 12: 15-21 Yesus hamba Tuhan dan 1 kor 13: 1-13 mengenai Kasih.
“Tetapi bagaimana mereka dapat berseru kepadaNya, jika mereka tidak percaya kepada dia? Bagaimana mereka dapat percaya kepada Dia, jika mereka tidak mendegar tentang Dia? Bagaimana mereka mendengar tentang Dia, jika ada yang memberitakaNya? Dan bagaimana mereka dapat memberitakanNya, jika mereka tidak diutus? Seperti ada tertulis: “Betapa indahnya kedatangan mereka yang membawa khabar baik!” (Rom 10: 14-15)
“Kamu telah menerima Kristus Yesus, Tuhan kita. Kerana itu hendaklah hidupmu tetap di dalam Dia. Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia. Hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur”.

Sesi perdamaian dijalankan dan suara tangisan dapat didengari oleh para katekis dan diakhiri dengan senyuman kerana Tuhan adalah maha pengasih dan penyayang.
Suasana hening apabila Sesi Perdamaian sesama katekis dijalankan. Tangisan dapat didengari namun diakhiri dengan senyuman kerana Tuhan adalah maha pengasih dan penyayang.
Pada hari ketiga, Fr. Charles memberi keterangan mengenai Kitab Ibr 11: 1-7, 1Tim 4: 6-16 dan 1Ptr 1: 13-16 untuk sesi ketiga hingga kelima iatu mengenai iman. “Iman” adalah kebajikan nilai murni ilahi, olehnya kita percaya kepada Allah dan segala sesuatu yang telah dia sampaikan dan wahyukan kepada kita dan apa yang gereja kudus ajukan supaya dipercayai.

Berikut adalah perkongsian daripada para katekis.

Perkongsian dari James Joseph Kumanireng
Adik James Joseph Kumanireng dari paroki Holy Trinity Catholic Church Tawau yang pertama kali mengikuti retret tahunan katekis ingin mengongsikan pengalaman beliau berada di Bundu Tuhan. Beliau menganggap dirinya sebagai umat yang berdosa dan mengakui mempunyai sifat malas dan rajinnya tersendiri untuk mengikuti sesetengah program masa retret kali ini. Pada hari pertama, amat sukar untuk adik James menyesuaikan diri disebabkan retret kali ini adalah untuk menjadi pemimpin kepada orang yang ingin dipimpin untuk meneruskan atau mewarisi ajaran gereja amat mencabar. Roh Kudus telah menyentuh beliau pada malam kedua dimana beliau dapat mendengar nyanyian semasa pengakuan dosa dan pendamaian. Persoalan mula timbul, mengapakah dia menjadi seorang pemimpin? Semua ini adalah panggilan dari Tuhan yang telah dirancang. Beliau bersyukur kerana panggilan untuk menjadi katekis itu adalah sangat istimewa walaupun sentiasa meninggalkan keluarga masing-masing untuk meneruskan ajaran gereja dan juga menyebarkan khabar gembira dari Tuhan Yesus.  Amin

Perkongsian dari Edwin Lenone
Adik Edwin Lenone dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu adalah seorang pemimpin yang tidak dapat melihat dunia. Beliau telah hilang penglihatan beberapa tahun yang lalu. Beliau menjadi seorang pemimpin dan bekerja di ladang Tuhan apabila beliau mulai aktif datang ke gereja. Walaupun Adik Edwin tidak dapat melihat tetapi beliau dapat mendengar belia menyanyi dan memuji Tuhan. Dalam retret ini, beliau mengimbas kembali bagaimana hendak menjadi seorang pemimpin yang baik. Adik Edwin mendapat kepercayaan kepada Yesus dan Iman yang Tuhan berikan kepada kita. Apa yang beliau dengar, beliau akan percaya. Tentang kehidupan harian adik Edwin, beliau dapat mengawal dirinya sendiri untuk tidak bertindak tegas terhadap belia-belia di gereja. Beliau berharap agar dia akan dapat meneruskan pelayanan belia apabila balik ke gerejanya.

Perkongsian dari Eric Ng
En Eric Ng dari katedral St. Mary Sandakan telah menjadi pemimpin IKD selama 3 tahun. Beliau dahulunya adalah seorang yang pemarah. Dalam retret ini, En Eric telah mempelajari lebih mendalam tentang Kasih Sayang, Harapan dan Kepercayaan. Cuaca yang sejuk di Bundu Tuhan tidak dapat menghalang beliau daripada mengikuti semua program yang dijalankan. Kelima-lima sesi yang dijalankan banyak membantu beliau terutamanya mengubah sikap yang senang panas baran. Sebagai seorang pemimpin, harus bersabar dengan murid-murid seperti yang telah ditunjukkan oleh Tuhan Yesus.

Perkongsian dari Azilin Ajar
Cik Azilin Ajan dari paroki baru OLOF Beluran adalah seorang katekis yang menpunyai bakat menyanyi dan sering kali mengikuti pertandingan nyanyian dan juga membuat rakaman. Walau bagaimanapun, kini semua itu telah menjadi sejarah setelah beliau jatuh sakit. Beliau telah memberanikan diri dan mengambil kelas vocal untuk membukitikan yang beliau masih lagi dapat menyanyi dengan merdu. Cik Azilin memohon agar semua katekis dapat mendoakan dia agar beliau dapat mencari semula suaranya yang hilang. Cik Azilin menyeru agar semua katekis yang hadir supaya tidak senang putus asa dan terimalah kehendak Tuhan dengan hati terbuka.

Perkongsian dari Enniesia
Cik Enniesia dari paroki St. Martin, Telupid pula tersentuh apabila Fr Charles memberi ceramah tentang Iman, Pengharapan dan Kasih. Alkitab Rom 10 : 14 Tetapi bagaimana mereka dapat berseru kepadaNya, Jika mereka tidak percaya kepada Dia? Beliau tidak dapat melihat sebelah mata tapi itu bukanlah satu halangan untuk beliau menjadi pemimpin dan bekerja di ladang Tuhan. Walaupun mempunyai masalah penglihatan, namun beliau meneruskan pelayanannya sebab dia merindui Tuhan Yesus. Beliau berdoa agar penglihatannya akan sembuh dan meneruskan pelayananya di gereja. 
Makan Makan bersama adalah penghujung program untuk retret katekis kali ini. Keceriaan terserlah di wajah peserta katekis. Pakaian yang berwarna-warni dan pakaian traditional masing-masing memeriahkan lagi suasana pada malam tersebut.

Saturday, July 21, 2018

JODOH Vs. PILIHAN

Laporan disediakan oleh Maureen Joy P. Kinsung


LAHAD DATU - Program Parish Youth Gathering-11 (PYG11) telah dianjurkan oleh tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) St. Dominic pada 08.07.2018. PYG11 ini membawa tema Jodoh Vs. Pilihan dengan objektif agar para belia sedar dan memahami konsep ‘JODOH‘ dalam Katolik. Tema ini dipilih kerana realiti zaman sekarang terdapat ramai belia Katolik yang meninggalkan agama atas alasan ‘Jodoh’. Program yang berjalan selama 4 jam ini telah menarik seramai 115 orang belia.

Program dimulakan pada jam 12:30 tengahari dengan nyanyian puji-pujian, games dan juga doa pembukaan yang dikendalikan oleh ahli Komiti Pelayan Altar Paroki St. Dominic.

Sesi pertama menampilkan sketsa ringkas yang dipersembahkan oleh tim KBP. Sketsa ini menceritakan tentang realiti kehidupan seorang belia yang berhadapan dengan dilema dalam membuat pilihan mengenai “Jodoh”. Setelah sketsa selesai dipersembahkan, satu soalan renungan iaitu “Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda ialah pelakon dalam sketsa sebentar tadi?” telah diajukan kepada para belia. Jawapan bagi soalan ini dijawab secara peribadi oleh belia kepada diri mereka sendiri.

Seterusnya, dua soalan iaitu “Adakah jodoh di tangan Tuhan?” dan “Apakah itu takdir?” diajukan kepada para belia. Mereka telah berkongsi pendapat mereka bersama ahli-ahli kumpulan mereka.  

Sesi kemuncak telah dikendalikan oleh Saudara Teodulfo Rosalia Jr. @ Bing-Bing yang telah mengupas dengan lebih mendalam tentang konsep Jodoh dan Pilihan. Melalui sesi ini, belia dapat memahami apa itu takdir, pilihan dan jodoh. Beliau juga turut menyelitkan kriteria untuk mencari pasangan hidup. Antara kriteria tersebut ialah mengasihi, sedia memberi komitmen, komunikasi yang baik, kejujuran, penerimaan dan penyerahan, kesabaran dan peranan diri sendiri dan pasangan sepenuhnya kedalam kasih Tuhan.

Aktiviti diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai Amoris Laetitia dari Saudari Rosaina, ahli tim KBP, yang lebih menegaskan tentang kehidupan bujang, berpasangan dan cinta berbuah.

Program PYG11 ini diakhiri dengan para - liturgi yang dikendalikan oleh Saudara Martinus Simon. Saudara Martinus membimbing belia agar mereka dapat membuka hati untuk berkongsi masalah mereka dengan Tuhan dan sekaligus dapat memberi ruang kepada para belia agar merasa lebih dekat dengan Tuhan melalui doa. Setiap belia diberi sekeping kertas dan pen untuk menulis masalah yang sangat menggusarkan hati mereka dan berdoa dihadapan Tuhan. Kertas itu kemudianya digantung pada ‘ranting harapan’.

Program diakhiri pada kira-kira pukul 4.45 petang dengan minum petang dan sesi bergambar.

Monday, July 16, 2018

Sesi belajar bersama ~ Misi dan Visi Keuskupan

Mathew Kiun @Geoffry
Komiti Dokumentasi dan Publisiti
MPP OLOF Beluran


Paroki Our Lady of Fatima, Beluran telah mengadakan sesi belajar bersama tentang Visi dan Misi Keuskupan Sandakan pada Sabtu, 7 Julai 2018 bertempat di Gereja Our Lady of Fatima, Beluran. Seramai 77 orang peserta telah hadir ke bengkel ini, yang dikendalikan oleh 4 orang fasilitator iaitu Rev.Fr. Phillip A. Muji, Rektor Paroki OLOF, Rev. Fr. David Garaman, Rektor Paroki Katedral St. Mary, Sandakan, Sdr. Pilis Malim, Pengerusi MPP Katedral St. Mary, Sandakan dan Sdr. Dalius L Lobinjang, SOCCOM Keuskupan Sandakan.
Sesi ini diadakan untuk memberi penerangan tentang Visi dan Misi Keuskupan Sandakan dan perancangan paroki kepada umat Paroki OLOF, agar dapat menghayati dan membudayakan visi dan misi dalam kehidupan mereka. Dengan demikian barulah tercapai matlamat yang terkandung dalam visi dan misi tersebut. “Komuniti Berpusatkan Kristus, Melayani Sesama Dengan Kasih” adalah visi keuskupan Sandakan. Terdapat 6 matlamat dalam Misi Keuskupan Sandakan, iaitu, memupuk penyertaan aktif dalam gereja dengan Ekaristi sebagai sumber dan kemuncak kehidupan Kristiani, memupuk semangat perpaduan dalam kepelbagaian, mempertingkatkan pembentukan iman berterusan, meningkatkan penghidupan dalam nilai-nilai Injil dengan pemahaman yang mendalam terhadap ajaran sosial gereja, mempromosi panggilan, memupuk nilai-nilai kekeluargaan.
 Sdra. Dalius Lobinjang telah menerangkan topik Halatuju ke hadapan (The Way Forward)
Sdra. Pilis Malim telah menerangkan tentang pengenalan Visi dan Misi Keuskupan
Sesi ini telah dibuka kepada umat katolik dari Beluran, Pelantong, Jaya Bakti, Ulu Dusun, Bukit Garam, Sukau, Kinabatangan dan umat luar stasi di bawah naungan Paroki OLOF Beluran. Misa Kudus dimulakan terlebih dahulu pada jam 8.00 pagi. 
Rev. Fr. David menerangkan topik tentang "Leading Matrix"

Perbincangan dalam kumpulan
Pembentangan hasil perbincangan

Rev. Fr. Phillip Muji
Di antara pengisian sesi tersebut ialah penerangan kronologi visi dan misi Keuskupan Sandakan, pengertian logo dan carta keuskupan, ‘The Way Forward’, ‘Leading Matrix, sesi soal jawab, perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan hasil perbincangan kumpulan serta Pastoral Prioritas Paroki OLOF Beluran. Sesi selesai pada jam 5.00 petang.

Thursday, July 5, 2018

“捐血運動”


(山打根訊) 聖瑪莉主教座堂華協成功舉辦“捐血運動”,並籌獲31包寶貴的血液。

此項捐血運動于624日舉行,時間是早上8.30至下午1時,地點在堂區活動中心。華協準備了簡單但營養的早餐予捐血者,中文班及巫文班的教友也于彌撒后紛紛前往驗血響應。

捐血的好處:
一、促進身體健康:捐血后,身體會制造新的血球以替補流失的血液,促進身體健虐。

二、有效燃燒卡路里:研究發現,透過一次捐血,便會有高達650的卡路里被燃燒。捐血不但能減重,維持健康體魄,還能避免痴肥,好處不勝枚舉。

三、減低患心臟疾病機率:定期捐血能平衡體內的鐵質指數。一年至少捐血一次的捐血者患上心臟病的風險將比沒有捐血的人減少高達88%

四、降低患癌風險:許多人不知道,長期捐血能有減低患上多種癌症的機率,如肺癌、肝癌、腸癌、胃癌和喉癌。

定期捐血,把捐血變成一種習慣,不但有健康益處,也能為社會作出貢獻,拯救生命。

華協下一次捐血活動,將于930日舉辦,邀請教友們響應支持。


文:廖琳琳姐妹
图:戴维邦兄弟







Seminar Pengayaan Perkahwinan 2018

Artikel oleh Eva Siruno

Sandakan: Seramai 56 pasangan dan 26 perseorangan telah menghadiri seminar Pengayaan Perkahwinan pada 15 dan 16 Jun 2018 yang diadakan di Dewan Konferensi, Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan. Komisi Pelayanan Kehidupan Keluarga Paroki dengan kerjasama Komisi Katekatikal telah mengundang Fr. Dr. Bernardinus Prihartana Agung, yang berasal dari Semarang, Indonesia sebagai penceramah utama. Tema "Menjadi Anugerah Kepada Pasangan" merupakan petikan dari tajuk buku terbitan terbaru beliau. Seminar ini selaras dengan Matlamat Misi Keuskupan Sandakan yang keenam iaitu "Memupuk nilai-nilai kekeluargaan."
   Suami Isteri dan Ibu dan Bapa Tunggal semasa perbincangan berkumpulan
Sesi berpasangan
Dalam pengenalannya, beliau mengingatkan peserta bahawa motivasi di sebalik perkahwinan secara keseluruhan adalah kebahagiaan dan kesejahteraan. Tetapi ramai pasangan tidak menyedarinya dan lupa akan tujuan di sebalik perkahwinan itu.
Bangkitlah dari pergaduhan untuk mengatakan “maaf dan memaafkan”, “terima kasih” dan “saya masih menyayangi kamu”
“Pada mulanya Tuhan menginginkan kita semua bahagia dan itu menjadi alasan mengapa Dia mencipta langit, burung, pohon, gunung dan seorang teman. (Kejadian 1) Gereja juga menegaskan “Tujuan perkahwinan adalah untuk kesejahteraan suami isteri” Hukum Kanonika 1055:1. “Allah inginkan kita untuk bahagia, bukan sahaja bagi yang sudah berkahwin bahkan kepada para Paderi dan para religius, membujang sampai mati pun tetap bersukacita. Ini dikatakan oleh Tuhan Yesus bahawa ada orang yang tidak berkahwin kerana inginkan kerajaan Allah. Matius 19:12
Penyampaian laporan secara berkumpulan
Anda dipilih dan dipanggil untuk menjadi pembawa kunci kebahagiaan (Matius 16:18-19)
Sesaat kamu melafazkan janji parkahwinan, pada saatnya juga Tuhan  mengatakan “Diatas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaatKu”, dan Tuhan sudah menjadikan keluarga anda jemaatNya. Itulah sebab keluarga dipanggil gereja kecil atau gereja rumahtangga.
Perarakan masuk ke dewan
Engkau adalah Petrus, batu karang.
Semasa kamu melafazkan janji kahwin Tuhan menjadikan kamu Petrus dan Petra. Maka, suami isteri menjadi batu karang jemaat Allah. Apabila batu karang ini kuat dan kukuh yang didirikan dari batu dan bukan pasir maka gereja tidak akan hancur walapun dilanda banjir atau taufan. Suami isteri yang bercerai adalah batu karang yang rapuh sehingga jemaat Allah hancur. Soalannya ialah “Adakah kamu batu karang yang kukuh?”.
Pembaharuan Janji Perkahwinan
“Kepada mu, Ku berikan Kunci” kata Yesus kepada suami isteri.
Kunci itu adalah kunci damai, kunci kesejahteraan dan kunci kebahagiaan yang ditugaskan kepada suami isteri untuk membuka pintu syurga kepada pasangan dan keluarga. Syurga itu seperti  perjamuan perkahwinan seperti persatuan suami isteri yang boleh menghasilkan kebahagian. Soalannya ialah “Adakah kamu kunci kebahagiaan atau kesengsaraan kepada pasangan dan keluarga?”
Pemberkatan Cincin
 
En.Cesar, Pengurusi PFLM, mengucapkan terima kasih dan  memberi dorongan kepada peserta  semasa makan malam ”Sekarang engkau telah dikuatkan oleh Allah dengan itu kamu harus menguatkan sesamamu” Lukas 22:32.
Suami isteri seperti “zip”, saling melengkapi. Apabila masing-masing menceritakan kelemahan pasangan kepada orang lain, zip itu terbuka dan orang luar akan melihatnya. Maka mereka senang mempermalukan diri sendiri. Kepala zip itu ialah Tuhan Yesus yang membuat suami isteri untuk menutup kekurangan dan kelemahan mereka supaya tidak diperlihatkan kepada orang lain. Tuhan ingin pasangan untuk melengkapi dan memenuhi kekurangan masing-masing supaya menjadi rapi. Apabila pasangan mengikuti dan melibatkan Tuhan Yesus dalam perkahwinan maka Tuhan seperti kepala zip itu akan menutup dan membuka hubungan itu.
Pn. Sophia dan En. Dimeh Koyopo membuat perkongsian
Suami isteri adalah orang yang DAPAT memahami dan memenuhi harapan dan kerinduan pasangan. Dia adalah seorang sahabat dan teman hidup yang dapat dipercayai dengan persoalan peribadi yang tidak diketahui oleh orang lain. Dia juga sepenanggung suka dan duka, baik dan buruk, sihat dan sakit dan juga tugas harian.
Pasangan adalah seseorang yang mencipta suasana senang dan gembira, tidak merasa jemu walaupun sudah lama bersama. Mereka sering merasa rindu dan ingin bertemu.
AJK PELAYANAN HIDUP KELUARGA DENGAN SR MARTINA(tiada dalam gambar) BERTERIMA KASIH KEPADA ROMO AGUNG DAN SEMUA PESERTA.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent