Dilaporkan oleh : SOCCOM Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.
Sandakan: Seminar Eksorsisme Peringkat Keuskupan Sandakan telah dianjurkan oleh Tim Pelayanan Karismatik Katolik Keuskupan (TPKKK) Sandakan (Bahasa Malaysia), di Katedral St. Mary selama 2 hari pada 9/9/16 – 10/9/16. Seminar ini dihadiri oleh lebih kurang 350 umat yang datangnya dari 4 paroki di Keuskupan ini (Telupid, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan).
Sandakan: Seminar Eksorsisme Peringkat Keuskupan Sandakan telah dianjurkan oleh Tim Pelayanan Karismatik Katolik Keuskupan (TPKKK) Sandakan (Bahasa Malaysia), di Katedral St. Mary selama 2 hari pada 9/9/16 – 10/9/16. Seminar ini dihadiri oleh lebih kurang 350 umat yang datangnya dari 4 paroki di Keuskupan ini (Telupid, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan).
Kenyataan Bapa Suci Fransiskus semasa khutbah Misa di Roma, “ Iblis
tidak mahu orang ramai mengikuti Kristus, jadi dia menggoda mereka, dan ini
bukan retorik lama kerana Iblis berada di sini walaupun dalam abad ke-21 dan
kita mesti belajar bagaimana untuk melawan Setan”, memberi dorongan kepada
TPKKK mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar seumpama.
Menurut Pengerusi Penganjur yang juga merupakan Pengerusi (TPKKK) Sandakan, Sdra. Adaris Moses Sintan, objektif seminar ini dibuat atas kesedaran melihat
ramai umat Kristian Katolik memandang remeh tentang kewujudan dan campur tangan
kuasa kegelapan di dalam hidup mereka, khususnya di dalam cubaan kuasa ini merosakkan
institusi kekeluargaan Kristian. Pengutusan 250 imam oleh Bapa Suci di seluruh
dunia untuk pelayanan eksorsisme ini membuktikan kuasa kegelapan ini harus difahami
dan ditangani secara serius demi pertahanan dan penyembuhan iman umat Kristian.
Seminar bermula dengan Misa Kudus pada hari pertama
pada jam 7.00pm yang diselebrankan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan
dibantu oleh Fr. Dr. Charles Chiew. Di dalam homilinya, Bapa Uskup mengalu-alukan
kehadiran peserta yang datangnya dari seluruh keuskupan ini. Beliau
menyatakan bahawa penganjuran seminar seumpama ini adalah tepat sekali kerana terlalu banyak
tanggapan-tanggapan yang salah tentang eksorsisme. Bapa Uskup menyatakan penceramah yang dijemput
untuk seminar ini, Fr. Dr. Charles adalah paderi yang memang berkelayakan
memperjelaskan subjek ini kerana telah mempelajari bidang ini di Roma. Bapa
Uskup memberi dorongan kepada peserta agar mengambil kesempatan ini mempelajari
ilmu sebanyak mungkin tentang aspek Eksorsisme. Sambil berjenaka, beliau
mengatakan seminar ini bukan ingin menjadikan kita sebagai seorang eksorsis atau penghalau syaitan tetapi kita seharusnya menggunakan manfaat seminar ini untuk
mengenali dan mendekatkan diri kita dengan Yesus, Tuhan yang memberi sumber kekuatan
kepada kita di dalam segala situasi.
Selepas misa kudus, seminar dimulakan di dewan
paroki dengan pengenalan tentang bidang eksorsisme. Menurut Fr. Dr Charles yang
juga adalah seorang kaunselor (Clinical Psychologist) yang bertauliah menerangkan
sebelum sesuatu kes dirujuk untuk eksorsime, seseorang itu harus melalui
diagnosa perubatan dan psikologi dan barulah kes itu dianggap sebagai paranormal (luar biasa).
Kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah disebabkan oleh kemurungan atau kesurupan
(depression) dan keperluan upacara eksorsisme adalah terlalu kecil sekali untuk
itu.
Pada hari kedua, seminar dimulakan dengan Misa
Kudus seawal 6.30 pagi yang diselebrankan oleh Fr. Dr. Charles. Sesi pagi
diteruskan dengan topik, "Kuasa-kuasa Kegelapan" dan tamat pada tengaharinya.
Acara sebelah petang adalah dikhususkan kepada sesi Fr. Dr Charles bersama
dengan para pemimpin-pemimpin CCR atau dikenali sebagai Panatua-Panatua di
empat paroki di dalam Keuskupan Sandakan. Pada malam harinya, jamuan makan
diadakan sebagai tanda penghargaan kepada penceramah, dan dihadiri oleh bapa
Uskup dan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Katedral St. Mary, Sdra. Pilis Malim. Di dalam
kata-kata aluan, Sdra. Adaris merakamkan terima kasih di atas kesudian Fr. Dr. Charles memberikan ceramah yang sangat bermanfaat ini. Beliau
juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Bapa Uskup yang mendorong kuat
kepada penganjuran seminar ini, dan kejayaan penganjuran ini adalah juga kerana
sokongan kuat daripada jawatankuasa penganjur
yang sangat dedikasi.
Pengutusan kepada Panatua-Panatua dan komiti CCR di
empat paroki dibuat keesokan harinya semasa Misa Kudus hari minggu. Dengan
pengutusan ini, diharapkan mereka akan lebih komited di dalam pelayanan dan semua
program pembaharuan dapat disampaikan kepada umat serta dipraktikkan dengan cara
yang betul melalui bimbingan Roh Kudus.
No comments:
Post a Comment