Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Tuesday, September 20, 2016

LAWATAN PERTAMA KOMISI KERASULAN BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN SELEPAS SYD4

Gambar dan Laporan: Philippa Philip

Lahad Datu - Pada 10 September yang lalu, Kordinator Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) bersama pembantunya, Philippa Philip telah mengadakan satu perjumpaan bersama tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) St. Dominic, Lahad Datu. Perjumpaan ini juga turut dihadiri oleh belia - belia yang berpotensi untuk menjadi pelapis dalam tim KBP pada masa akan datang.

Perjumpaan ini bertujuan untuk melawat, berdialog, melihat keperluan serta mendengar suara hati mereka yang bergelar pemimpin belia. Hasil daripada pertemuan ini akan di analisis dan direnungkan agar dapat membantu mereka melalui program Youth Leaders' Camp (YLC) yang akan diadakan tahun hadapan.

Perjumpaan ini bermula kira-kira pukul 8.00 malam dimulakan dengan doa yang dipimpin oleh saudari Anna. Pertemuan seterusnya bermula berdasarkan soalan - soalan yang dikemukakan.

Ahli tim KBP berasa bersyukur kerana berpeluang berada dalam tim ini dan sepanjang pelayanan mereka bersama banyak perkara dan pengalaman baru yang diperolehi. Kerjasama antara tim sangat baik kerana persahabatan erat yang terjalin semasa melayani bersama. Namun ada juga segelintir belia yang tidak mengenali ahli tim KBP dan peranan mereka. Selain itu kerja yang sibuk juga merupakan cabaran bagi ahli tim untuk komited dalam melayani dan setiap kali ada program, belia- belia luar stasi kurang terlibat atas sebab jarak yang jauh.

Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, setiap ahli tim KBP yang hadir berharap agar lebih ramai wajah baru dan fikiran baru dapat diketengahkan serta berharap agar akan ada kem belia dianjurkan di Lahad Datu. Program terdekat tim KBP adalah Mini Youth Leaders' Camp (YLC) yang akan diadakan pada bulan November nanti.



Perkongsian diteruskan dengan mengongsikan apa yang mereka perlukan daripada Komisi Kerasulan Belia Keuskupan. Mereka memerlukan bantuan dari segi skil kepimpinan, diperbaharui, latihan atau sesi bagaimana untuk menjadi rakan kepada belia dan ingin mengetahui dan mengukuhkan iman mereka dengan mengetahui sejarah gereja.




Perkongsian berakhir pada jam 10.00pm dengan doa penutup dan pertemuan seterusnya akan diadakan kelak. Namun pertemuan kali ini akan diadakan di salah satu luar stasi St. Dominic, Lahad Datu. Komisi Kerasulan Belia Keuskupan akan meneruskan lawatan dan perjumpaan bersama tim KBP paroki Holy Trinity di Tawau pada tanggal 8 Oktober 2016.

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent