21hb Ogos 2016
Artikel Oleh Dominggus.
Gambar Oleh Dominggus, Farnandes, Arnold
& Mary
Lahad Datu – Seramai lebih kurang 1500 umat dari Paroki St. Dominic telah merayakan Misa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia Yang Ke-71. Tarikh sebenar hari Kemerdekaan Republik Indonesia adalah pada 17hb Ogos yang lalu.
Perayaan ini dimulakan tepat jam 9.00 pagi dengan Misa kesyukuran yang diselebrankan oleh Romo Lukas Laba dan dibantu oleh Rev. Fr. Simon Kontou. Sebahagian umat yang merayakan HUT Kemerdekaan RI Yang Ke 71 ini adalah umat yang berasal dari Indonesia sendiri (Migran). Turut serta dalam misa ini adalah umat Katolik dari suku bangsa yang lain yang sama- sama memberi sokongan dan merayakannya sebagai umat separoki.
Homili Romo Lukas diteruskan dengan inspirasi dari bacaan nubuat Nabi Yesaya dimana Yakob anak Israel bukan hanya menyelamatkan orang- orang Israel tetapi juga menyelamatkan semua bangsa tanpa membeza - bezakan antara mereka. Maka itu Tuhan menyatakan "Aku datang untuk mengumpulkan segala bangsa dari semua bahasa, dan mereka akan melihat kemuliaan-Ku"
Romo Lukas mengongsikan bagaimana Allah Israel yang dikenali sebagai Allah yang mempersatukan dan Dia mengutus setiap orang yang menerima karya persatuan ini untuk menjadi seorang misionaris persatuan walau di mana sahaja mereka pergi. Melalui persatuan ini banyak perkara yang boleh dilakukan dalam kehidupan.

Dalam homilinya, Romo Lukas menyatakan rasa janggal beliau untuk merayakan kemerdekaan Indonesia di negara orang, akan tetapi itu yang berlaku di Lahad Datu. Sesungguhnya Gereja Katolik ini tanpa batas dan ia menjadi Ibu untuk melayani semuanya. Beliau seterusnya mengucap terima kasih kepada gereja Keuskupan ini, khusus bagi paroki Lahad Datu kerana memberikan peluang untuk merayakan secara khusus Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-71.
Homili Romo Lukas diteruskan dengan inspirasi dari bacaan nubuat Nabi Yesaya dimana Yakob anak Israel bukan hanya menyelamatkan orang- orang Israel tetapi juga menyelamatkan semua bangsa tanpa membeza - bezakan antara mereka. Maka itu Tuhan menyatakan "Aku datang untuk mengumpulkan segala bangsa dari semua bahasa, dan mereka akan melihat kemuliaan-Ku"
Romo Lukas mengongsikan bagaimana Allah Israel yang dikenali sebagai Allah yang mempersatukan dan Dia mengutus setiap orang yang menerima karya persatuan ini untuk menjadi seorang misionaris persatuan walau di mana sahaja mereka pergi. Melalui persatuan ini banyak perkara yang boleh dilakukan dalam kehidupan.
"Saudara-saudari yang terkasih, pada hari ini kita bukan merayakan perayaan eksklusif bagi orang-orang Indonesia, tetapi persatuan yang sesuai dengan kehendak Allah yang dirayakan dari seluruh suku dan bangsa”. Demikianlah kata-kata didalam homili Romo Lukas Laba.
Selepas komuni dan pengumuman gereja, kesempatan masa telah diberi kepada pengerusi penganjur Saudara Petrus Dalu untuk menyampaikan ucapannya. Beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada Rektor dan pembantu rektor paroki kerana sekali lagi memberi peluang kepada umat Katolik warga Indonesia untuk merayakan dan mensyukuri hari yang penuh sejarah ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Yang Mulia Bapa Uskup Keuskupan Larantuka kerana telah mendengar dan memahami permohonan umat Katolik Indonesia di Lahad Datu dengan menghantar Romo Lukas bersama dengan mereka untuk merayakan HUT RI. Beliau juga merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, para penderma yang sama - sama merayakan program ini.
Rev. Father Simon merakamkan ribuan terima kasih kepada Bapa Uskup Keuskupan Larantuka Indonesia, kerana menerima permohonan umat Katolik Indonesia di paroki St. Dominic melalui kerjasama antara Keuskupan Sandakan dan Keuskupan Larantuka.
“Sepertimana kita melihat pada hari ini, Romo Lukas ada bersama-sama dengan kita untuk merayakan Hari Kesyukuran Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia. Atas cinta dan penghargaan kita kepada anugerah Allah terhadap kemerdekaan, kita sewajarnya merayakan sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah yang Maha Pengasih, yang senantiasa memberkati dan melindungi kita. Saya berharap perayaan ini juga akan memberikan kesempatan kepada semua umat khususnya warga Indonesia agar lebih mengenali antara satu sama lain, memupuk semangat kerjasama dan saling prihatin. Diharapkan juga perayaan ini dapat memupuk kesatuan umat di paroki kita yang terdiri dari pelbagai suku dan bangsa. Terima kasih kepada komiti penganjur, iaitu Komiti Pastoral Indonesia kerana menganjurkan sekali lagi program seperti ini, dan marilah kita rayakan perayaan ini sebagai satu paroki. Matlamatnya adalah untuk mengenali, menghormati dan memahami lebih dekat komiti-komiti lain di paroki kita, dengan demikian diharapkan dapat mencapai visi dan misi di diosis kita. Akhir kata semoga perayaan kesyukuran kemerdekaan Indonesia ini, sentiasa membawa kesatuan sesama kita. Semoga Allah memberkati kita semua”. Demikianlah kata-kata aluan beliau didalam ucapannya.
Lawatan Romo Lukas Laba ini juga turut disertai oleh Sister Kornelia Barek Laot OST dari (Konggregasi St.Theresia dari kanak-kanak Yesus), yang berasal dari Flores Adonara Indonesia. Bapa beliau berasal dari Adonara manakala ibu beliau pula berasal dari Tambunan, Kampong Pemilaan, pada masa ini Sister Kornelia sedang melayani di Paroki Kristus Raja Waiwerang Adonara.
Selesai sahaja misa kudus, acara diteruskan dengan upacara pemotongan riben sekaligus merasmikan perayaan pada hari tersebut. Diikuti dengan doa pembukaan dan pemotongan kek kesyukuran oleh Romo Lukas diiringi oleh rektor paroki serta pengerusi perayaan. Persembahan pembukaan kali ini telah dimulakan oleh Orang Muda Katolik (OMK) Komiti Pastoral Indonesia dengan Tarian Rampai iaitu gabungan tarian dari pelbagai suku kaum yang terdapat di Indonesia iaitu:
- Tarian Magelu dari Toraja,
- Gandrung dari Lombok,
- Loliyana dari Maluku,
- Tulolona dari Sulawesi,
- Yamseh dari Papua,
- Tor tor dari Batak,
- Manuk Dadali dari Sunda dan Jawa Barat Ja’I
- Hedung Kreasi dari Bajawa dan Flores Timur
- Melastik Botol,
- Melontar Dart,
- Berlari dalam karung (kanak-kanak),
- Belari sambil menjunjung botol (Para ibu-ibu) serta
- Pertandingan gasing.
Acara selesai kira-kira jam 6.00pm dan di tutup dengan doa penutup oleh Romo Lukas sendiri.
No comments:
Post a Comment