Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 30, 2016

SEMINAR EKSORSISME KEUSKUPAN SANDAKAN

Dilaporkan oleh : SOCCOM Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.

Sandakan: Seminar Eksorsisme Peringkat Keuskupan Sandakan telah dianjurkan oleh Tim Pelayanan Karismatik Katolik Keuskupan (TPKKK) Sandakan (Bahasa Malaysia), di Katedral St. Mary selama 2 hari pada 9/9/16 – 10/9/16. Seminar ini dihadiri oleh lebih kurang 350 umat yang datangnya dari 4 paroki di Keuskupan ini (Telupid, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan).
Kenyataan Bapa Suci Fransiskus semasa khutbah Misa di Roma, “ Iblis tidak mahu orang ramai mengikuti Kristus, jadi dia menggoda mereka, dan ini bukan retorik lama kerana Iblis berada di sini walaupun dalam abad ke-21 dan kita mesti belajar bagaimana untuk melawan Setan”, memberi dorongan kepada TPKKK mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar seumpama. Menurut Pengerusi Penganjur yang juga merupakan Pengerusi (TPKKK) Sandakan, Sdra. Adaris Moses Sintan, objektif seminar ini dibuat atas kesedaran melihat ramai umat Kristian Katolik memandang remeh tentang kewujudan dan campur tangan kuasa kegelapan di dalam hidup mereka, khususnya di dalam cubaan kuasa ini merosakkan institusi kekeluargaan Kristian. Pengutusan 250 imam oleh Bapa Suci di seluruh dunia untuk pelayanan eksorsisme ini membuktikan kuasa kegelapan ini harus difahami dan ditangani secara serius demi pertahanan dan penyembuhan iman umat Kristian.
Seminar bermula dengan Misa Kudus pada hari pertama pada jam 7.00pm yang diselebrankan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan dibantu oleh Fr. Dr. Charles Chiew. Di dalam homilinya, Bapa Uskup mengalu-alukan kehadiran peserta yang datangnya dari seluruh keuskupan ini. Beliau menyatakan bahawa penganjuran seminar seumpama ini adalah tepat sekali kerana terlalu banyak tanggapan-tanggapan yang salah tentang eksorsisme.  Bapa Uskup menyatakan penceramah yang dijemput untuk seminar ini, Fr. Dr. Charles adalah paderi yang memang berkelayakan memperjelaskan subjek ini kerana telah mempelajari bidang ini di Roma. Bapa Uskup memberi dorongan kepada peserta agar mengambil kesempatan ini mempelajari ilmu sebanyak mungkin tentang aspek Eksorsisme. Sambil berjenaka, beliau mengatakan seminar ini bukan ingin menjadikan kita sebagai seorang eksorsis atau penghalau syaitan tetapi kita seharusnya menggunakan manfaat seminar ini untuk mengenali dan mendekatkan diri kita dengan Yesus, Tuhan yang memberi sumber kekuatan kepada kita di  dalam segala situasi.
Selepas misa kudus, seminar dimulakan di dewan paroki dengan pengenalan tentang bidang eksorsisme. Menurut Fr. Dr Charles yang juga adalah seorang kaunselor (Clinical Psychologist) yang bertauliah menerangkan sebelum sesuatu kes dirujuk untuk eksorsime, seseorang itu harus melalui diagnosa perubatan dan psikologi dan barulah kes itu dianggap sebagai paranormal (luar biasa). Kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah disebabkan oleh kemurungan atau kesurupan (depression) dan keperluan upacara eksorsisme adalah terlalu kecil sekali untuk itu.
Pada hari kedua, seminar dimulakan dengan Misa Kudus seawal 6.30 pagi yang diselebrankan oleh Fr. Dr. Charles. Sesi pagi diteruskan dengan topik, "Kuasa-kuasa Kegelapan" dan tamat pada tengaharinya. Acara sebelah petang adalah dikhususkan kepada sesi Fr. Dr Charles bersama dengan para pemimpin-pemimpin CCR atau dikenali sebagai Panatua-Panatua di empat paroki di dalam Keuskupan Sandakan. Pada malam harinya, jamuan makan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada penceramah, dan dihadiri oleh bapa Uskup dan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Katedral St. Mary, Sdra. Pilis Malim. Di dalam kata-kata aluan, Sdra. Adaris merakamkan terima kasih di atas kesudian Fr. Dr. Charles memberikan ceramah yang sangat bermanfaat ini. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Bapa Uskup yang mendorong kuat kepada penganjuran seminar ini, dan kejayaan penganjuran ini adalah juga kerana sokongan kuat daripada  jawatankuasa penganjur yang sangat dedikasi.
Pengutusan kepada Panatua-Panatua dan komiti CCR di empat paroki dibuat keesokan harinya semasa Misa Kudus hari minggu. Dengan pengutusan ini, diharapkan mereka akan lebih komited di dalam pelayanan dan semua program pembaharuan dapat disampaikan kepada umat serta dipraktikkan dengan cara yang betul melalui bimbingan Roh Kudus.


Monday, September 26, 2016

CERAMAH KONVALIDASI KEPADA BAKAL PENERIMA PEMBERKATAN PERKAHWINAN ST.PAUL BALUNG TAWAU.

Oleh : Julita Kantod
TAWAU: Seramai 24 pasangan dari kalangan migran – Indonesia telah mengambil bahagian dalam ceramah ini pada 16hb September 2016 lalu di salah satu Stasi Luar Paroki Holy Trinity, Tawau iaitu St. Paul, Balung. Stasi ini terletak lebih kurang 100km dari Paroki Pusat.
Program menjangkau umat-umat stasi luar ini telah dijalankan oleh Komiti Pelayanan Hidup Keluarga (KPHK) Paroki Holy Trinity, Tawau sebagai salah satu aktiviti Luar Stasi. Seramai 9 ahli KPHK  yang diketuai oleh Mario Domingo selaku Pengerusi, 3 pasangan yang sudah berkahwin serta Penasihat Rohani komiti ini, Sr. Liza Augustine, fsic telah meluangkan masa dari jam 9 pagi hingga jam 3.30 petang.
Antara tajuk-tajuk yang telah disampaikan ialah :

1. Perkahwinan itu adalah Rencana Tuhan dan Merupakan Sakramen – Sr. Liza Augustine, fsic
2. Keluarga Katolik – Peranan Pasangan atau Ibubapa dalam Keluarga – Asfaliza @ Lala
3. Komunikasi dalam Keluarga – Elmer
4. Ekonomi dalam Keluarga – Elroy
5. Intimasi dalam Perkahwinan -  Mario
6. Kaedah Semulajadi dalam Perancangan Keluarga – Melvin
7. Penerangan tentang Pemberkatan Perkahwinan dan Keperluan untuk Pemberkatan – Linda
Secara keseluruhannya, dapat dinilai berdasarkan penglibatan semua peserta bahawa semua topik tersebut telah berjaya disampaikan dengan baik dan berkesan.
Selain daripada itu, dua ahli KPHK yang juga adalah  wakil daripada Komiti Kateketikal Paroki Tawau telah meluangkan masa dengan bakal pembimbing-pembimbing kelas minggu di Stasi ini. Mereka telah memberikan sedikit penerangan tentang cara dan pengisian topik yang harus disampaikan semasa sesi pembelajaran nanti.
Salah seorang peserta meluahkan perasaan syukur dan terima kasih atas usaha penjangkauan seumpama ini kerana dia dan yang lain belum mengetahui akan kepentingan dan keperluan pemberkatan perkahwinan mereka.
Julita Kantod, salah seorang ahli KPHK ini menutup sesi  dengan pesanan ringkas iaitu beliau memberi penekanan bahawa semua peserta menghidupi ajaran Gereja, patuh kepada kehendak iman Katolik terutamanya dalam soal perancangan keluarga, setia dalam perhubungan suami isteri ataupun ibubapa dan menjadi Katekis pertama dalam memperkenalkan serta menurunkan iman Katolik kepada anak-anak mereka.

Friday, September 23, 2016

斗湖圣三堂成功举办第四届青年及青少年假日营

图与文:Betty Yong 

《斗湖讯》华文青年团于916日成功举办了2016年第四届青年假日生活营,主题是《天主的青年,起来!为耶稣在这时代发光》。此一日营共吸引了32位来自本堂圣三天主堂的青少年参与。

营员们于早上七时正陆陆续续抵达教堂。点名报到之后就由黄士英传道带领早祷作为一日营的开始。营员们一共被分为4组,分别以圣神的果子命名`。首先由营长带领营员们按照组别列队坐下,在讲解了营规和注意事项后,就开始进入破冰游戏。
破冰游戏后,由李承发修生带来两个讲座,主题分别是《天主的青年,起来!》和《为耶稣在这时代发光》。讲座当中特别强调,如果我们要在这科技时代为耶稣在这时代发光,就应该小心我们的言辞,因为这些都反映我们的人格和宗教信仰。最后,修生以第茂德前书412 “不要让人小看你年轻,但要在言语行为上,在爱德,信德和洁德上,作信徒的模范”作为结束。

生活营除了有增加灵修知识的讲座,当然也少不了让营员们的头脑和身体动起来的游戏环节。除了有紧张刺激的圣经游戏比赛,还有考验团队合作的趣味游戏。工作人员和营员们都乐在其中。经过下午淋漓尽致的体能消耗,很快就进入生活营的尾声。生活营的最后一个环节就是感言分享。由工作人员带领营员们分享这次生活营的点点滴滴。最后,全体人员再次的聚在一起欢唱营歌及做结束祈祷,青年一日营就圆满结束了。

FAITH FORMATION ON THE LITURGY

By: Julita Kantod

The Liturgical committee of Holy Trinity Parish Tawau organized a half day seminar on “Faith Formation on the Liturgy“. It was held on the 12th September 2016 at the Parish Catechetical Hall from 8 am to 3 pm. Participants were mainly from the Lectors, Commentators, Warden, Psalmist and Choir, Altar Servers and also open to parishioners.
This formation was facilitated by Fr. David Aloysious Garaman from the Diocese of Sandakan together with the Liturgical committee of Holy Trinity Parish Tawau.

Some 206 participants from various groups and ministries also from the BEC group have taken this opportunity to learn more and deepen their understanding on any Liturgical celebration especially the Eucharistic celebration.  Some parishioners from the outstation also took part in this formation. 
Seminar begun with Eucharistic celebration at 7.00 am followed by breakfast and registration. 
First part of the seminar was a short input by Julita Kantod entitled “We are chosen and blessed“. In her presentation, she shared about the joy and the spirituality in serving the church. “Serving the church means we are not only to serve the Lord but we are indeed given the opportunity to be wise servants of Christ. Wise enough to develop ourselves to be a humble person, a generous heart, to be more merciful, concern and to be united with other members of the church. With this we are actually building a peaceful kingdom of God on earth by serving Christ through others. When God calls us we are given the opportunity to know, to love and to serve Him” she said.
Second session was facilitated by Rev. Fr. David Garaman on the deep meaning of the Celebration of the Eucharist as the Summit of the Catholic Church and the centre of the Catholic faith. In his sharing, he mentioned about the importance of participating and offering oneself to the presence of the Lord. Offering each heart and mind to honour and to respect the real presence of God which unites each heart and mind solemnly during the celebration. “It is a waste for us if we do not understand the full meaning of the Eucharist. We lost the graces by not participating purely and humbly during that moment. God is present; He offered His Body and Blood for us but if we take for granted all this sacred celebration then we will go out empty “Fr. David said. “Attending Mass is considered meeting the Lord personally. So, take every opportunity to grasp the love of God and live it up in our daily life” he said.
Later, a general instruction to what and how to respect the celebration was delivered clearly to all so that each parishioner is aware of this sacred and memorial celebration.
A practical session then took place in the Church according to the group each belongs.
Seminar ends with a question and answer, presentation of certificate of attendance and lunch at 2.30 in the afternoon.

FAITH FORMATION TALK ON THE ITEM USED DURING EUCHARISTIC CELEBRATION

By Cristine Liew

The English Sunday School Facilitators of Holy Trinity Parish Tawau organized a formation talk from 9 in the morning to noon. Students aged 10 to 16 were taught on the item used during the celebration of the Eucharist. The talk was delivered by Seminarian Raymond Lee who is on his pastoral exposure at Holy Trinity Parish, Tawau. 
Besides talk presentation, all students also have the opportunity to see and touch some of the things used during Eucharistic celebration such as the vestment, purificator, stole and others. They were thought about the difference of a “sink” and a Sacrarium.

Both participant’s, students and the teachers find that this session were an eye opening for them for they got to know the names and the use of it.
Some 27 students together with 7 class teachers turned up and participated in this very meaningful and interesting event.
It was indeed a very fruitful and informative session and talk. Seminarian Raymond Lee encourages this program to be organized at least once in two years.

Session ended with a simple fellowship.

Tuesday, September 20, 2016

LAWATAN PERTAMA KOMISI KERASULAN BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN SELEPAS SYD4

Gambar dan Laporan: Philippa Philip

Lahad Datu - Pada 10 September yang lalu, Kordinator Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) bersama pembantunya, Philippa Philip telah mengadakan satu perjumpaan bersama tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) St. Dominic, Lahad Datu. Perjumpaan ini juga turut dihadiri oleh belia - belia yang berpotensi untuk menjadi pelapis dalam tim KBP pada masa akan datang.

Perjumpaan ini bertujuan untuk melawat, berdialog, melihat keperluan serta mendengar suara hati mereka yang bergelar pemimpin belia. Hasil daripada pertemuan ini akan di analisis dan direnungkan agar dapat membantu mereka melalui program Youth Leaders' Camp (YLC) yang akan diadakan tahun hadapan.

Perjumpaan ini bermula kira-kira pukul 8.00 malam dimulakan dengan doa yang dipimpin oleh saudari Anna. Pertemuan seterusnya bermula berdasarkan soalan - soalan yang dikemukakan.

Ahli tim KBP berasa bersyukur kerana berpeluang berada dalam tim ini dan sepanjang pelayanan mereka bersama banyak perkara dan pengalaman baru yang diperolehi. Kerjasama antara tim sangat baik kerana persahabatan erat yang terjalin semasa melayani bersama. Namun ada juga segelintir belia yang tidak mengenali ahli tim KBP dan peranan mereka. Selain itu kerja yang sibuk juga merupakan cabaran bagi ahli tim untuk komited dalam melayani dan setiap kali ada program, belia- belia luar stasi kurang terlibat atas sebab jarak yang jauh.

Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, setiap ahli tim KBP yang hadir berharap agar lebih ramai wajah baru dan fikiran baru dapat diketengahkan serta berharap agar akan ada kem belia dianjurkan di Lahad Datu. Program terdekat tim KBP adalah Mini Youth Leaders' Camp (YLC) yang akan diadakan pada bulan November nanti.



Perkongsian diteruskan dengan mengongsikan apa yang mereka perlukan daripada Komisi Kerasulan Belia Keuskupan. Mereka memerlukan bantuan dari segi skil kepimpinan, diperbaharui, latihan atau sesi bagaimana untuk menjadi rakan kepada belia dan ingin mengetahui dan mengukuhkan iman mereka dengan mengetahui sejarah gereja.




Perkongsian berakhir pada jam 10.00pm dengan doa penutup dan pertemuan seterusnya akan diadakan kelak. Namun pertemuan kali ini akan diadakan di salah satu luar stasi St. Dominic, Lahad Datu. Komisi Kerasulan Belia Keuskupan akan meneruskan lawatan dan perjumpaan bersama tim KBP paroki Holy Trinity di Tawau pada tanggal 8 Oktober 2016.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent