Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 2, 2015

Sekalung Budi, Sejambak Kasih Buat Sr Lilian Unsoh fsic

Oleh Carol Alfred
Sr Lilian fsic, ke-6 dari kiri barisan depan 
Sandakan : 22hb November 2015 antara detik yang memberi  kenangan dalam diari Sr Lilian fsic sebagai seorang guru di SM St. Mary Sandakan. Berkhidmat selama 30 tahun dalam bidang pendidikan, Sr Lilian fsic dengan penuh kesyukuran dan terharu di atas penganjuran majlis persaraan buat beliau. Acara ini dianjurkan oleh Komiti Guru-Guru Katolik Sandakan (Catholic Teachers’ Guild) dan dibantu oleh pelajar-pelajar yang pernah menjadi murid Sr. Lilian fsic di SM St Mary serta kumpulan belia Paroki St. Mary Sandakan yang turut melayani sebagai ahli koir pada Misa tersebut.
Sebelum itu Misa Kesyukuran telah diadakan pada 21 November 2015 di Gereja St. Joseph yang telah disempurnakan oleh Fr. Philip Muji dan dihadiri oleh guru-guru, pelajar-pelajar serta umat sekitar Sandakan. Turut hadir ialah abang kepada Sr. Lilian fsic.
Seramai 200 umat hadir dalam Majlis Makan Malam Kesyukuran pada 22hb November dan berbangga dengan penganjuran seumpama itu memandangkan Sr Lilian fsic merupakan satu-satunya religius yang bertugas sebagai guru dalam daerah Sandakan khususnya di sekolah mubaligh Katolik. Persembahan seperti nyanyian solo, medley dan kumpulan oleh beberapa orang umat serta persembahan istimewa oleh Sr. Lilian fsic sendiri telah menarik perhatian umat yang hadir.
Dalam ucapan kesyukuran, beliau tetap akan membantu memantau pelajar-pelajar Katolik yang masih belajar di sekolah tersebut walaupun telah bersara. Beliau bersyukur dan gembira kerana dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam tugas-tugas pelayanannya di gereja.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent