Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 12, 2015

KEM RAKAN BELIA ( KRB ) - KE ARAH HARI BELIA SABAH YANG KE-4

Disediakan oleh :
Tim Publisiti Dan Dokumentasi - LOT SYD4
TAWAU - Gereja Holy Trinity Tawau.  Seramai 360 orang peserta dari seluruh Keuskupan Sandakan telah menyertai program Kem Rakan Belia (KRB) bermula dari  23hb - 27hb November 2015 yang dianjurkan oleh Tim Penganjur Tempatan (LOT) Hari Belia Sabah ke-4 (Sabah Youth Day 4 (SYD4) ) dengan kerjasama daripada Pejabat Belia Keuskupan Sandakan.
Program ini berlangsung selama 5 hari 4 malam yang disertai oleh belia dalam lingkungan 15 tahun keatas. Aktiviti ini merupakan satu program khas untuk persiapan rohani dari segi pembentukan iman agar mereka  yang berada di dalam Keuskupan ini mampu melayani secara komited sebagai sukarelawan atau lebih dikenali sebagai Rakan Belia (RB) semasa SYD-4 pada Jun 2016.
Program Rakan Belia ini merupakan hasil dari inspirasi dan kesan positif program 'Pesta Belia Keuskupan ke-10' yang berlangsung di Sandakan pada 1998. Program ini membuka ruang bagi peserta untuk melalui satu proses di mana aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam Kem Rakan Belia ini akan membawa mereka kepada satu suasana yang membantu mereka merasai dipunyai ( sense of belonging ) diantara satu sama lain. Perasaan kekitaan ini mampu menyemarakkan semangat di kalangan para belia untuk bekerjasama sebagai satu pasukan. Komitmen dan semangat inilah yang diperlukan oleh Tim Penganjur, baik Penganjur Utama ( MOT ) atau Penganjur Tempatan ( LOT )
Taken, Bless, Broken, Shared – Let Me Journey with You to SYD-4” merupakan tema utama. Ia sangat bererti kepada peserta kerana melalui tema ini setiap hari peserta dapat mendalami empat perkara penting dalam keperibadian Yesus iaitu “He was TAKEN (Hari Pertama) when He heard God’s call; He was BLESSED (Hari Ke-2) in baptism at the Jordan River; He was BROKEN (Hari Ke-3) on the cross and His life has been SHARED (Hari Ke-4) with humanity for 2000 years”.
Tema KRB yang ke-2 diambil melalui cerita Hamba Perjanjian Baru yang dipetik dari 2 KOR 3:2-3, “Kamu sendirilah surat perakuan kami, yang tertulis di dalam hati kami dan boleh diketahui serta dibaca oleh semua orang. Jelaslah bahawa kamu seperti surat yang ditulis oleh Kristus dan dikirim melalui kami. Surat ini tidak ditulis dengan dakwat, tetapi dengan Roh Allah yang hidup. Surat itu tidak ditulis pada batu tulis; tetapi pada hati manusia.” Tema ini sangat bertepatan kepada peserta yang bakal menjadi RB semasa SYD-4 nanti.
Kem yang berjalan selama 5 hari ini dimuatkan dengan pelbagai sesi dan aktiviti yang menarik dan sesuai untuk pembentukan RB termasuklah Misa Kudus harian, Welcoming Night, Penyampaian Sesi, Time of Life, Doa Taize, Renungan Peribadi, SYD-4 Walk, Saat Teduh dan Penyerahan Komitmen.
Rasionalnya adalah untuk mempersiapkan RB secara total dari aspek rohani, fizikal, mental, emosi dan juga sosial. Memandangkan SYD-4 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, maka RB harus dipersiapkan sepenuhnya dengan memberi latihan dan pembelajaran yang berkesan yang diperlukan oleh Tim Penganjur agar sentiasa dapat berjalan bersama. Melalui kem ini juga pihak penganjur juga dapat mengukur sejauh mana keberkesanan RB dan mengasah lagi kebolehan mereka sebelum SYD-4 ini bermula. Selain itu, RB juga dapat mempelajari sikap keterbukaan dan belajar menerima kritikan dengan memperbaiki kelemahan yang ada sekaligus membentuk kesatuan di kalangan MOT, LOT dan RB agar mengenali antara satu dengan yang lain bagi mewujudkan persefahaman.
Program ini dimulakan pada petang 23hb November 2015 dengan simbolik perarakan para belia dari Dewan Paroki hingga ke Gereja yang melambangkan perjalanan iman belia untuk merenung perjalanan hidup dan pelayanan mereka dalam Gereja.
Misa pembukaan ini telah di upacarakan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom pada 6.30 petang bersama dengan Msgr. Nicholas Ong dan Fr. Johnny Raju. Misa pembukaan ini turut dihadiri oleh umat-umat yang berkesempatan sebagai satu sokongan yang berterusan kepada aktiviti belia .
“Saya berharap kita dapat menggunakan masa ini untuk membuka hati kita kepada bimbingan Tuhan, membuka hati kita kepada kuasa Roh Kudus supaya kita rela untuk dijadikan umat-umat Kristus sebagai alat-alatNya yang baik”, begitulah harapan Yang Mulia Uskup Julius Dusin Gitom dalam homilinya. Prelatus itu juga menyeru bakal-bakal RB agar menumpukan perhatian sepenuhnya semasa kem ini dengan memberi masa yang terbaik dan mengukuhkan lagi relasi bersama dengan Tuhan.
Selepas misa, semua belia beralih ke Kantin Paroki untuk makan malam sebelum meneruskan aktiviti pertama iaitu Malam Menyambut Para Sukarelawan Belia dari seluruh Keuskupan Sandakan (Welcoming Night)

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent