Oleh Tim Publisiti Dan Dokumentasi (Lot SYD-4)
Tawau : Pada hari ke-4, 26hb November, peserta dihiburkan oleh Rev. Fr. Johnny Raju dalam penyampaian sesinya bertajuk ‘Komitmen’ dengan begitu santai sekali. Corak penyampaiannya membuat peserta mudah memahami apa itu komitmen dan menyedari komitmen masing-masing
dengan jelas.“Komitmen dalam gereja adalah bersifat rohani dan itu merupakan satu rahmat daripada Tuhan,” kata Fr. Johnny sewaktu menyampaikan sesinya. Peserta juga digesa untuk berdoa selalu supaya hubungan dengan Tuhan semakin rapat dan erat. Sehubungan dengan itu, apa juga komitmen yang dilakukan akan mendapat rahmat dari Tuhan serta selalu hendak mempercayai diri sendiri kerana Tuhan selalu ada bersama membantu setiap jalan yang dipilih.
Sebelum
berakhirnya KRB, peserta diberi pilihan untuk menyatakan komitmen untuk menjadi
seorang RB melalui aktiviti ‘Penyerahan Komitmen’ pada hari ke-4 tersebut.
Dengan bantuan renungan dari homili yang diberikan sewaktu misa harian iaitu
memberi dari kekurangan bukan dari kelebihan, peserta diberikan dua kertas
berwarna untuk menulis komitmen mereka dan akan mempersembahkan komitmen
tersebut dibawah kaki Salib Yesus. Kertas putih menandakan peserta merasa yakin
menjadi RB manakala kertas hijau menandakan mereka masih ragu-ragu untuk
menjadi RB. Setelah itu, kesemua peserta dibahagi-bahagikan kumpulan dan menari
‘Pilgrim Dance’ sebagai tanda
kesyukuran perjalanan pelayanan sebagai seorang belia.
“Belia adalah
pemimpin pada hari ini dan hari esok maka dengan itu belia harus memperkukuhkan
lagi iman untuk membawa khabar gembira kepada dunia,” kata Msgr. Nicholas semasa
misa penutup KRB.
Beliau juga menyarankan kepada para peserta untuk merujuk dan membaca YouCat Katekismus Popular. Semasa homilinya juga, beliau menyimpulkan tema KRB yang merupakan sebahagian daripada Ekaristi, seperti petikan 1 KOR 11:23-25 Kristus telah menciptakan Ekaristi.
Tuhan akan memberikan hidup melalui komuni dan sehendaknya berterima kasih kepada Allah kerana sewaktu komuni, Tubuh Kristus yang kita terima adalah tubuh yang bangkit dan ia mengandungi diri Yesus Kristus yang sebenar. “Jadikan Yesus sebagai teladan – Love, Serve, Suffer, Sacrifice, Sanctify and Safe”, kata Msgr. Nicholas kepada semua yang menghadiri misa penutup.

Aktiviti KRB
berakhir pada hari ke-5, 27hb November selepas makan tengahari. Pengalaman yang cukup indah
bersama RB dari seluruh Keuskupan Sandakan menambah keyakinan setiap RB dari hari
pertama hinggalah ke hari yang terakhir untuk terus melayani bersama semasa
SYD-4 nanti.
Semua RB juga dapat menjalin persahabatan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di sepanjang kem ini. Program KRB ini diakhiri dengan gotong-royong membersihkan seluruh kawasan yang telah digunakan semasa KRB.

No comments:
Post a Comment