Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 4, 2015

MESYUARAT PENILAIAN DAN SESI PEMBENTUKAN KPIK/KPIP TAHUN 2015

Oleh DS/sj
TAWAU: Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan terbentuk pada 18hb Januari 2014 telah bermesyuarat untuk kali yang ketiga pada Sabtu, 28hb November 2015. Mesyuarat penilaian dan akhir tahun itu dihadiri oleh 9 ahli KPIK dan 6 pemerhati yang datang dari Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Telupid.
Mesyuarat yang diadakan di 'Upper Room', Gereja Holy Trinity Tawau, telah dipengerusikan oleh Sr. Maria Dipal RGS, Pengerusi KPIK. Antara agenda yang dibincangkan adalah:
(A) Laporan Tahunan KPIK:
  1. EXODUS-4 di Pulau Pinang (Oleh: Shirley Joseph) 
  2. Persidangan EMI ke-7 (Oleh: Sr. Maria Dipal, RGS) 
  3. Perayaan Hari Migran Keuskupan, 27hb September, 2015 (Oleh: KPIP Sandakan) 
  4. Pertemuan Pastoral ke-4, 19-22 Oktober 2015 (Oleh: Francis Tan)
(B) Laporan Tahunan dan Perkongsian KPIP:
  1. Borang DHDC / 3 (Tindakan: Semua KPIP)
(C) Barisan ahli baru untuk KPIK tempoh baru:
  1. Memanjangkan tempoh daripada dua tahun kepada tiga tahun 
  2. Pencalonan dari semua paroki (Pengerusi, Setiausaha dan seorang lagi)
(D) Perancang Tahunan KPIK 2016:
  1. Mesyuarat - Pelantikan Baru (akan diadakan di Sandakan pada Januari 2016) 
  2. Persiapan Program AMOS-3 di Keuskupan Sandakan (Tiga Keuskupan/Agung di Sabah), dijangka diadakan pada 2017 
  3. Persidangan EMI ke-8 di Apostolic Vicariate of Brunei Darussalam, 28 April - 1 Mei 2016 (Ahli: Sr. Maria Dipal, RGS dan Shirley Joseph) 
  4. Perayaan Hari Migran di semua paroki pada 25hb September, 2016 
(E) Pembentangan Perancang Tahunan 2016 semua KPIP
Mesyuarat tersebut bermula pada 2.30 petang hingga 5.00 petang. Setelah Misa Kudus Sunset, mesyuarat diteruskan selepas makan malam bersama dari 8.30 malam sehingga 10.30 malam.
Pada hari berikutnya, Ahad, 29hb November 2015, Sesi Pembentukan untuk ahli KPIK dan KPIP yang hadir pula dijalankan. Antara sesi utama adalah seperti berikut:
(A) "Menjelang Tahun Jubli Agung Luarbiasa Kerahiman"
(oleh: Francis Tan)
Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui lebih lanjut akan niat dan seruan Bapa Suci Fransiskus kepada semua umat Katolik di seluruh dunia semasa merayakan Tahun Jubili Luarbiasa Kerahiman. Tahun tersebut akan bermula pada 8hb Disember 2015 dan berakhir pada 20hb November 2016. Keuskupan Sandakan akan melancarkan pembukaan rasmi 'Pintu Suci Kerahiman' pada Isnin, 14hb Disember 2015 di Katedral St. Mary, Sandakan pada jam 6.30 petang.
"Hendaklah kamu murah hati, sama seperti Bapamu adalah murah hati."-Lukas 6 : 36.
Francis menyeru kepada semua ahli KPIK/KPIP, terutamanya mereka yang hadir pada sesi tersebut untuk menjadi pemangkin dalam menggalakkan para umat di paroki masing-masing untuk memberi respon kepada sahutan Bapa Suci. Beliau berkata, "Saya berharap agar sepanjang tahun jubili luarbiasa ini, bersama-sama dengan semua umat dan komiti-komiti di paroki, kita akan menjalankan aktiviti dan program-program yang berkaitan dengan karya-karya jasmani dan rohani kerahiman."
(B) Sukacita Injil: Cabaran ke-3, "Jangan membiarkan diri kita hilang harapan!" 
(oleh: Shirley Joseph)
Shirley membawa para peserta untuk merenung apa yang dikatakan oleh Bapa Suci Fransiskus mengenai cabaran dan halangan dalam kehidupan manusia akan sentiasa ada, terpulang kepada diri kita bagaimana menghadapinya.
Shirley mengatakan, "Bapa Suci mahu kita melihat bahawa segala permasalahan dan kejahatan di dunia sebagai cabaran yang boleh membantu kita untuk berkembang. Bapa Suci memahami bahawa pada masa-masa pengalaman hidup-keluarga, paroki, tempat kerja, masyarakat - boleh kelihatan seperti padang pasir. Tetapi padang pasir juga boleh menjadi tempat dahagakan Allah."
(C) Sukacita Injil: Cabaran ke-4, "Janganlah kita membiarkan diri kita dirompak [“dicerai-beraikan”] dari Komuniti/masyarakat!"
(oleh: Sr. Maria Dipal, RGS)
Melalui sesi ini, Sr. Maria membawa para peserta untuk menyedari di manakah lingkaran komuniti mereka berada. Sr. Maria bertanyakan kepada mereka, "Di manakah kumpulan atau komuniti yang anda terlibat dan yang dekat dengan kehidupan anda?"
Sr. Maria memetik kata-kata Bapa Suci Fransiskus, "Janganlah kita menjadi orang-orang yang berusaha 'untuk menyembunyikan atau menjauhkan diri daripada orang lain, atau secara senyap-senyap pindah dari satu tempat atau tugas yang lain, tanpa mewujudkan ikatan yang dalam dan stabil.' Berkongsi Berita Baik bermaksud "belajar untuk menemukan Yesus di wajah orang lain, dalam suara mereka, permohonan mereka "(# 91). 
Sesi pembentukan berakhir pada 12.30 tengahari dan para ahli KPIK/KPIP bersurai selepas makan tengahari bersama.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent