Oleh Tim Publisiti Dan Dokumentasi (LOT SYD 4)
Tawau : Doa pagi pada hari kedua, 24hb November diadaptasikan dari Asian Youth Day ke-5 di the Philippines. Para peserta diberikan segumpal nasi. Nasi merupakan makan kebiasaan yang menjadi makanan utama di Sabah. Ia menjadi santapan harian untuk kita, samada bagi mereka yang kaya atau miskin, muda mahupun tua.
Sementara gumpalan nasi masih di genggaman peserta, mereka diminta untuk mengingati mereka yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus mencari sesuap nasi. Selepas memakan nasi tersebut, diharap peserta menerima kesegaran daripada makanan ini. Semoga penganjur utama, penganjur tempatan dan Rakan Belia Sabah Youth Day 4 (SYD 4) akan menjadi sumber yang efektif dalam SYD 4.
Sesi pertama yang disampaikan pada hari ke-2 oleh Sr. Dora Obod, fsic selaku Pembantu Kordinator SYD-4 bertajuk ‘Sabah Youth Day’ membawa peserta untuk mengetahui lebih mendalam tentang program ini. Dalam sesi ini, peserta berpeluang mengetahui tentang latar belakang, rasional, objektif dan perkembangannya secara terperinci melalui tayangan gambar-gambar, video dan juga slide yang menarik. Para peserta juga dapat berkongsi tentang pengalaman dan cabaran masa kini. Juga diadakan ialah slot soal jawab tentang kemusykilan SYD.

Sesi ke-2 pula disampaikan
oleh Sdra. Dominic Lim dari Pejabat Keuskupan Agung Kota Kinabalu yang bertajuk
‘Why Me?’ telah memberi kesedaran
tentang ciri-ciri RB yang baik termasuk sifat atau sikap untuk menjadi seorang RB.
Selain itu, persediaan diri menjadi RB juga amat penting. “Anda adalah kepingan
yang melengkapkan wajah SYD-4 dan penganjuran SYD-4”, demikianlah perkongsian Sdra.
Dominic Lim ketika menerangkan analogi ‘Jigsaw
Puzzle’ yang mana kita adalah seperti salah satu kepingan puzzle yang melengkapkan fahaman tentang
gereja.
“Gereja tanpa anda itu bukanlah gereja yang lengkap”, tambah beliau lagi kerana RB mempunyai tempat yang khusus di dalam tubuh Kristus dan mempunyai peranan masing-masing sama seperti di dalam petikan 1 KOR 12:18.

Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr Johnny Raju
Pada hari ke-3 25hb November, sesi yang bertajuk ‘Hati Seorang Hamba’ yang di sampaikan oleh Sr. Terry Loukang, fsic dari Pejabat Belia Keuskupan Agung Kota Kinabalu membawa peserta untuk menyelami dan memahami apa itu hati seorang hamba sebagai seorang RB. Melalui bacaan singkat dari FILIPI 2:6-8, MAT 20:28 dan FILIPI 2:5 telah banyak membantu peserta untuk merenung siapa yang dimaksudkan hamba ini dan bagaimana hatinya. Hamba yang dimaksudkan adalah mereka yang berani menyahut panggilan menjadi RB. RB diajak untuk mengembalikan hati sebagai seorang hamba kepada Yesus dengan penuh perasaan syukur atas cintakasih yang telah diberikanNya. Lagu Hati Seorang Hamba dinyanyikan sebagai doa penutup sesi tersebut.
Semasa aktiviti SYD-4 Walk di hari ke-3, para peserta dibawa ke lokasi sebenar tapak program SYD-4 sehinggalah ke tempat penginapan untuk memberi gambaran tentang perjalanan SYD-4. Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana dapat melihat tapak SYD-4 secara lebih awal sehinggakan banyak peserta telah mula membayangkan keadaan SYD-4 nanti. Aktiviti ini juga memberi pengalaman baru kepada RB kerana kebanyakkan mereka adalah bukan berasal dari paroki ini. Peserta juga diuji akan kekuatan emosi, fizikal dan mental sewaktu aktiviti ini dijalankan kerana terpaksa berjalan setengah kilometer jauhnya ke lokasi yang hendak ditujui.
No comments:
Post a Comment