Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 20, 2014

KUIZ ALKITAB SEMPENA MINGGU ALKITAB DAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

Artikel dan foto oleh SOCCOM Lahad Datu

Lahad Datu : Setiap minggu kedua bulan Julai merupakan Minggu Alkitab bagi rantau Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Minggu Alkitab bertujuan mendorong para umat Kristian mendalami Alkitab itu sendiri. 
Terdapat 73 buah buku yang telah digabungkan untuk membentuk Alkitab kita pada hari ini. 46 buku telah dikarang sebelum kelahiran Kristus  (1400-400BC) juga merupakan perjanjian Tuhan kepada umat Israel dan 27 buku lagi dikarang selepas Kristus wafat (48-65AD). Alkitab yang kita agungkan ini telah dijaga agar kita semua dapat melihat kebenaran yang telah berlaku sepanjang kejadian akan keagungan kuasa Tuhan kita.
Pada Ahad, 13 Julai 2014sempena menyambut Hari Minggu Alkitab, Komiti Lektor telah mengadakan kuiz Alkitab terbuka kepada seluruh warga Kristian Katolik. Apa yang menariknya ialah penyertaan kuiz ini juga dibuka kepada KKD; 3 orang ahli bagi setiap kumpulan tanpa mengira peringkat usia.
Program telah selaraskan oleh saudara Teodolfo Rosalia Jr @ Bing2. Acara ini telah disertai oleh 10 kumpulan dengan jumlah 30 orang peserta yang bermula pada 11 pagi dan berakhir kira-kira 2.30 petang. 

Pada pusingan pertama, para peserta diberi beberapa paparan berkaitan ilmu Alkitab. Pihak penganjur telah mengambil langkah untuk memastikan agar kuiz tersebut dilaksanakan tanpa sebarang masalah teknikal.
Soalan-soalan yang digubal, diinspirasikan dari kejadian dalam Alkitab bagi menguji sejauh manakah peserta-peserta ini mengetahui intipati di dalam Alkitab. Cara pengendalian kuiz berpandukan ‘slide’ dan para peserta diberikan peluang untuk memilih nombor soalan yang mereka ingin jawab.

Berikut merupakan pemenang bagi kuiz Alkitab:

  • Tempat Pertama :  Stasi luar St. Petrus, Sandau
  • Tempat Kedua    :  KKD Taman Pertama 1
  • Tempat Ketiga    : KKD Kg. Kenangan
Apa yang telah tertulis di dalam Alkitab merupakan pedoman bagi setiap umat Katolik. Sesungguhnya Tuhan Yesus menyanyangi setiap peribadi kita. Apa yang perlu kita lakukan? Mudah saja, carilah dulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semua itu akan ditambahkan kepada-mu (Mat 6:35).
Pada hari yang sama, kira-kira 4 petang, Komiti Pastoral Indonesia (KPI) telah menganjurkan Pertandingan Bola Tampar. Penyertaan adalahlah melalui KKD masing-masing dan terdapat dua kategori iaitu lelaki dan perempuan.
Pertandingan ini berlangsung sehingga 9 malam dan akan bersambung semula pada hari Sabtu dan Ahad yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent