Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Friday, July 11, 2014

ACARA PEMBUKAAN SAMBUTAN HARI PAROKI ST DOMINIC, LAHAD DATU

Gambar dan artikel oleh SOCCOM SDC Lahad Datu.
Lahad Datu : Perayaan Hari Paroki sememangnya merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh semua umat di paroki masing-masing, begitu juga dengan Paroki St Dominic Lahad Datu. Paroki Lahad Datu kini sibuk dengan persiapan sempena Hari Paroki yang bakal berlangsung pada bulan depan bertemakan “Bersaksilah atas namaKu”. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan bakal dilaksanakan seawal bulan Julai sehingga 30 Ogos 2014.
“Hari KKD" berlangsung pada Sabtu, 5hb Julai 2014, dimulakan dengan Pentakhtaan Alkitab pada petang itu. Program disusuli dengan pameran setiap KKD di Paroki St.Dominic dengan gambar-gambar aktiviti masing-masing. Antaranya adalah gambar wajah-wajah ceria ahli ketika mewartakan Khabar Gembira kelahiran Yesus semasa karoling dan Doa Rosari pada bulan Rosari dan Bunda Maria. Mereka juga memperkenalkan Santo Penaung masing-masing dengan pameran gambar dan artikel Santo tersebut.
Aktiviti ini sekaligus telah mencungkil bakat para umat di Paroki ini. Masing-masing muncul dengan pelbagai idea dan kreativiti. Pameran ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama KKD dan juga mempergiatkan lagi keterlibatan umat dalam pelayanan dan bersatu dalam satu gereja dan satu paroki. Tanpa disedari kini Paroki St.Dominic telah mencapai usia 62 tahun pada tahun ini.
Pada hari kedua, Ahad 6 Julai, selain pameran antara KKD diteruskan, Komiti Tukad juga turut mengadakan pertandingan melukis dan mewarna bagi kanak-kanak untuk mengasah bakat yang mereka miliki. Terdapat 3 kategori dalam pertandingan melukis iaitu;  Kategori A: 7 – 9 tahun,  Kategori B: 10 – 12 tahun dan Kategori C: 13 – 15 tahun
Selain dari itu, Tim Kerasulan Belia Paroki turut mengadakan sukaneka antara KKD yang meliputi 5 acara, antaranya;
1.       Run with me + Tube race
2.       Boling kelapa
3.       Balloon train
4.       Battle of the brain dan
5.       Tarik tali
Pada hari yang panas terik itu, para peserta masih bersemangat sebagai satu gereja mengikuti aktiviti tersebut. Sukaneka ini terbuka kepada semua peringkat umur. Pelbagai karenah dapat dilihat sepanjang aktiviti berlangsung. Penyampaian hadiah untuk pemenang acara sukaneka ini akan disampaikan pada Hari Paroki, Ogos nanti.

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent