Sandakan - Pemberkatan Dan Pembaharuan Janji Perkahwinan yang kedua kali telah diadakan pada 9 November 2013 semasa Misa Kudus di Katedral St. Mary, Sandakan. Seramai 13 pasangan yang telah mencapai 20 tahun ke atas telah menyertai program yang telah dianjurkan bersama dengan komiti induk Komuniti Kristian Dasar (KKD) dan Komiti Keluarga Katolik (KKK) St. Mary, Sandakan. Program ini dianjurkan sempena Tahun Iman yang telah dilancarkan oleh Emeritus Pope Benedict XV1, October tahun lalu (2012).
Persiapan rohani telah dikendalikan oleh Sr. Appollonia, fsic pada 8 November di bilik Mesyuarat Pejabat Paroki. Persiapan itu dimulakan dengan sesi yang bertajuk IMAN DAN DOA diikuti dengan upacara pembasuhan kaki di antara pasangan disusuli dengan Sakramen Pertobatan yang dilakukan oleh Fr. Thomas dan Fr. Philip. Para pasangan juga telah diberi kesempatan untuk menonton tayangan yang bertajuk “FIREPROOF”.
Pemilihan tema “KASIHILAH SESAMA MU” adalah berdasarkan dengan situasi Iman keluarga Katolik masa kini yang sering diombang-ambingkan dengan pelbagai cabaran rohani dan duniawi. PPJP ini diadakan dengan harapan untuk membantu para peserta untuk membaharui komitmen/ janji mereka dalam perkahwinan serta membantu mereka untuk lebih menghargai kesatuan di dalam keluarga.
En. Matheus Sodomon dan Isterinya Rosalia Gakin
Pasangan ini telah berpeluang untuk memperkongsikan serba sedikit pengalaman manis dan pahit yang telah mereka lalui bersama selama 36 tahun dalam perkahwinan mereka.
En. Johnsing dan Christina Lisi Sarapin isteri
Pasangan kedua ini telah memperkongsikan pengalaman perjalanan hidup mereka sebagai suami isteri selama 22 tahun. Dalam kesaksian, mereka mengatakan bahawa walaupun mereka pernah meninggalkan Tuhan selama 20 tahun, namun Tuhan tidak pernah meninggalkan mereka. Berkat kasih dan belaskasihanNya telah membuka jalan bagi mereka untuk kembali dan bersyukur pada Allah yang telah mempersatukan mereka di dalam Sakramen Perkahwinan.
Rev. Fr. Sunny Chung
Rev. Fr. Sunny Chung dalam homilinya semasa perayaan Misa Kudus mengatakan bahawa, Pemberkatan dan pembaharuan janji perkahwinan yang diadakan itu adalah amat bersesuaian sempena Tahun Iman. Beliau berharap agar lebih ramai lagi pasangan yang akan datang untuk memperbaharui janji perkahwinan mereka.
Upacara Pemberkatan dan Pembaharuan Janji Perkahwinan di hadapan Altar
di upacarakan oleh paderi dan disaksikan oleh umat.
di upacarakan oleh paderi dan disaksikan oleh umat.
Keluarga menjadi kesatuan yang melambangkan kesatuan dari ketiga Pribadi Ilahi: Bapa, Putra, dan Roh Kudus. Keluarga adalah Gereja mini, tempat kesatuan bapa-ibu dan anak-anak menjadi komuniti iman "di mana ada dua atau tiga orang berkumpul dalam nama-Ku, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka" (Mat 18:20).
Fellowship dan Majlis Kesyukuran telah dirayakan bersama dengan semua ahli keluarga para peserta dan umat Paroki St. Mary. Majlis itu ditambah meriahkan dengan beberapa persembahan yang telah dipersembahkan oleh para pasangan.
No comments:
Post a Comment