BELURAN : Mesyuarat penyusunan semula Ahli Jawatankuasa Pelayanan (AJP) Majlis Pastoral Umat Katolik (MPUK) Gereja Our Lady Of Fatima, 2009-2012 telah berlangsung pada Ahad, 13hb Januari 2013. Fr. Thomas Makajil, Rektor Paroki Katedral St. Mary Sandakan turut serta dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat AJP MPUK dipengerusikan oleh En. Albert Thomas, selaku Pengerusi MPUK Gereja OLOF Beluran sesi 2013-2014, dan doa pembukaan dipimpin oleh Fr. Thomas. Seterusnya En. Albert menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua ahli komiti atas kerjasama sepanjang sesi tersebut.
Barisan AJP MPUK Gereja OLOF Beluran (2013-2014) yang baru adalah seperti berikut:-
Barisan AJP MPUK Gereja OLOF Beluran (2013-2014) yang baru adalah seperti berikut:-
01
|
Pengerusi
|
En. Albert Thomas Enti
|
02
|
Setiausaha
|
Cik Pastia Barujuki
|
03
|
Bendahari
|
Pn. Rosnah Jalani
|
04
|
Komiti Liturgi
|
En. Hendrikus Nadus
|
05
|
Komiti Katekatikal
|
En. Gerald Salipa Siringan
|
06
|
Komiti Evangelisasi dan Zon
|
En. Rafael Lindan
|
07
|
Komiti Pembangunan
|
En. Sylvester Sutin
|
08
|
Komiti Keluarga Dan Badan Amal
|
Pn. Helda Marusin
|
09
|
Komiti Pertanian dan Perkuburan
|
En. Johnny Openg
|
10
|
Komiti Kerasulan Wanita
|
Pn. Joanna Lim
|
11
|
Komiti Kerasulan Belia
|
Cik Sheila John
|
12
|
Komiti Publisiti Dan Dokumentasi
|
En. Matthew Kiun @ Geoffry
|
Majlis penyerahan tugas disaksikan oleh Fr.Thomas dan En. Albert. |
Di akhir mesyuarat, Fr.Thomas berharap semua AJP yang baru dilantik boleh bekerjasama dan komited dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Beliau juga meminta AJP MPUK berusaha lebih gigih dalam usaha pembangunan gereja, iaitu dari aspek pembangunan fizikal juga kerohanian umat sehinggalah Gereja OLOF Beluran berjaya menjadi sebuah Gereja yang boleh dicontohi.
Sebelum itu, pada paginya Fr Thomas merayakan MisaKudus Pesta Permandian Tuhan di Gereja Our Lady of Fatima dengan kehadiran lebih kurang 400 orang umat Katolik tempatan Beluran. Selepas Misa, telah diadakan satu jamuan makan tengah hari bersama jawatankuasa MPUK sebelum berlangsungnya mesyuarat.Fr. Thomas Makajil memotong kek sempena Tahun Baru 2013. |
No comments:
Post a Comment