Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 30, 2013

Hari Pertama - Youth Leaders' Camp II

Tim Dokumentasi YLCII

Tawau (23hb Januari 2013) – “...Dia girangkan ku, O Dia girangkan....ku bersuka sebab Dia girangkan ku......” Lagu bertajuk 'Ku Masuki Gerbang-Nya' dinyanyikan sebagai lagu pembukaan dalam misa pembukaan sempena Kem Kepimpinan Belia ke-2 (Youth Leaders' Camp 2) yang dirayakan oleh Rev Fr David A. Garaman di Gereja Holy Trinity Tawau. Seramai kira-kira 120 orang pemimpin belia dan belia yang berpotensi menjadi pemimpin telah berkampung bermula pada hari ini sehingga 27 Januari dalam kem yang dianjurkan oleh Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan. Kem Kepimpinan Belia Ke-2 (YLC 2) ini bertujuan untuk mengumpul dan mengukuhkan hubungan menerusi persahabatan, perkongsian dan pembelajaran sesama belia dari 4 paroki di Keuskupan Sandakan. 

Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk mencari semula, memperbaharui dan menghubungkan semula iman pemimpin-pemipin belia sebagai seorang pelayan Tuhan dengan tema “Bermulanya Perjalanan Saya...Bangkit dan Percayalah!”
Dalam khutbah misa pembukaan yang telah disampaikan oleh Rev Fr David, beliau telah mengajak belia untuk berani melihat realiti kehidupan sebenar belia supaya belia perlu tabah untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Cabaran yang dihadapi oleh para belia dewasa ini bukanlah merupakan suatu perkara yang baru kerana perkara yang sedemikian telah dialami oleh Yesus sendiri dua ribu tahun yang lalu. Dengan pengisian-pengisian dalam kem ini, diharap akan mampu membantu pemimpin-pemimpin muda ini untuk bersedia menghadapi cabaran sebagai seorang pemimpin muda dalam era globalisasi ini seterusnya menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengikut Kristus yang sejati.
Dalam malam pertama YLC 2, para peserta didedahkan dengan objektif kem ini agar para peserta mempunyai jangkaan dan harapan dalam kem ini. Sesi yang dikendalikan oleh Koordinator  Kerasulan Belia Sandakan, saudari Anna Peter Amandus ini telah diakhiri dengan simbolik menggantungkan harapan dan tindakan yang menyerupai akur janji para pemimpin belia agar mereka benar-benar komited terhadap pelayanan mereka di gereja mereka. Hari pertama kem ini, telah diakhiri dengan Upacara Adorasi yang dikendalikan oleh Rev Fr David sebagai simbolik penyerahan pengharapan para pemimpin belia sepanjang kem ini menerusi upacara ini. 
"Jangan seorangpun menganggap engkau rendah karena engkau muda. Jadilah teladan bagi orang-orang percaya, dalam perkataanmu, dalam tingkah lakumu, dalam kasihmu, dalam kesetiaanmu dan dalam kesucianmu" - 1 Timotius 4:12

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent