Lorna Lasay SDC Lahad Datu
Lahad Datu : Satu ‘reunion’ telah diadakan pada
15hb November, 2012 buat pertama kalinya di Chapel Our Lady of the Pillar, Silam. Chapel ini adalah salah satu stasi luar Gereja St. Dominic, Lahad Datu kira-kira 14km jauhnya dari Bandar Lahad Datu.
Reunion ini telah dianjurkan oleh beberapa orang bekas belia yang pernah melayani sebagai belia di Chapel tersebut pada tahun 80an dan 90an yang diketuai oleh Sdra. Teodulfo Rosalia Jr. serta isterinya, Sdri. Lorna Lasay.
Seramai 41 orang bekas belia Silam telah menghadiri reunion ini dan kebanyakan mereka sudah berumahtangga dan tinggal di luar Silam Camp dan juga luar daerah Lahad Datu.
Program sepanjang hari bermula jam 9:30 pagi sehingga jam 3:30 ptg itu telah disediakan pelbagai aktiviti yang sangat menyeronokkan dan menyentuhkan hati setiap peribadi bekas belia yang hadir. Kegembiraan bersama dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa, akhirnya dapat dikecapi dalam reunion sehari suntuk ini.
Ada beberapa orang bekas belia yang telah menghantar pesan melalui rakaman video dan telah ditayangkan melalui slide. Perkongsian mereka telah memberi inspirasi yang berguna, memberangsangkan serta menggembirakan.
Para bekas belia yang hadir mengharapkan agar reunion seperti ini akan diadakan lagi kerana reunion ini telah membawa mereka satu pengalaman yang sangat menyeronokkan serta telah memperingatkan mereka bahawa pentingnya ‘persahabatan’ dan campurtangan Tuhan terutamanya yang telah kami bina sejak dari dahulu semasa dalam pelayanan kami sebagai belia.
We are glad that you have shown the example - teaching us to belong to a community, rooted, built-up and firm in faith. After years of separation, yet you return to your roots, remembering the little chapel you once gathered to be formed and strengthened. You reserve a part of you to God and allow Him to work wonders. He will gather all his ppl together. God bless you. You have edged a name for the Church of Our Lady of Pillars.
ReplyDelete