Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 10, 2012

PROGRAM PENANGGUHAN: Pertemuan Minggu Krisma (PMK) 2012

Oleh Victoria Yam PYA Lahad Datu


Lahad DatuSetelah hampir 3 tahun tidak terlaksana program penangguhan bagi calon penguatan, akhirnya pada 27hb - 28hb Oktober yang lalu, Tim Kerasulan Belia Paroki Lahad Datu dengan kerjasama pembimbing Pertemuan Minggu Krisma (PMK) telah menganjurkan program tersebut dengan penyertaan seramai 130 calon  dari keseluruhan Paroki St Dominic. 
Tema program penangguhan ini adalah “Perjalanan Ke Emaus”. Tema ini telah dipilih oleh Tim KBP sendiri dengan tujuan memberi kesedaran kepada para calon tentang keimanan juga memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tuhan Yesus. Kebanyakkan para calon adalah berumur di antara 13-15 tahun ~ masa remaja yang amat memerlukan pembentukan keimanan. Selepas sahaja Sakramen Penguatan, masih ada lagi perjalanan yang perlu dihadapi oleh para calon. Program ini dimulakan dengan misa petang, dirayakan oleh Rev. Fr. Marcellinus. Selepas itu ia disusuli dengan sesi 'Perjalanan ke Emaus'. Stesen pertama adalah “My story”, stesen kedua “My downfall”, stesen ketiga “My disappointment” di mana para calon penguatan dikehendaki menulis kekecewaan mereka di atas kertas.

Stesen terakhir adalah “My Respond” di mana para calon berkumpul di sekeliling camp fire dan segala kekecewaan yang tertulis telah dibuang ke atas unggun api. Ini tandanya untuk membakar segala yang mereka telah meluahkan melalui catatan di kepingan kertas dan melupakan segala-galanya dan memulakan dengan satu harapan baru, memberi fokus kepada Yesus ~ 'Jadi siapa yang ada di dalam Yesus, ia adalah ciptaan baru : yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang.' - 2 KOR 5 : 17.
Pada keesokkan hari, Sr Marysia FSIC telah mengendalikan sesi doa pagi, disusuli dengan katekisis mengenai Peranan Belia yang disampaikan oleh Victoria Yam. Sesi diteruskan dengan tayangan video klip 'Perjalanan Ke Emaus'.
Program diteruskan dengan sesi harapan di mana para calon penguatan dikehendaki untuk menulis harapan mereka dan memaku harapan mereka di atas kayu salib. Sesi ini telah dikendalikan oleh sdra Michael. Ini menandakan bahawa Yesus tidak akan menghampakan kita dan haruslah senantiasa percaya bahawa di sebalik kekecewaan yang dihadapi, harapan masih ada bagi kita yang beriman dan berdoa selalu kepada DIA. 'Serahkanlah segala kekuatiranmu kepada-Nya, sebab Dia yang memelihara kamu.' - 1 Petrus 5 - 7. Kita harus yakin bahawa Allah peduli.
Program ini diakhiri dengan sesi para liturgi yang dipimpin oleh sdra Farnandes. Selesai sahaja program ini, raptai untuk para calon dan penanggung telah dijalankan. Ini merupakan kali pertama Tim KBP Lahad Datu menganjurkan program penangguhan untuk para calon penguatan. Diharap pada masa akan datang, Tim KBP dapat berkerjasama dengan pembimbing PMK dalam menganjurkan program-program sedemikian.

1 comment:

  1. Shalom Victoria Yam...nama saya Cosmas Nikita Embon dan saya adalah Pengerusi Komiti Katekatikal Paroki Ranau di bawah naungan Diosis Kota Kinabalu.

    Saya amat tertarik dengan program yang kamu anjurkan 'Pertemuan Minggu Krisma 2012' di mana dengan apa yang saya nampak daipada foto-foto..ianya amat baik dan menarik sekali terutama sekali tema-tena yang diperkenalkan serta penyertaan daripada calon-calon penguatan yakni('Perjalanan ke Emaus'. Stesen pertama adalah “My story”, stesen kedua “My downfall”, stesen ketiga “My disappointment” di mana para calon penguatan dikehendaki menulis kekecewaan mereka di atas kertas). Secara ringkas saya ingin sekali membuat aktiviti yang sama di paroki saya tapi malangnya saya tidak ada idea berhubung dengan aktiviti sedemikian.

    Ms. Victoria..sudikah kamu mengongsikan perkara tersebut kepada saya agar saya dapat lakukan di paroki saya.

    Jika kamu mempunyai peluang...taliponlah saya di talian 0138765369 pada bila-bila masa sahaja. Saya amat memerlukan.

    Sekian terima kasih.

    'Melayani dengan penuh iman, harapan dan kasih Yesus Kristus'

    Saya yang benar,


    COSMAS NIKITA EMBON.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent