Dalam homilinya, Fr. Thomas menerangkan
pembacaan injil hari ini yang menyatakan jika kita mempunyai iman maka Allah
itu adalah penyelamat kita dan akan bersama dengan kita kerana Allah adalah
sumber kekuatan kita. Tambahnya lagi “Perhimpunan umat KKD pada hari ini adalah
berasaskan kepada iman ini kerana kita mahukan bersama Tuhan dan melayani Allah
seperti yang dikatakan oleh Yesus”.
Sempena dengan Tahun Iman ini, Fr. Thomas menyeru semua umat KKD untuk membuat penginjilan / pejangkauan kepada umat Katolik yang lain dalam apa cara sekalipun khususnya dalam penggunaan mediamassa dan internet.
Selepas homili, barisan kepimpinan KKD TIJ yang baru 2012-2013 tampil ke hadapan
untuk diberkati dan diutus sebagai pelayan-pelayan Tuhan di KKD Taman ini.
Sempena dengan Tahun Iman ini, Fr. Thomas menyeru semua umat KKD untuk membuat penginjilan / pejangkauan kepada umat Katolik yang lain dalam apa cara sekalipun khususnya dalam penggunaan media
Clockwise from top left : Leonie, Dominic, Fr Thomas, Pilis Malim |
Selepas Misa, perayaan diteruskan
dengan jemputan umat ke jamuan makan tengahari. Sdra Dominic Sintar, pengerusi
KKD TIJ dalam kata-kata aluannya, memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas
penganjuran ulang tahun ke-2 ini dan merakamkan terima kasih atas kehadiran Fr.
Thomas untuk merayakan misa kudus bersama umat di KKD TIJ. Beliau seterusnya
memaklumkan para hadirin aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh barisan
ahli jawatankuasa (AJK) KKD TIJ. Aktiviti-aktiviti tersenarai juga adalah sebagai
satu latihan pendedahan (training ground) kepada AJK TIJ untuk melayani ke
peringkat yang lebih tinggi di peringkat Katedral. Dalam ucapan alu-aluan wakil
kepada Majlis Pastoral Paroki (MPP) sdra Pilis Malim, mengucapkan tahniah dan syabas MPP kepada KKD
TIJ sempena ulang tahunnya yang ke-2. Beliau melihat peranan KKD ini sangat
penting sebagai satu mekanisme asas pembentukan dan pembaharuan iman umat setempat. Melalui peranan KKD-KKD ini, mereka
dapat membantu Gereja di dalam kerja-kerja pastoral dan transformasi iman umat Katolik di paroki ini. Dalam ucapan Fr. Thomas Makajil, beliau menyatakan
kegembiraan beliau atas visi KKD TIJ untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti
sempena Tahun Iman demi untuk menerapkan ajaran Yesus dan mengukuhkan iman umat
di KKD ini. Beliau juga mengucapkan syabas kepada AJK TIJ yang menumpukan
kepada pembabitan muda-mudi didalam penganjuran aktiviti-aktiviti mereka. Fr.
Thomas menyeru agar KKD TIJ untuk terus berusaha dalam pembentukan iman
umat Katolik di Taman ini.
Selepas jamuan, para hadirin dipersembahkan
dengan nyanyian daripada belia KKD TIJ, tayangan slide aktiviti KKD TIJ,
nyanyian karaoke dan cabutan tiket bertuah. Perayaan pada petang ini juga
memberi peluang kepada umat-umat berkenalan dan mengeratkan perhubungan
kejiranan sesama mereka. Perayaan ulang tahun KKD TIJ selesai pada jam 6.00 petang dengan doa penutup oleh
saudara Leonnie Degullacion dan seterus bergotong royong membersihkan tempat
tersebut.
Foto oleh Frankie dan Bell
Foto oleh Frankie dan Bell
No comments:
Post a Comment