Daripada :
Mathew Kiun @ Geoffry
AJK MPUK (Publisiti dan Dokumentasi)
Gereja Our Lady of Fatima, Beluran
Seramai 32 kanak-kanak dan bayi telah menerima Sakramen Pembaptisan di Gereja Our Lady Of Fatima, Beluran pada 14hb November 2012. Misa Kudus pada jam 10.30 pagi, telah diselebrankan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil, Paderi Paroki St. Mary, Sandakan.
Pembaptisan adalah sakramen atau rahmat penyelamatan dan berada dalam Perjanjian Baru. Seseorang yang dibaptis telah menjadi keluarga Allah Tritunggal. Pembaptisan adalah merupakan ajaran Yesus sendiri agar semua manusia dibaptis dalam Nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus.
Dengan nama Tritunggal bayi itu yang dibaptis, telah dibebaskan dari ikatan dosa asal Adam. Maka bayi itu berada dalam satu roh/jiwa dengan Tuhan dan keluarga Kristian. Pertama tanggungjawab para malaikat surga utusan Tuhan untuk melindungiNya, dan kedua ibu bapa Katolik itu sendiri adalah merupakan pemberi ajaran Katolik kepada kanak-kanak tersebut sehingga ia memasuki pemahaman tentang sakramen pengurapan minyak suci krisma dan penyambutan pertama. Ketiga, penanggung kepada bayi itu sendiri harus menegur dan keempat adalah tanggungjawab besar bagi Komuniti Kristian (KKD) sentiasa berjalan bersama dan mendampingi mereka dalam pembentukan iman.
Sebelum upacara sakramen yang disempurnakan oleh paderi, Ibu Bapa juga terlebih dahulu telah diberi taklimat oleh Komiti Katekatikal yang mengendalikan upacara ini tentang apa erti pembaptisan. Mereka juga diberi pengertian tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa serta kewajiban untuk mendidik anaknya menurut nilai-nilai Kristian. Kelayakan untuk bayi dibaptis adalah ibu-bapa itu sendiri adalah penerima sakramen perkahwinan.
Sdr. Albert Thomas, pengerusi Komiti Umat Katolik , OLOF Beluran mengucapkan tahniah kepada Fr.Thomas sempena Ulang Tahun kepaderiannya yang ke-34 |
Selepas upacara Misa Kudus selesai, Fr. Thomas diraikan dengan acara pemotongan kek sempena ulangtahun ke-34 kepaderian beliau bersama AJK MPUK Beluran. Aktiviti diteruskan dengan jamuan makan tengah hari.
No comments:
Post a Comment